Resipi Sambal Sotong Paling Sedap dan Mudah untuk Dicuba di Rumah

Resipi Sambal Sotong
Kongsi Artikel ini

Resipi Sambal Sotong Paling Sedap dan Mudah

Bila tiba musim candat sotong di pantai timur, terutama sekitar Terengganu dari bulan April hingga Ogos, aktiviti menangkap sotong menjadi tumpuan ramai; bukan saja penduduk tempatan, malah pelancong dari luar juga sanggup datang dari jauh untuk pengalaman candat sotong ni . Sotong yang segar, ditangkap terus dari laut, sememangnya mempunyai rasa manis dan tekstur yang jauh lebih kenyal. Antara hidangan paling menjadi permintaan ramai untuk menikmati hasil tangkapan ini adalah sambal sotong.

Resipi sambal sotong merupakan satu gabungan rasa pedas, manis dan masam yang mampu menaikkan selera walaupun hanya dengan nasi putih panas. Dalam artikel ini, kami kongsikan resipi sambal sotong yang mudah, menggunakan bahan asas di dapur, tetapi hasilnya padu dan menambat selera. Sesuai untuk hidangan harian atau jamuan ringkas bersama keluarga.

Resipi Sambal Sotong

🌶️ Bahan-Bahan Diperlukan

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih

Bahan Lain:

  • 2 sudu besar cili boh atau cili kering yang telah dikisar
  • 2 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1–2 sudu besar kicap manis
  • Garam secukup rasa (boleh abaikan jika tak suka)
  • ½ kg sotong – dibersihkan dan dipotong bulat
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

👨‍🍳 Cara Penyediaan:

  1. Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan betul-betul garing.
  3. Masukkan cili boh, gaul sebati, kemudian tambahkan gula. Teruskan menumis hingga sambal pecah minyak.
  4. Tuangkan air asam jawa dan kacau rata.
  5. Masukkan kicap manis, kemudian perasakan dengan garam mengikut selera (tak letak pun masih sedap).
  6. Akhir sekali, masukkan sotong dan kacau rata.

Jangan tambah air kerana sotong akan mengeluarkan airnya sendiri. Biarkan sambal sedikit kering kerana tekstur begini lebih sedap dan padu. Nak lagi sedap boleh masukkan petai.

Baca Juga: Resipi Sambal Goreng Jawa: Mudah, Sedap & Autentik

Dengan resipi sambal sotong ini, anda tidak perlu lagi bergantung kepada restoran untuk menikmati rasa sambal yang padu. Cubalah sendiri di rumah dan sesuaikan tahap kepedasan mengikut cita rasa keluarga anda.

Simpan Resipi Sambal Sotong ini dan kongsikan dengan rakan-rakan yang suka masak lauk berasaskan sotong. Jangan lupa follow kami untuk lebih banyak resipi menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *