Koleksi Lagu Raya 2025 ; Senarai Lagu Baharu

Koleksi Lagu Raya 2025
Kongsi Artikel ini

Koleksi Lagu Raya 2025. Tiada yang lama, maka tiada yang baharu. Lagu-lagu raya klasik telah mengukir kenangan indah dan menjadi sebahagian daripada budaya kita setiap kali Syawal menjelang. Namun, dengan perubahan zaman, muzik raya juga berevolusi dengan sentuhan moden tanpa menghilangkan nilai tradisionalnya.

Tahun 2025 menyaksikan kemunculan pelbagai lagu raya baharu yang tidak hanya menghiburkan tetapi juga membawa mesej yang menyentuh hati.

Lagu Raya Baharu Tahun 2025

Jika dahulu lagu seperti Dendang Perantau dan Balik Kampung menjadi pilihan utama, kini industri muzik raya semakin berkembang dengan pelbagai karya baharu yang lebih segar dan moden. Artis lama terus mengekalkan keunikan muzik tradisional dengan sentuhan kontemporari, manakala artis baharu tampil dengan inovasi yang mencerminkan perubahan generasi.

Dari melodi yang mendayu hingga rentak yang lebih segar dan rancak, lagu-lagu raya terkini hadir untuk memberi warna dan semangat baru kepada sambutan Aidilfitri. Jom kita explore sendiri senarai lagu raya popular terkini tahun 2025 beserta Official Music Video mereka, yang pasti dapat menceriakan suasana lebaran korang!

SerumpunMimifly

Raya Telah Tiba – Wany Hasrita

Jodoh Hari Raya – Dayang Nurfaizah

Raya Nak Ke Mana – Siti Nurhaliza

Meriah Lain Macam – Hael Husaini & Nadeera

Raya Pum Pang – Fazura & Syasya Rizal

Raya GenZ – Alyssa Dezek, Ara Aziz, Qadejah Aliff Syukri, Cik B

Balik Kampung…Gosip Raya – Ain Edruce, Sherry Alhadad

Raya Sehati Sedondon – Amar Amran & Dato Jamal Abdillah

10. Tak Balik Raya – Umairah
11. Hari Lebaran – Siti Nordiana
12. Jom Raya – Daiyan Trisha & Alif Zumi
13. Lagi Lagi Tak Dapat Raya – Floor 88 & Baby Shima
14. Raya Ya Ya – Iman Troye & Dato’ Aliff Syukri
15. Hari Mulia – Amir Jahari & Beto Kusyairi

Lagu raya sentiasa menjadi pelengkap kepada suasana Aidilfitri, menghidupkan kenangan lama dan mencipta momen baharu. Tahun ini, dengan pelbagai genre dan konsep yang lebih segar, korang pasti akan lebih teruja untuk menyambut Syawal.

Dari balada yang menyentuh perasaan hingga rentak moden yang rancak, setiap lagu dalam senarai ini menawarkan sesuatu yang unik. Jadi, pastikan lagu-lagu ini ada dalam playlist korang untuk hiburan sepanjang musim raya, tak kira di kampung atau di kota!

Antara semua lagu dalam Koleksi Lagu Raya 2025 ini, yang mana satu menjadi kegemaran korang? Adakah lagu bernada ceria yang menceriakan suasana, atau balada syahdu yang menyentuh hati? Komen di bawah dan kongsikan dengan kawan-kawan!

One thought on “Koleksi Lagu Raya 2025 ; Senarai Lagu Baharu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *