Tempat Menarik di Johor 2025 | Johor bukan sahaja terkenal sebagai pintu masuk selatan ke Malaysia, tetapi juga sebagai sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai destinasi pelancongan menarik. Daripada taman tema berkelas dunia hinggalah ke keindahan semula jadi yang memukau, negeri Johor menawarkan pelbagai pilihan untuk pelancong dari semua peringkat umur.
Tahun 2025 menjanjikan lebih banyak tarikan yang boleh diteroka, sama ada untuk percutian keluarga, aktiviti lasak mahupun pencinta alam. Berikut merupakan senarai 25 tempat menarik di Johor tahun 2025 yang boleh dijadikan panduan untuk percutian korang yang seterusnya.
Senarai Tempat Menarik di Johor 2025 Mengikut Kategori
Alam Semula Jadi & Air Terjun
Sesuai untuk pencinta alam, lokasi-lokasi ini menawarkan ketenangan, kesegaran dan suasana yang memukau:
- Lata Seri Pulai, Pontian
- Air Terjun Sungai Bantang Bekok, Labis
- Air Terjun Kota Tinggi
- Air Terjun Gunung Ledang, Tangkak
- Air Terjun Taka Melor, Segamat
Kolam Air Panas
Nikmati kelegaan semula jadi dengan berendam di kolam air panas, pilihan ideal untuk rawatan diri dan relaksasi:
- Kolam Air Panas Gersik, Muar
- Kolam Air Panas Labis, Segamat
Pantai & Pulau Tropika
Johor bukan sekadar taman tema – negeri ini juga menempatkan pantai-pantai dan pulau-pulau indah yang sesuai untuk aktiviti laut dan bersantai.
Pantai:
- Pantai Air Papan, Mersing
- Pantai Desaru, Kota Tinggi
Pulau Cantik di Johor:
- Pulau Rawa – dikenali dengan pasir putih dan air biru jernih, sesuai untuk snorkeling & honeymoon.
- Pulau Sibu – pulau tenang yang menempatkan resort-resort menarik.
- Pulau Tinggi – sesuai untuk menyelam & island hopping.
- Pulau Besar – kaya dengan biodiversiti laut dan pemandangan tropika.
Baca: 3 Resort Terbaik di Kepulauan Mersing dengan Pemandangan Laut
Zoo, Haiwan & Reptilia
Bawa anak-anak untuk melihat dunia haiwan secara dekat:
- Zoo Johor, Johor Bahru
- Taman Buaya Teluk Sengat, Kota Tinggi
Taman Tema & Aktiviti Hiburan
Johor merupakan hub hiburan utama di Malaysia dengan pelbagai taman tema yang menarik:
- Legoland Malaysia, Johor Bahru
- Desaru Coast Waterpark, Bandar Penawar
- Austin Height Water & Adventure Park
- Wet World, Batu Pahat
- KSL Dinosaur Alive Waterpark
- Taman Dinosaurs Jurassic Park, Muar
- Euro Fun Park, Tebrau JB
Aktiviti santai lain termasuk:
- Ice Skating Paradigm Mall, Johor Bahru
- Eco Palladium Taman Ekoflora, Tebrau
- Disneyland Old Street, Batu Pahat
Agro Pelancongan & Budaya
Untuk pelancong yang minat dengan warisan, seni dan suasana desa moden:
- UK Farm Agro Resort, Kluang
- Bandar Seramik Ayer Hitam, Batu Pahat
- Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar
Daripada keindahan semula jadi hingga hiburan bertaraf antarabangsa, Johor menawarkan pakej pelancongan yang seimbang untuk semua. Artikel ini hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang negeri ini mampu tawarkan kepada pelawat.
Jadi, mulakan perancangan percutian korang sekarang; dan jadikan Johor sebagai destinasi pilihan. Save dan share artikel ini, dan jangan lupa follow media sosial Projek Travel untuk lebih banyak idea pelancongan yang menarik dan terkini!
- Resipi Kangkung Belacan
- Rainforest Rising di Anurak Community Lodge: Pengalaman Eco-Tourism Unik di Surat Thani
- Cuti Deepavali 2025 & Cuti Sekolah Tambahan KPM
- 5 Aktiviti Menarik Wajib Cuba di Surat Thani, Thailand
- Saudia Airlines Diiktiraf Antara Syarikat Penerbangan Terkemuka Dunia Dalam Keselamatan Operasi & Kualiti