Resipi Ayam Masak Bali Simple Tapi Sedap : Rasa Pedas Manis Berempah
Bagi penggemar masakan berempah, Ayam Masak Bali adalah pilihan yang korang boleh cuba. Hidangan ini memadukan rasa manis kicap, pedas cili kisar, dan aroma harum serai serta daun kari yang membangkitkan selera. Tekstur ayam yang lembut bersalut kuah pekat berempah menjadikannya sempurna dinikmati dengan nasi putih panas atau nasi minyak.
Resipi ini bukan sahaja mudah disediakan, malah menggunakan bahan-bahan asas yang ada di dapur, sesuai untuk hidangan harian mahupun majlis istimewa.
Bahan-bahan Ayam Masak Bali
Bahan Utama:
- 1 ekor ayam – dipotong sederhana
- Serbuk kunyit secukupnya
- Garam secukup rasa
- 8 batang serai – dititik
- 6 tangkai daun kari
- 1 senduk cili kisar
- 3 sudu besar kicap manis
- Minyak masak secukupnya
- Gula Melaka atau gula pasir secukupnya
- Sedikit air
Bahan Kisar Halus:
- 5 biji bawang besar
- 10 biji bawang merah
- 10-12 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 inci belacan
Cara Memasak Ayam Masak Bali
- Perap & Goreng Ayam – Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak. Ketepikan.
- Tumis Aroma – Dalam minyak yang sama (anggaran 1 cawan, kurangkan jika terlalu banyak), tumis serai dan daun kari sehingga naik bau harum.
- Masak Rempah – Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Kacau sehingga pecah minyak, tanda rempah sudah masak sempurna.
- Satukan & Perisakan – Masukkan ayam goreng tadi, diikuti kicap manis, gula, dan garam secukupnya. Tuang sedikit air, kacau perlahan hingga kuah menjadi pekat. Jika kuah kering, tambah sedikit air.
- Siap Dihidang – Apabila kuah sudah pekat, berkilat dan pecah minyak, matikan api. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih.
Dengan resipi ini, korang boleh hasilkan Ayam Masak Bali yang wangi, berperisa, dan pasti menjadi kegemaran keluarga. Sekali cuba, pasti nak ulang!
Baca Juga: Resipi Kari Ayam Paling Sedap & Mudah
Dah cuba resipi Ayam Masak Bali ni? Jangan lupa kongsikan hasil masakan korang di ruangan komen atau tag kami di media sosial! Untuk lebih banyak resipi menarik, tip memasak, dan info pelancongan makanan, follow Projek Travel di Facebook, Instagram & TikTok. 📌 Simpan dan share artikel ini supaya tak hilang bila nak masak nanti!
- Sidang ASEAN 2025: AirAsia Arah Penumpang Rancang Perjalanan Awal
- AirAsia X Lancar Penerbangan Terus Laluan Kuala Lumpur – Tashkent | Tambang Promosi RM799*
- Langkawi Atasi Bali & Phuket! Dinobat Pulau Kedua Terbaik Asia oleh Conde Nast Traveler
- Resipi Sup Tulang Thai
- 8 Keajaiban UNESCO di Arab Saudi