Hari Arafah 2025: Keistimewaan,Tarikh & Amalan Umat Islam
Dalam kalendar Islam, terdapat beberapa hari yang diangkat sebagai hari yang penuh keberkatan dan keutamaan, antaranya ialah Hari Arafah. Ia disambut pada 9 Zulhijjah, sehari sebelum umat Islam merayakan Aidiladha. Bagi jemaah haji, Hari Arafah merupakan kemuncak ibadah apabila mereka berkumpul di Padang Arafah untuk berwukuf; rukun haji yang utama.
Namun begitu, Hari Arafah turut memberi peluang luar biasa kepada umat Islam seluruh dunia untuk meraih keampunan dan ganjaran besar walaupun tidak berada di Tanah Suci.
Bila Hari Arafah 2025?
Berdasarkan takwim Islam 1446H; Tarikh Hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah 1446 H di Malaysia bagi tahun ini ditetapkan pada 6 Jun 2025 (Jumaat), manakala di Mekah pada 5 Jun 2025. _ tarikh hari Arafah Malaysia
Keistimewaan Hari Arafah
Hari Arafah digambarkan sebagai antara hari terbaik dalam setahun. Berikut adalah kelebihan-kelebihannya menurut al-Quran dan hadis sahih:
- SEBAHAGIAN daripada Rukun Haji.
 - Hari kesempurnaan agama.
 - Hari Arafah adalah hari raya buat umat Islam.
 - Hari Arafah adalah hari penyaksian.
 - Kedahsyatan doa pada Hari Arafah.
 - Ganjaran puasa Arafah.
 - Hari keampunan.
 
Sumber: harakahdaily.net
Amalan Disarankan Pada Hari Arafah
Walaupun tidak mengerjakan haji, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadah seperti:
- Berpuasa sunat Hari Arafah – ganjaran pengampunan dosa selama dua tahun. Setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
 - Peluang merebut pahala besar – walaupun tidak menunaikan haji.
 - Hari paling mustajab untuk berdoa – seperti disabdakan Nabi Muhammad SAW: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” (Riwayat Imam Malik)
 - Membaca al-Quran – menambah ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah.
 - Bersedekah dan berbuat baik – sebagai tanda kesyukuran atas nikmat Islam.
 
Selain itu, amalan seperti berzikir, bertakbir, bertahlil dan bertahmid juga amat digalakkan pada hari-hari terawal Zulhijjah, khususnya pada 9 Zulhijjah.
Hari Arafah merupakan satu anugerah luar biasa dalam kalendar Islam yang wajar dimanfaatkan sebaiknya oleh seluruh umat Islam, tidak kira di mana mereka berada. Dengan pelbagai keistimewaan seperti peluang pengampunan dosa, kelebihan puasa sunat, serta waktu doa yang mustajab, Hari Arafah sewajarnya dijadikan ruang untuk muhasabah diri dan memperbanyakkan amal soleh.
Kesedaran tentang makna dan nilai spiritual hari ini bukan sahaja memperkukuh hubungan dengan Allah SWT, malah membina kesedaran kolektif umat terhadap pentingnya penghayatan ibadah yang bersandarkan ilmu dan keinsafan.
Save dan share artikel ini supaya lebih ramai yang dapat manfaat dan tidak terlepas peluang beribadah pada Hari Arafah. Jangan lupa follow media sosial Projek Travel untuk info hari-hari penting Islam, inspirasi budaya dan pelancongan rohani.