Tempat menarik di Singapore paling popular tahun 2025
Singapura terus menjadi antara destinasi percutian terkemuka di Asia Tenggara untuk tahun 2025, terutama bagi pelancong dari Malaysia yang mencari lokasi moden, selamat dan mudah diakses.
Meskipun bersaiz kecil, Singapura menawarkan pelbagai tempat menarik yang popular dan sesuai untuk semua jenis pelancong; sama ada keluarga, pasangan, solo traveller atau pencinta makanan dan hiburan. Dengan kemudahan pengangkutan awam yang efisien, kebersihan yang terjaga dan pelbagai pilihan tempat ikonik, negara ini kekal dalam senarai “short trip” pilihan ramai.
Dalam artikel ini, kami senaraikan 10 tempat menarik di Singapore paling popular tahun 2025, lengkap dengan maklumat terkini seperti waktu operasi, harga tiket, serta tarikan utama yang menjadikan setiap lokasi ini wajib dikunjungi. Jika anda sedang merancang percutian ke Singapura, jadikan panduan ini sebagai rujukan utama untuk merancang perjalanan yang tersusun dan penuh pengalaman bermakna.
Jom terokai Singapura dari perspektif yang lebih informatif dan berbaloi, sama ada untuk pertama kali atau kunjungan ulangan!
[TERKINI] Senarai Tempat Menarik di Singapore
Universal Studios Singapore (USS) – Pengalaman Taman Tema Bertaraf Dunia
Universal Studios Singapore masih menjadi destinasi nombor satu pelancong Malaysia ke Singapura. Satu-satunya cawangan di Asia Tenggara, taman tema ini menawarkan pengalaman luar biasa melalui 7 zon bertema seperti Hollywood, Sci-Fi City, Ancient Egypt, hingga Far Far Away.
Antara tarikan paling epik:
- Transformers The Ride 3D – seolah-olah anda berada dalam dunia Autobots.
- Revenge of the Mummy – roller coaster gelap yang menyeramkan dan mendebarkan.
- Sesame Street Spaghetti Space Chase – sesuai untuk kanak-kanak dan keluarga.
- WaterWorld Live Show – pertunjukan aksi dengan efek api dan air yang memukau!
📍 Tiket Dewasa: S$76 | Kanak-kanak: S$56
🕒 Waktu Operasi: Khamis–Ahad (12.00pm – 7.00pm)
Website: https://www.rwsentosa.com/
Gardens by the Bay – Taman Futuristik Penuh Flora
Gabungan teknologi dan alam semula jadi, Gardens by the Bay menempatkan struktur ikonik seperti Supertree Grove, Cloud Forest dan Flower Dome. Jangan lepaskan peluang berjalan di Skywalk sambil melihat panorama kota dari ketinggian. Cloud Forest menampilkan air terjun indoor tertinggi di dunia, manakala Flower Dome menempatkan ribuan spesies bunga dalam suasana rumah hijau iklim terkawal.
💡 Tip: Datang waktu malam (7–9pm) untuk lihat Supertree menyala dengan lampu neon yang memukau!
📍 Tiket: Percuma – S$50 (ikut jenis tarikan)
🕒 Waktu Operasi: Outdoor (5am – 2am), Tarikan lain (9am – 9pm)
Website: https://www.gardensbythebay.com.sg/
Marina Bay Sands – Ikon Moden Singapura
Marina Bay Sands bukan sekadar hotel mewah, ia adalah simbol kemajuan Singapura. Terletak bersebelahan pantai Marina, lokasi ini terkenal dengan Infinity Pool tertinggi di dunia, pusat beli-belah mewah, ArtScience Museum, dan pertunjukan laser & cahaya Wonder Full.
Pada waktu malam, pemandangan Marina Bay yang diterangi lampu neon sangat mengagumkan, terutama dari SkyPark Observation Deck.
💡 Jangan lupa ambil gambar berlatarbelakangkan Marina Bay Sands dari Merlion Park!
Website: https://www.marinabaysands.com/
Sentosa Island – Pulau Hiburan Keluarga
Sentosa ialah pusat hiburan serba lengkap dengan pelbagai tarikan:
- SEA Aquarium – antara akuarium terbesar di dunia.
- Adventure Cove Waterpark – taman air untuk seisi keluarga.
- Resorts World Sentosa – pusat hiburan, hotel & kasino.
- SkyHelix & Madame Tussauds – pengalaman unik & interaktif.
Tak hairanlah jika pulau ini dianggap “Disneyland versi tropika” untuk Asia Tenggara!
Merlion Park – Simbol Rasmi Negara Singa
Kalau ke Singapura, tak sah kalau tak bergambar dengan Merlion, patung berkepala singa dan berbadan ikan yang melambangkan asal-usul Singapura sebagai perkampungan nelayan.
Terletak berhampiran Marina Bay, kawasan ini sangat cantik untuk ambil gambar, terutama ketika senja dengan latar Marina Bay Sands dan Helix Bridge.
💡 Sesuai untuk aktiviti santai petang atau pit stop sebelum ke destinasi lain berdekatan.
Orchard Road – Syurga Shopping Singapura
Orchard Road ialah kawasan beli-belah paling terkenal di Singapura. Dipenuhi pusat beli-belah seperti ION Orchard, Paragon, Takashimaya dan 313@Somerset, korang boleh jumpa jenama antarabangsa, butik tempatan dan kafe hipster semuanya di sini.
Kalau nak window shopping atau sekadar cuci mata pun, suasananya sangat meriah dan sesuai untuk kaki fashion.
🕒 Waktu Operasi Kedai: Umumnya 10.00am – 10.00pm
Singapore Flyer – Pemandangan 360° dari Langit
Dengan ketinggian 165 meter, Singapore Flyer adalah antara roda Ferris tertinggi di dunia. Setiap kapsul berhawa dingin mampu menampung 28 orang, dan dari atas, anda boleh melihat panorama bandaraya, malah hingga ke Johor pada hari cerah!
Juga terdapat pengalaman menarik lain seperti flight simulator dan fish spa di kawasan sekitarnya.
📍 Tiket Dewasa: S$33 | Kanak-kanak: S$21
🕒 Waktu Operasi: Khamis–Ahad (3.00pm – 10.00pm)
Website: https://www.singaporeflyer.com/
Clarke Quay – Nightlife & River Cruise
Clarke Quay ialah kawasan hiburan tepi sungai yang penuh dengan restoran, bar dan hiburan malam. Tapi yang paling menarik? Singapore River Cruise – bot klasik yang bawa anda menyusuri sungai ke Marina Bay, Merlion Park dan lokasi ikonik lain.
Sangat sesuai untuk couple trip atau pengalaman malam yang santai dan romantik!
📍 Tiket River Cruise: RM74 (dewasa) | RM45 (kanak-kanak)
Website: https://www.capitaland.com/sg/malls/clarkequay
Bugis Street – Beli-Belah Murah & Meriah
Nak cari ole-ole tapi bajet ketat? Bugis Street ada segalanya – dari pakaian, cenderamata, aksesori hingga makanan ringan! Harga berpatutan dan boleh tawar-menawar. Kawasan ini sangat meriah, penuh warna dan suasana tempatan yang authentic.
🕒 Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00am – 10.00pm)
Arab Street & Kampong Glam – Budaya, Makanan & Seni
Arab Street adalah kawasan yang kaya dengan budaya Islam, seni bina dan makanan Timur Tengah. Korang boleh shopping karpet Parsi, tekstil, rempah dan batu permata. Berdekatan juga ialah Masjid Sultan dan restoran ikonik seperti Zam Zam dan Kampong Glam Cafe.
Murtabak Kambing & Rusa mereka terkenal kerana isi yang banyak, rempah cukup rasa dan saiz luar biasa besar; sesuai untuk dikongsi!
BACA: 14 Destinasi Menarik di Kuala Lumpur Yang Wajib Dikunjungi
Singapura membuktikan bahawa sebuah negara kecil mampu menawarkan pelbagai pengalaman pelancongan bertaraf dunia, dari taman tema mendebarkan, tarikan seni bina ikonik, taman hijau futuristik hingga ke lokasi membeli-belah dan gastronomi yang mengujakan. Keunikan Singapura terletak pada keupayaannya menggabungkan kemodenan, budaya, dan kecekapan dalam satu pakej perjalanan yang selesa, selamat dan mesra pelancong.
Bagi rakyat Malaysia, jaraknya yang dekat dan sistem pengangkutan yang efisien menjadikan Singapura sebagai pilihan ideal untuk percutian singkat yang berkualiti. Sama ada anda bercuti bersama keluarga, pasangan mahupun solo, tempat-tempat yang disenaraikan dalam artikel ini memberikan pelbagai pilihan yang sesuai mengikut minat dan bajet.
Simpan artikel ini sebagai panduan dan kongsikan bersama rakan travel anda. Jangan lupa ikuti media sosial Projek Travel untuk lebih banyak idea percutian terkini, tips bermanfaat dan inspirasi melancong ke destinasi dalam dan luar negara.
2 thoughts on “10 Tempat Menarik di Singapore Terkini Paling Popular [2025]”