5 Aktiviti Menarik Wajib Cuba di Surat Thani, Thailand

5 Aktiviti Menarik Wajib Cuba di Surat Thani Thailand
Kongsi Artikel ini

Aktiviti Menarik Wajib Cuba di Surat Thani, Thailand

Kalau bercakap tentang percutian ke Thailand, ramai yang terus terbayang Phuket, Krabi atau Bangkok. Tapi sebenarnya, ada satu lagi destinasi menarik yang penuh dengan keindahan alam semula jadi di Surat Thani. Terletak di selatan Thailand, bandar ini bukan sahaja terkenal sebagai pintu masuk ke Koh Samui, malah kaya dengan tarikan eko-pelancongan yang sesuai untuk mereka yang sukakan alam semula jadi.

Dalam artikel ini, kami kongsikan 5 aktiviti menarik di Surat Thani yang wajib korang cuba untuk jadikan percutian ke Thailand lebih bermakna.

5 Aktiviti Menarik di Surat Thani, Thailand

1. Bamboo Rafting di Khao Sok National Park

Bamboo Rafting di Khao Sok National Park

Nikmati pengalaman unik menaiki rakit buluh sambil menyusuri sungai yang dikelilingi hutan hujan tropika berusia lebih 160 juta tahun. Udara yang segar, suasana hening, dan panorama batu kapur menjulang tinggi menjadikan aktiviti ini bukan sahaja menenangkan jiwa, malah seakan membawa korang kembali ke zaman alam semula jadi purba.

2. Cheow Lan Lake – “Guilin of Thailand”

Cheow Lan Lake

Cheow Lan Lake sememangnya ikon pelancongan Surat Thani. Tasik dengan air kehijauan ini dikelilingi formasi batu kapur yang menakjubkan, mirip pemandangan Guilin di China. Aktiviti popular di sini ialah menaiki long-tail boat untuk menikmati panorama indah sekeliling. Kalau nak lebih istimewa, cuba pengalaman bermalam di rumah rakit terapung dan bangun pagi dengan pemandangan tasik berkabus yang mempesona.pung dan bangun pagi dengan pemandangan tasik yang mempesona.

3. Baan Namrad Watershed- Air Sejernih Kaca

Kalau korang suka suasana tenang jauh daripada orang ramai, Baan Namrad Watershed adalah lokasi sempurna. Airnya sejernih kaca dan masih belum ramai pelancong tahu tentang tempat ini. Sama ada nak berenang, berendam, atau sekadar celup kaki, pengalaman di sini pasti menyegarkan tubuh dan minda.

4. Rungfa Farm Cooking Class- Belajar Masakan Thai Asli

Rungfa Farm Cooking Class

Nak cuba pengalaman pelancongan berasaskan komuniti? Sertai kelas memasak di Rungfa Farm. Di sini, korang akan belajar masakan Thai asli menggunakan bahan segar yang dipetik terus dari kebun. Bayangkan hasil air tangan sendiri, dinikmati panas-panas sambil dikelilingi suasana kampung yang hijau dan mendamaikan.

5. Khao Na Nai Luang Dharma Park Temple – Spot Bergambar Terbaik

Khao Na Nai Luang Dharma Park Temple

Untuk peminat fotografi, Khao Na Nai Luang Dharma Park Temple adalah lokasi wajib singgah. Kuil ini terkenal dengan pintu gerbang besar, stupa putih, dan landskap bukit berkabus di waktu pagi. Selain cantik untuk bergambar, ia juga menawarkan suasana tenang dan spiritual yang mendalam.

Cara ke Surat Thani

Dari Kuala Lumpur, perjalanan ke Surat Thani kini lebih mudah. Korang boleh pilih penerbangan AirAsia dari KLIA ke Don Mueang Airport, Bangkok sebelum sambung terus ke Surat Thani Airport. Lagi mudah kalau tempah melalui AirAsia MOVE, sebab boleh urus tiket penerbangan dan penginapan dalam satu platform.

Jadi, Nak Stay di Mana?

Kalau korang tengah plan percutian ke Surat Thani dan tak tahu nak stay kat mana, kami rekomen untuk pilih penginapan yang dekat dengan Khao Sok National Park. Antara pilihan menarik ialah Anurak Community Lodge, sebuah eco-lodge yang mesra alam, selesa dan dikelilingi hutan tropika. Dari sini, senang untuk korang join aktiviti rafting, naik bot di Cheow Lan Lake atau terus ke tempat-tempat lain yang kami senaraikan tadi.

Dengan gabungan penginapan yang tenang, aktiviti alam semula jadi yang menakjubkan, serta makanan Thai asli yang menyelerakan, percutian ke Surat Thani pasti jadi pengalaman yang sukar dilupakan.

@projektravel

Things to do in Surat Thani, Thailand @razif @Nursyafiq Naser

♬ original sound – ProjekTravel – ProjekTravel

Kesimpulan

Surat Thani mungkin tidak sepopular Phuket atau Krabi, tetapi ia menawarkan pengalaman pelancongan yang lebih tenang, semula jadi, dan penuh keindahan tersendiri. Dari rakit buluh hingga kelas memasak tradisional, setiap aktiviti di sini menjanjikan kenangan yang unik.

@projektravel

Korang pernah dengar pasal Surat Thani? Ha! Kali ni projek travel dengan AirAsia MOVE nak bawa korang explore Hidden Gems in Surat Thani selama 4H3M! 🌏✈️ Perjalanan bermula dari KL ➝ Bangkok (±2 jam) ➝ transit di Don Mueang Airport ➝ domestic flight ke Surat Thani. Antara port & aktiviti menarik yang korang kena try: ✅ Bamboo rafting @ Khao Sok National Park ✅ Boat Cruise @ Cheow Lan Lake ✅ Baan Nam Rad Watershed ✅ Rungfa Farm cooking class ✅ Khao Na Nai Luang Dharma Park temple 4 hari 3 malam penuh adventure + hidden gems menanti korang! Tak tahu nak stay kat mana? Tunggu my next video! Apa lagi? #TravelMoreForLess with AirAsia MOVE! #AmazingThailand #YourStoriesNeverEnd #FriendsofMOVE #AirAsiaMOVE #TravelMoreForLes

♬ original sound – ProjekTravel – ProjekTravel

Kalau korang tengah cari destinasi eco-pelancongan terbaik di Thailand, Surat Thani wajib ada dalam bucket list percutian korang!

✅ Follow Projek Travel di media sosial untuk lebih banyak tip percutian menarik. Jangan lupa simpan dan kongsi artikel ini dengan kawan-kawan yang tengah plan trip ke Thailand!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *