Vietjet telah mengesahkan bahawa perkhidmatan penerbangan domestik ke Con Dao akan disambung semula mulai 3 Disember 2025. Langkah strategik ini bukan sahaja mengukuhkan rangkaian pelancongan Vietnam, malah membuka akses lebih mudah kepada pelancong Malaysia untuk menerokai salah satu pulau paling terpelihara dan mempesona di Asia Tenggara.
Terletak di selatan Vietnam, Con Dao merupakan gugusan pulau yang terkenal dengan air laut sejernih kristal, tebing berbatu yang megah, hutan tropika yang kaya biodiversiti, serta tinggalan sejarah era kolonial yang bernilai tinggi dari aspek konservasi. Dengan kembalinya operasi ini, Con Dao kini dapat diakses dengan lebih lancar melalui pilihan laluan udara yang lebih fleksibel & mesra bajet.
Akses Lebih Mudah untuk Pelancong Malaysia
Melalui rangkaian penerbangan Vietjet yang mantap, pelancong Malaysia kini boleh ke Con Dao dengan lebih lancar melalui Hanoi atau Ho Chi Minh City (HCMC), dua hab utama syarikat penerbangan itu. Vietjet turut mengendalikan penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Hanoi, HCMC dan Da Nang. Ini membolehkan pelancong memilih laluan yang paling sesuai dengan itinerari mereka.
Satu penerbangan pergi balik setiap hari dari Hanoi–Con Dao dan HCMC–Con Dao akan bermula serentak pada 3 Disember 2025. Menjelang 15 Disember 2025, kekerapan bagi kedua-dua laluan ini akan ditingkatkan kepada dua penerbangan pergi balik sehari. Ini sejajar peningkatan permintaan sempena musim cuti hujung tahun.
Langkah ini bukan sahaja menambah kecekapan perjalanan, malah mengukuhkan kedudukan Con Dao sebagai destinasi ekopelancongan premium Vietnam.
Tambang Mampu Milik Serendah RM77
Bagi meraikan penyambungan semula laluan ke Con Dao, Vietjet menawarkan tambang sehala serendah VND490,000. (anggaran RM77, tidak termasuk cukai dan caj tambahan) Tiket boleh ditempah melalui:
- www.vietjetair.com
- Aplikasi mudah alih Vietjet Air
- Pejabat tiket & ejen sah Vietjet di seluruh dunia
Promosi ini dijangka menarik lebih ramai pelancong, khususnya mereka yang ingin menikmati percutian pulau pada harga berpatutan tanpa mengorbankan kualiti pengalaman.
Con Dao: Permata Alam dan Sejarah Vietnam
Con Dao sering digelar sebagai antara pulau tercantik di Vietnam kerana keseimbangan antara alam semula jadi dan pemuliharaan sejarah. Antara tarikan utama pulau ini:
- Pantai berpasir putih dengan air laut yang sangat jernih, sesuai untuk snorkeling, diving dan aktiviti rekreasi laut.
- Tebing berbatu dan kawasan hutan tebal, habitat semula jadi kepada pelbagai flora dan fauna unik.
- Taman Negara Con Dao, kawasan konservasi penting dengan ekosistem marin yang kaya.
- Tapak sejarah seperti Prison Con Dao, yang menyimpan kisah perjuangan era kolonial Perancis.
Dengan akses penerbangan yang lebih stabil & rangkaian sambungan yang dipertingkatkan, Con Dao kini menjadi pilihan destinasi utama bagi ekopelancong, pengembara budaya, serta pelancong yang mencari ketenangan pulau tropika jauh daripada kesibukan bandar.
Komitmen Vietjet dalam Memperkasa Pelancongan Vietnam
Penyambungan semula laluan ini mencerminkan komitmen Vietjet dalam memperluaskan rangkaian pelancongan domestik Vietnam. Serta menyediakan lebih banyak pilihan kepada pelancong dari Malaysia dan seluruh dunia. Ia juga mengukuhkan penyambungan udara antara Asia Tenggara, sekali gus menyokong industri pelancongan yang semakin berkembang pesat.
Dengan tawaran tambang mampu milik, jadual penerbangan fleksibel & akses transit yang lebih mudah. Penerbangan ke Con Dao dijangka menjadi antara laluan paling popular menjelang tahun 2026.
- Hero of the Seas 2027: Kapal Cruise Keluarga Terbesar Dunia
- [Tren Terkini ] Klook Travel Pulse: Rakyat Malaysia Bakal Belanja Lebih Untuk Travel 2026
- Pengalaman Eksklusif Seahorses di Singapore Oceanarium 2026
- 10 Tips Masak Rendang Pekat Sedap & Tahan Lama Berhari
- SIA & Scoot Tersenarai Top Dunia 2026: Ranking Syarikat Penerbangan Terbaik
One thought on “Vietjet Sambung Semula Penerbangan ke Con Dao, Vietnam”