Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2025

Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2025
Kongsi Artikel ini

Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2025. Setelah sebulan berpuasa, kini tiba Hari Raya Aidilfitri. Seiring dengan perubahan zaman, cara kita menyambutnya juga mengalami evolusi. Jika dahulu kad raya menjadi simbol utama bagi menyampaikan ucapan penuh makna, kini teknologi telah mengambil alih peranan tersebut.

Ucapan Online Ganti Kad Raya Fizikal

Namun, adakah perasaan menerima ucapan raya melalui mesej telefon atau media sosial sama seperti menerima kad raya fizikal?

Walaupun era kad raya semakin berkurangan, ucapan dan pantun Aidilfitri masih tetap menjadi kegemaran ramai. Ia bukan sahaja menghidupkan suasana perayaan, tetapi juga mengeratkan hubungan sesama insan.

Ucapan Hari Raya Aidilfitri

Berikut adalah beberapa koleksi ucapan Hari Raya Aidilfitri dalam bentuk ayat yang boleh korang gunakan untuk dikongsikan kepada keluarga dan sahabat tersayang.

Ucapan 1

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan kegembiraan buat anda sekeluarga. Maaf zahir dan batin.
  2. Di bulan yang mulia ini, semoga segala dosa diampunkan, segala amalan diterima, dan segala impian menjadi kenyataan. Selamat menyambut Hari Raya!
  3. Walaupun jauh di mata, namun tetap dekat di hati. Semoga Aidilfitri ini membawa sinar kebahagiaan dan mengeratkan silaturahim kita semua.
  4. Syawal menjelma, takbir bergema, tanda kemenangan bagi kita semua. Selamat Hari Raya, semoga dipermudahkan segala urusan dan dilimpahi rezeki berpanjangan.
  5. Aidilfitri bukan sekadar tentang juadah yang enak, tetapi juga tentang memaafkan, menyatukan hati dan menyebarkan kasih sayang. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!
  6. Bila kata terselit dusta, bila sikap membekas lara,
    bila langkah menoreh luka, semoga maaf dapat dipinta.
    Selamat hari raya AidilFitri 1 Syawal 1439H Minal aidin
    wal faizin. Mohon maaf zahir dan batin.
  7. Ketupat pulut di atas para,
    Hendak direbus di tepi perigi,
    SMS dihantar pengganti kad raya,
    Tanda ingatan tak luput di hati.
    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.
    (nama penghantar )

Ucapan 2

  1. “Lisan kadang-kadang tak terjaga,
    Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, Sikap kadangkala menyakitkan. harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin”
  2. “Ya Allah, Muliakanlah Saudaraku ini, bahagiakanlah Keluarganya, berkatilah rezekinya, kuatkanlah imannya, berilah kenikmatan ibadahnya, jauhkanlah dia dari segala fitnah. Selamat Hari raya Maaf zahir Batin..”
  3. “Sebelum sampai ke penghujung Ramadhan, sebelum orang berpusu-pusu nak hantar ucapan, dan sebelum network/line trafik jam..! diucapkan.. Selamat hari raya Aidilfitri. moga disambut meriah disisi keluarga hendaknya..”
  4. Anak kucing curi ketupat, kena kejar terlompat-lompat, nak hantar kad raya dah tak sempat, hanya SMS laa yang paling cepat.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin”
  5. “Jambangan Indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri, Sms dikirim penganti diri, tanda ingatan tak layu dihati. Selamat hari raya Maaf zahir Batin..”
  6. “Setitik embun dipohon rimbun, Di atap nipah air tergenang, Dosa tertimbun Mohon diampun, Silap dan salah jangan dikenang. Selamat hari Raya, Maaf Zahir Batin..”
  7. ” Anak babun isap rokok salem, Rokok dibeli di kedai Pakya, Sebelum line telefon ni problem, Aku ucapkan Selamat menyambut Hari Raya..”
  8. Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari (nama penghantar dan family)

Pantun Hari Raya Aidilfitri

Berikut adalah beberapa koleksi ucapan Hari Raya Aidilfitri  dalam bentuk pantun yang boleh korang gunakan untuk dikongsikan kepada keluarga dan sahabat tersayang.

Pantun 1

  1. Kuih tart di atas dulang,
    Manis rasanya enak sekali,
    Aidilfitri kini menjelang,
    Maaf dipinta setulus hati.
  2. Ketupat lemang atas meja,
    Kuah rendang penuh rasa,
    Salam Syawal penuh bahagia,
    Moga kita berjumpa di hari mulia.
  3. Jangan lupa duit raya,
    Untuk anak-anak kecil gembira,
    Selamat Hari Raya semua,
    Maaf zahir batin dengan seikhlasnya.
  4. Pergi ke pasar beli ketam,
    Singgah sekejap membeli ikan,
    Hari Raya datang menjelang,
    Salah silap mohon maafkan.
  5. Dari jauh ku mohon restu,
    Doa dipanjat kepada Ilahi,
    Semoga Syawal membawa cahaya,
    Untuk kita semua berhari raya.
  6. Ada mata pandanglah keindahan,
    Ada mulut berbudilah pertuturan,
    Ada hati berilah kesayangan,
    Ada salah dan silap sudilah maafkan.
  7. Terlebih bisa tutur bicara,
    Disimpan jangan ampun dipinta,
    Syawal dinanti kan kunjung tiba,
    Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.
  8. Buat meriam pasang pelita,
    Asap keluar bunyi tiada,
    Ucapan raya maaf dipinta,
    Harap tiada terguris jiwa.
  9. Bermain mercun sambil menari,
    Di dalam gelap menangkap ikan,
    Kami menyusun sepuluh jari,
    Salah dan silap harap maafkan.
  10. Anak harimau berlari-lari,
    Sambil berlari memakan roti,
    SMS dikirim pengganti diri,
    Memohon maaf seikhlas hati.
  11. Sungguh cantik si rama-rama,
    Hinggap seekor di depan mata,
    Kini syawal telah menjelma,
    Tangan ku hulurkan maaf kupinta.
  12. Tok Dalang pergi ke dusun,
    Gadis India memakai sari,
    Seikhlas hati jari disusun,
    memohon dimaaf kekhilafan diri.

Pantun 2

  1. Bakar lemang sambil berdiri,
    Untuk juadah di AIDIL Fitri,
    Hantar kad raya posmen dah cuti,
    SMS sahaja penggganti diri.
  2. Gemersik takbir mengundang hiba,
    Salam diutus tanda ingatan,
    Syawal dinanti menjelang tiba,
    Salam diutus pohon kemaafan.
  3. Pergi ke kedai bersama rakan,
    Negara jepun dilanda taufan,
    Salam lebaran daku ucapkan,
    Di hari raya saling bermaafan.
  4. Biar amarah disunting senyum,
    Ibarat pekerti disulam kasih,
    Diharap dihalal makan dan minum,
    Ibarat rezeki tidak disisih.
  5. Buah pauh ditengah bendang,
    Jadi dagangan ditengah kota,
    Saudara jauh datang bertandang,
    Bermaaf-maafan sesama kita.
  6. Sungguh rendang pohon rumbia,
    Tempat persinggahan si anak kera,
    Ketupat rendang sudah tersedia,
    Jemputlah semua menjamu selera.
  7. Negara kita aman sentosa,
    Jangan dilupa orang terinyanya,
    Makan sudah baju bergaya,
    Orang fakir jangan dilupa.
  8. Adik tersayang segak bergaya,
    Memanjat kuih di atas para,
    Suasana riang di hari raya,
    Bermaaf-maafan riang gembira.
  9. Menyeberang laut melintas negeri,
    Terbang jauh dari Itali,
    Datuk nenek muka berseri,
    Anak cucu telah kembali.
  10. Gua Niah pintunya lebar,
    Dayak dusun jadi penjaga,
    Datuk nenek tidak tersabar,
    Kuih tersusun di atas meja.
  11. Memukul gendang pelbagai gaya,
    Amat meriah riang gembira,
    Ramai bertandang di hari raya,
    Tersenyum riang sanak saudara.
  12. Gulai tempoyak ikan mayong,
    Deroyan busok tebok tupai,
    Pandu hemat ingat kampong,
    Asal teman selamat sampai.

Walaupun tradisi kad raya semakin dilupakan, semangat untuk berkongsi ucapan Aidilfitri tetap mekar dalam jiwa kita. Sama ada melalui mesej digital atau pantun indah, yang penting adalah keikhlasan dalam menghulurkan kemaafan dan mengeratkan silaturahim.

Artikel berkaitan : Koleksi Ucapan Hari Raya 2025

Kongsi artikel mengenai Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2025 ni jika korang rasa ianya bermanfaat.

Jadi, jangan lupa untuk menghantar ucapan kepada yang tersayang tahun ini, kerana walau sekecil mana pun sebuah ucapan, ia tetap membawa makna yang besar! Selamat Hari Raya Aidilfitri!

One thought on “Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *