Awas Penipuan Pelancongan: Tawaran Pakej Percutian Terlalu Murah Mungkin Satu Perangkap!
“Pakej Murah ke Korea serendah RM899 all-in?!”
Kalau korang pernah nampak iklan macam ni lalu di media sosial, berhati-hatilah. Tawaran yang nampak terlalu menarik selalunya datang dengan ‘harga’ yang lebih besar; iaitu risiko ditipu bulat-bulat.
Dalam era di mana segalanya boleh ditempah online, penipuan pelancongan semakin kreatif dan sukar dikesan. Pelancong menjadi sasaran mudah, lebih-lebih lagi apabila terdesak mencari percutian murah dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
Laporan terkini mendedahkan peningkatan mendadak kes scam travel, terutama ketika fasa awal perancangan. Jadi sebelum korang klik “book now”, lebih baik baca dulu pendedahan lengkap ini; supaya impian bercuti tak bertukar jadi mimpi ngeri.
Scammer Pelancongan Kian Meningkat
Laporan terbaru daripada Mastercard Economics Institute menunjukkan bahawa kadar penipuan pelancongan meningkat lebih 12% pada tahun 2024, terutama semasa peringkat awal merancang perjalanan.
Taktik yang digunakan oleh penipu kini semakin licik, antaranya:
- Gambar destinasi dimanipulasi agar kelihatan lebih menarik
- Pautan pengesahan palsu dihantar melalui e-mel atau mesej peribadi
- Tawaran harga terlalu rendah untuk hotel, lawatan atau tiket penerbangan
Golongan scammer menyasarkan mereka yang terdesak mencari tawaran pelancongan murah, mengambil kesempatan atas tekanan ekonomi dan keinginan untuk melancong pada kos rendah.
Destinasi Popular Penipuan Pakej
Destinasi pelancongan yang terkenal seperti Bali, Tokyo, Bangkok, dan Paris sering menjadi tumpuan scammer kerana jumlah pelawat yang tinggi dan transaksi pelancongan yang banyak.
Antara taktik popular yang dikenal pasti termasuk:
- Penubuhan syarikat pelancongan palsu yang menawarkan “pakej eksklusif”
- Harga terlalu murah untuk dipercayai, bertujuan memancing bayaran awal
- Selepas bayaran dibuat, perkhidmatan dijanjikan tidak wujud atau jauh berbeza daripada yang dipromosikan
Ada juga kes di mana pelancong ditinggalkan begitu sahaja di lapangan terbang kerana “agent” mereka tidak pernah wujud.
Tip Elak Ditipu Semasa Merancang Percutian
Agar percutian korang tidak berakhir dengan penyesalan, berikut beberapa langkah bijak untuk mengelakkan penipuan pelancongan:
- ✅ Semak syarikat atau ejen pelancongan – Pastikan mereka berdaftar dan mempunyai ulasan pelanggan yang sah.
- ✅ Tempah melalui platform rasmi seperti Agoda, Booking.com atau laman web syarikat penerbangan.
- ✅ Guna kaedah pembayaran yang selamat seperti kad kredit untuk perlindungan transaksi.
- ✅ Jangan mudah terpedaya dengan tawaran harga terlalu rendah – Bandingkan dengan harga pasaran sebenar.
- ✅ Periksa URL laman web dan e-mel pengesahan – Penipu sering gunakan laman palsu yang hampir serupa dengan yang sebenar.
Penipuan pelancongan bukan lagi perkara luar biasa. Dengan peningkatan kes setiap tahun, para pelancong perlu lebih berwaspada dalam setiap langkah perancangan. Tawaran murah belum tentu selamat, dan sekali tersilap, korang mungkin kehilangan ribuan ringgit tanpa sebarang pampasan.
Lindungi diri, buat semakan sebelum bayar, dan jangan terburu-buru memilih tawaran yang nampak terlalu indah.
BACA: Tips Elak di Scam Semasa Travel di Luar Negara
Jangan lupa follow media sosial Projek Travel untuk tip perjalanan terkini, inspirasi destinasi menarik, dan info penipuan pelancongan yang sedang tular. Simpan artikel ni dan kongsikan dengan rakan-rakan supaya lebih ramai sedar dan dapat elakkan diri daripada jadi mangsa scam travel!
- Resipi Kangkung Belacan
- Rainforest Rising di Anurak Community Lodge: Pengalaman Eco-Tourism Unik di Surat Thani
- Cuti Deepavali 2025 & Cuti Sekolah Tambahan KPM
- 5 Aktiviti Menarik Wajib Cuba di Surat Thani, Thailand
- Saudia Airlines Diiktiraf Antara Syarikat Penerbangan Terkemuka Dunia Dalam Keselamatan Operasi & Kualiti