Senarai Tempat Makan Malam Menarik di KL 2025
Kalau korang tengah cari tempat makan malam menarik di KL (Kuala Lumpur) 2025, pilihan memang banyak! Dari restoran mewah dengan pemandangan bandaraya KL yang ikonik, kafe hipster penuh gaya, hinggalah ke port makanan jalanan yang meriah sampai lewat malam, semua ada tersedia di ibu kota Malaysia ini. Sama ada korang nak dinner romantik di KL, lepak santai bersama kawan, atau pengalaman kulinari unik dengan cita rasa antarabangsa, Kuala Lumpur sentiasa menawarkan sesuatu yang baru setiap tahun.
Artikel ini akan senaraikan lokasi makan malam best di KL 2025 yang wajib korang cuba. Sesuai untuk dinner bersama pasangan, keluarga, mahupun solo traveler.
Senarai Tempat Makan Malam Menarik di KL 2025
Dapur Meks Viral, Setapak (Sajian Asli Kelantan di Kuala Lumpur)
Bagi perantau atau pencinta masakan Pantai Timur, Dapur Meks Viral di Setapak merupakan destinasi wajib untuk menikmati hidangan tradisional Kelantan yang autentik. Restoran ini terkenal dengan sajian penuh rasa yang dimasak menggunakan resipi asli, menjadikannya antara port masakan Kelantan paling digemari di Kuala Lumpur.
Antara menu utama yang sering menjadi pilihan pelanggan ialah Nasi Kerabu lengkap dengan ulam segar, sambal nyor, budu pekat, telur masin, serta keropok, yang boleh ditambah dengan lauk pilihan seperti ayam bakar, daging bakar, atau solok lada. Selain itu, mereka juga menawarkan pelbagai juadah lain termasuk Air Asam Perut, Sup Urat Keting, Singgang Ikan & Daging, Ikan Bekok Goreng, Sayur Lemak Kelate, Mee Celup Kak Mek, dan tidak ketinggalan menu popular mereka iaitu Set Asam Picit yang sering menjadi tarikan utama.
Dengan kombinasi rasa autentik, suasana mesra pelanggan, serta kepelbagaian menu, Dapur Meks Viral menjadi pilihan terbaik untuk mereka yang ingin merasai keunikan masakan Kelantan di tengah-tengah Kuala Lumpur.
πDapur Meks Viral, Platinum Walk, Danau Kota, Kuala Lumpur |
β° 8.30 pagi β 12.00 tengah malam | Isnin Tutup |
Restoran Murni Discovery (Pilihan Makan Malam Pelbagai Kaum)
Bagi pengunjung yang sukar membuat pilihan antara masakan Melayu, Cina atau India, Restoran Murni Discovery merupakan destinasi yang tepat. Restoran ini cukup terkenal kerana menyajikan kepelbagaian hidangan tradisional masyarakat Malaysia. Di samping menawarkan menu antarabangsa yang melengkapkan pengalaman makan malam.
Antara sajian popular yang sering menjadi pilihan termasuk nasi goreng beraroma, roti naan berkeju lembut, serta menu Barat seperti pizza gaya Itali. Variasi ini menjadikan Murni Discovery sebagai lokasi ideal untuk mereka yang ingin menikmati hidangan beraneka dalam suasana santai dan mesra keluarga.
Selain cawangan utamanya di Bukit Jalil, restoran ini turut mempunyai rangkaian di beberapa lokasi lain seperti :
- USJ, Sunway Mentari
- SS2 Petaling Jaya
- Aman Suria
- Shah Alam, dan
- Bandar Sri Permaisuri Cheras.
Setiap cawangan mengekalkan kualiti rasa serta penyediaan makanan yang konsisten. Menjadikannya pilihan yang dipercayai sama ada untuk penduduk tempatan mahupun pelancong.
π 41, Jalan 16/155c, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
β° Setiap hari (12.00 tengah hari β 2.00 pagi) | Tutup pada hari Isnin |
JIBRIL Publika (Speakeasy Ala 1920-an dengan Hidangan Ikonik)
Bagi peminat kisah fantasi seperti Harry Potter, pasti tidak asing lagi dengan minuman ikonik butterbeer. Kini, pengalaman itu boleh dirasai sendiri di Kuala Lumpur dengan berkunjung ke JIBRIL Publika, sebuah restoran berkonsepkan speakeasy bar ala era 1920-an.
JIBRIL mula dikenali melalui cawangan pertamanya di SS15 Subang Jaya, sebelum berkembang ke Bangi dan seterusnya membuka ruang bergaya moden di Publika. Selain suasana unik yang menjadi daya tarikan, restoran ini terkenal dengan rangkaian mocktail eksklusif yang hanya boleh didapati di sini.
Bagi pencinta makanan, JIBRIL mengetengahkan kepakaran dalam hidangan berasaskan sos mentega telur masin. Antara menu popular termasuk Salted Egg Butter Chicken, Squid, Prawn, Fish, Clams, & juga Lobster. Hidangan ini boleh dinikmati bersama nasi putih atau nasi lemak. Tidak ketinggalan, pencuci mulut istimewa mereka iaitu Salted Egg Croissant. Croissant berintikan sos mentega telur masin pekat yang pasti memikat selera.
Dengan gabungan konsep speakeasy klasik, menu kreatif, dan suasana elegan, JIBRIL Publika menjadi destinasi makan malam menarik bagi mereka yang inginkan pengalaman berbeza di Kuala Lumpur.
πD3-G3-8, Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur |
β° Isnin β Khamis: 11.00 pagi β 10.00 malam, Jumaat β Ahad: 11.00 pagi β 11.00 malam |
π Laman Web: linktr.ee/jibrilpublika |
Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru β Ikon Warisan Kuliner Kuala Lumpur
Sekilas pandang, kedai ini mungkin kelihatan seperti warung biasa. Namun, Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru merupakan salah satu destinasi kuliner paling ikonik di KL yang sentiasa dipenuhi pelanggan. Terutama pada waktu sarapan dan makan malam. Dengan sejarah operasi lebih 55 tahun, warung ini telah membuktikan kepakarannya dalam menghasilkan nasi lemak yang autentik dan digemari ramai.
Hidangan di sini mengekalkan elemen tradisional nasi lemak dengan nasi yang harum, ikan bilis rangup, telur rebus, kacang goreng, sambal pedas manis, & hirisan timun segar. Keistimewaannya terletak pada pilihan lauk tambahan seperti sambal sotong atau ayam goreng berempah, kedua-duanya dimasak sehingga lembut dan penuh rasa. Aroma hidangan yang menggoda menjadikan ramai pelanggan sukar berhenti pada satu hidangan sahaja.
π8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur |
β° Rabu β Isnin: 6.30 pagi β 12.00 tengah hari, 3.00 petang β 12.30 pagi Selasa: 3.00 petang β 12.30 pagi |
RSMY Cheese Naan (Syurga Naan Cheese di Kuala Lumpur)
Bagi penggemar keju, RSMY Cheese Naan merupakan destinasi wajib yang tidak boleh dilepaskan apabila berada di Kuala Lumpur. Restoran ini terkenal dengan roti naan keju yang padat, lembut, dan penuh inti keju sehingga dikatakan lebih βcheesyβ daripada pizza. Setiap gigitan menghasilkan tarikan keju yang memukau, menjadikannya pengalaman makan malam yang sukar dilupakan.
Keenakan naan keju ini semakin sempurna apabila dinikmati bersama kuah dhal berperisa lembut atau kari pekat yang membangkitkan rasa. Bagi yang mahukan kelainan, hidangan boleh digandingkan dengan kima kambing, iaitu kuah berempah pekat yang dimasak bersama daging kambing cincang. Gabungan ini mencipta rasa kaya yang memanjakan deria rasa.
Keunikan lain di RSMY ialah menu istimewa mereka iaitu βkek naan cheeseβ. Di mana beberapa lapisan naan keju disusun seperti kek sebenar.
π 11 & 13, Jalan Medan Tuanku, Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
β° Isnin β Jumaat: 3.00 petang β 2.00 pagi, Sabtu & Ahad: 12.00 tengah hari β 2.00 pagi |
Restoran Kawβd (Retro, Hipster & Penuh Rasa di Ampang Waterfront)
Terletak di kawasan Ampang Waterfront, Restoran Kawβd (disebut caught) merupakan lokasi makan malam yang ideal untuk mereka yang mencari suasana santai, bergaya retro & hipster.
Keistimewaan utama restoran ini terletak pada kepelbagaian menunya yang merangkumi beberapa konsep masakan seperti Coffee & Dessert, Asian Fusion, Local Fusion, American Soul Food, & juga BBQue. Menariknya, harga yang ditawarkan juga berpatutan walaupun kaedah masakan yang digunakan setaraf restoran mewah.
Semua hidangan di sini disediakan menggunakan teknik βsous videβ. Satu kaedah memasak yang memastikan tekstur dan rasa makanan mencapai tahap optimum. Teknik ini biasanya digunakan di restoran bertaraf tinggi, namun di Kawβd, ia boleh dinikmati dengan harga yang mesra poket.
Antara menu yang sering menjadi pilihan pelanggan termasuk Lamb Shank diperap dengan tujuh jenis herba. Selain itu hidangan Peri Peri Chicken, Creamy Cheese Chicken, serta Cajun Chicken Burger juga perlu korang cuba. Tidak hairanlah restoran ini turut menjadi pilihan ramai artis terkenal yang menghargai kualiti rasa serta kelainan yang ditawarkan.
π46, Jalan Awf 3, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor |
β° 5.00 petang β 1.30 pagi |
Mat Rock Ayam Goreng Kunyit (Hidangan Ringkas yang Menjadi Fenomena)
Siapa sangka, menu ringkas seperti ayam goreng kunyit mampu menjadi fenomena di Kuala Lumpur? Itulah keunikan yang ditawarkan oleh Mat Rock Ayam Goreng Kunyit. Sebuah perniagaan yang bermula daripada sebuah trak kecil di ibu kota kira-kira 13 tahun lalu. Berkat sambutan luar biasa daripada pelanggan, jenama ini kini berkembang sehingga memiliki hampir 10 buah trak makanan serta sebuah restoran tetap di Jalan Kampung Pandan.
Hidangan utamanya, set nasi ayam goreng kunyit, terkenal dengan ayam yang digoreng sempurna, rangup di luar tetapi kekal juicy & lembut di dalam. Keistimewaan ini membezakan Mat Rock daripada banyak kedai lain yang cenderung menghasilkan ayam terlalu kering. Hidangan ini biasanya disajikan bersama nasi panas, sambal pedas manis, serta pilihan minuman seperti teh o ais. Ini menjadikannya sajian ringkas yang mengenyangkan dan memuaskan.
Selain ayam, menu lain yang turut menjadi kegemaran pelanggan ialah sotong goreng kunyit. Sotong digoreng rangup di bahagian luar namun mengekalkan tekstur lembut di dalam, sesuai untuk mereka yang mahukan variasi rasa.
πAyam Goreng Kunyit Mat Rock Special, Jalan Kampung Pandan, Maluri, 55100 Kuala Lumpur |
β° Setiap Hari; 11.00 pagi β 11.00 malam |
Roti John Titiwangsa (Street Food, Hidangan Ringkas, Harga Mesra)
Bagi pencinta makanan jalanan, Roti John Titiwangsa merupakan salah satu destinasi popular di Kuala Lumpur yang tidak boleh dilepaskan. Lokasi ini menjadi kegemaran ramai kerana memenuhi tiga kriteria penting: harga berpatutan, saiz hidangan yang memuaskan, serta rasa yang benar-benar enak.
Roti John di sini diperkaya dengan pelbagai isi seperti telur, sosej, keju, dan ramuan tambahan yang memberikan setiap gigitan rasa penuh kejutan. Selain pilihan klasik ayam dan daging, pelanggan juga boleh mencuba Roti John berperisa tuna, suatu variasi yang jarang ditemui di tempat lain.
Lebih menarik, setiap hidangan disajikan dalam keadaan panas terus dari grill, menghasilkan aroma wangi yang membangkitkan selera. Tidak hairanlah, keunikan serta kualiti ini menjadikan Roti John Titiwangsa tersenarai sebagai salah satu tempat makan malam menarik di Kuala Lumpur.
π 199, Jalan Datuk Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur |
β° Setiap Hari, 4.00 petang β 12.00 tengah malam |
Nasi Lemak Royale Kedah Ampang (Kelainan Nasi Kuning Berkuah Campur)
Bagi pencinta nasi lemak, kunjungan ke Nasi Lemak Royale Kedah Ampang sememangnya pengalaman yang berbeza. Popularitinya terbukti dengan barisan pelanggan yang sering memenuhi kedai, terutamanya pada waktu puncak. Jadi sebaiknya datang awal untuk mengelakkan menunggu lama.
Keunikan utama hidangan ini terletak pada penggunaan nasi berwarna kuning yang jarang ditemui dalam nasi lemak biasa. Nasi wangi ini dihidangkan bersama pelbagai pilihan lauk seperti sotong, ayam goreng berempah, daging masak lada hitam, daging kambing & banyak lagi. Setiap hidangan kemudiannya disiram dengan kuah campur, memberikan rasa seperti menikmati nasi kandar dalam versi nasi lemak.
Untuk melengkapkan sajian, nasi lemak ini turut dihidangkan bersama papadom rangup serta minuman sejuk seperti teh ais. Menghasilkan kombinasi rasa panas dan dingin yang amat menyegarkan. Tidak hairanlah ia menjadi pilihan ramai sebagai salah satu lokasi makan malam paling digemari di Ampang.
π Clubhouse Tiara Duta, Jalan Dagang 4, Taman Putra Sulaiman, 55100 Ampang, Selangor |
β° Setiap Hari, 7.00 pagi β 12.00 tengah malam |
Shell Out (Pengalaman Makan Malam Seafood Gaya Santai)
Bagi yang mencari aktiviti hujung minggu bersama keluarga atau rakan-rakan, Shell Out di Desa Pandan menawarkan pengalaman menjamu selera makanan laut dengan konsep santai. Restoran ini menekankan elemen sharing meal, di mana hidangan dihidangkan terus di atas meja untuk dinikmati bersama secara berkongsi. Ini menjadikan suasana makan lebih mesra dan menyeronokkan.
Di sini, pelanggan boleh menikmati pilihan makanan laut segar seperti ketam, udang, sotong, kerang dan pelbagai hasil laut lain yang dimasak dengan kuah istimewa. Antara pilihan sos yang ditawarkan termasuk Lemon Pepper, Butter Garlic, Shell Bang (gabungan lemon pepper dan butter garlic), Black Pepper, & juga kari pekat.
Dengan gabungan suasana santai, hidangan berkongsi, dan kepelbagaian menu laut segar, Shell Out sesuai dijadikan lokasi makan malam keluarga yang menyeronokkan di KL.
π Lot G-12, Ground Floor, G, 35, Jalan Desa Pandan, Desa Pandan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
β° Setiap Hari, 10.00 pagi β 10.00 malam |
Pokok KL Cafe (Kafe Bergaya Industrial dengan Sentuhan Alam)
Terletak di dalam perkarangan MAHSA Universiti, Pokok KL Cafe sering dianggap sebagai antara βrahsia indahβ di Kuala Lumpur. Dengan konsep seni bina industrial yang menggabungkan dinding batu bata serta dinding & bumbung kaca lantai ke siling, suasana di kafe ini membolehkan cahaya semula jadi masuk dengan sempurna. Hasilnya, pelanggan dapat menikmati hidangan sambil dikelilingi pemandangan hijau dan suasana yang segar, seolah-olah makan di dalam rumah kaca moden.
Dari segi menu, Pokok KL Cafe mengetengahkan hidangan fusion yang merangkumi pilihan tempatan, Barat, serta gabungan kreatif kedua-duanya. Antara yang menjadi kegemaran pelanggan termasuk nasi lemak tradisional, pasta autentik Barat, serta hidangan unik seperti cili padi pesto pasta.
Selain itu, kafe ini turut popular sebagai lokasi brunch dengan sajian seperti Smoked Salmon Benedict, Big Breakfast, Muesli Bowl, & pelbagai pilihan sihat lain. Untuk pengunjung yang inginkan sesuatu lebih ringan, Pokok KL juga menyediakan pelbagai snek dan kek yang sesuai menemani secawan kopi.
Dengan suasana yang menenangkan & menu pelbagai, Pokok KL Cafe menjadi destinasi ideal untuk sarapan lewat, makan tengah hari, atau makan malam santai bersama rakan & keluarga di KL.
π MAHSA Avenue (Jalan Universiti Campus), Block B, Level 1, Jalan Ilmu, Off Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz, 59100 Kuala Lumpur |
β° Setiap Hari, 10.00 pagi β 9.00 malam |
Jibby By The Park (Suasana Santai ala Australia di Desa Parkcity)
Terletak di Desa Parkcity, Jibby By The Park merupakan sebuah restoran yang diinspirasikan daripada konsep kuliner Australia dengan suasana moden, industrial & santai. Reka bentuk ruangnya yang effortlessly chic menjadikan restoran ini bukan sahaja sesuai sebagai lokasi menjamu selera, tetapi juga sebagai latar bergambar popular.
Restoran ini sudah lama beroperasi dan sering menjadi pilihan keluarga untuk berkumpul dalam suasana mesra dan relaks. Pendekatan menunya juga cukup pelbagai, menampilkan hidangan pasta, pizza, masakan Asia, serta pilihan Western. Memastikan setiap tetamu dapat menikmati sajian mengikut selera masing-masing.
Antara hidangan yang mendapat perhatian ramai ialah Fish and Chips, Squid Ink Aglio Olio, serta BBQ Lamb. Untuk pengunjung yang lebih menggemari citarasa tempatan, pilihan seperti Nasi Ayam Madu Bakar dan Beef Noodle Soup juga tersedia. Restoran ini turut menampilkan pencuci mulut menarik seperti Very Berry Waffles, seleksi kek, serta pelbagai jenis manisan lain.
Dengan suasana santai, lokasi strategik, serta variasi menu yang menyeluruh, Jibby By The Park merupakan destinasi ideal untuk makan malam bersama keluarga mahupun rakan di Kuala Lumpur.
πThe Waterfront @ ParkCity, No. 5, Persiaran Residen, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
β° Isnin β Jumaat: 9.30 pagi β 10.00 malam , Sabtu & Ahad: 9.00 pagi β 10.00 malam |
Helipad Lounge (Pemandangan 360 Darjah Kuala Lumpur di Atas Bangunan)
Bagi mereka yang inginkan pengalaman makan malam atau berhibur dengan suasana yang benar-benar unik, Helipad Lounge di Bukit Bintang merupakan destinasi yang tidak boleh dilepaskan. Terletak di atas Menara KH, lokasi ini menawarkan pemandangan panoramik 360 darjah bandar Kuala Lumpur yang memukau, terutama pada waktu malam apabila cahaya kota menghiasi langit.
Pengunjung boleh menikmati minuman dan bersantai di ruang terbuka sambil menyaksikan keindahan suasana malam ibu kota dari perspektif yang jarang dapat dialami. Suasananya yang eksklusif menjadikan Helipad Lounge pilihan ideal untuk acara istimewa, pertemuan peribadi, atau sekadar menikmati malam yang berbeza daripada kebiasaan.
Perlu diingat, tempat ini hanya dibuka kepada pengunjung berusia 18 tahun ke atas, menjadikannya lokasi yang lebih eksklusif dan sesuai untuk dewasa yang menghargai pengalaman berkelas dengan suasana kota yang mempesonakan.
π34, Menara KH, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia |
β° Ahad β Khamis: 9.00 pagi β 2.00 petang | 5.00 petang β 12.00 tengah malam Jumaat & Sabtu: 9.00 pagi β 2.00 petang | 5.00 petang β 1.00 pagi |
Kesimpulan
Kuala Lumpur sememangnya tidak pernah menghampakan bila berbicara tentang destinasi kuliner. Ada warung tradisional dengan citarasa Malaysia, restoran moden berkonsep antarabangsa, dan juga kafe hipster yang menawarkan pengalaman visual serta rasa. Setiap lokasi makan malam hadir dengan keunikan tersendiri.
Ini cuma sebahagian daripada tarikan kuliner di Kuala Lumpur. Dengan pilihan yang sentiasa bertambah, KL kekal sebagai syurga makanan untuk diterokai tahun 2025. Inilah masa terbaik untuk merancang lokasi makan malam korang. Singgah di lokasi pilihan ini dan nikmati hidangan yang bukan sahaja sedap, malah service yang bagus.
Baca juga : Nasi Kerabu Moknab Pantai Dalam: Restoran Nasi Kerabu Paling Popular di Kuala Lumpurβ
Jangan lupa untuk terus ikuti Projek Travel bagi tip pelancongan, cadangan lokasi menarik, dan inspirasi gaya hidup terkini.
π Ikuti Projek Travel di media social untuk tip dan destinasi menarik. Simpan artikel Senarai Tempat Makan Malam Menarik di KL 2025 ni. Share dengan kawan-kawan agar mereka pun boleh nikmati pengalaman makan malam di KL!
- Resipi Kangkung Belacan
- Rainforest Rising di Anurak Community Lodge: Pengalaman Eco-Tourism Unik di Surat Thani
- Cuti Deepavali 2025 & Cuti Sekolah Tambahan KPM
- 5 Aktiviti Menarik Wajib Cuba di Surat Thani, Thailand
- Saudia Airlines Diiktiraf Antara Syarikat Penerbangan Terkemuka Dunia Dalam Keselamatan Operasi & Kualiti