Penerbangan Terus AirAsia dari Kuala Lumpur ke Andaman. Jika korang mencari destinasi baru yang mempunyai keindahan semula jadi dan sejarah yang menakjubkan, maka Sri Vijaya Puram (dahulunya dikenali sebagai Port Blair) adalah tempat yang patut korang pertimbangkan.
AirAsia dari Kuala Lumpur ke Andaman
AirAsia, dengan semangat inovatifnya, kini menghubungkan Kuala Lumpur dengan destinasi menarik ini dengan penerbangan terus yang pertama pada 16 November 2024. Dengan penerbangan langsung yang hanya memakan masa singkat (lebih kurang 2jam 10 minit), Sri Vijaya Puram kini berada dalam jangkauan lebih ramai pelancong dari Malaysia dan sekitarnya.

Dengan enam penerbangan pergi balik mingguan, laluan baharu ini menjadi satu-satunya penerbangan terus dari Malaysia ke Kepulauan Andaman dan Nicobar. Perkhidmatan ini menjanjikan perjalanan yang lebih mudah, pantas, dan berpatutan ke salah satu destinasi pelancongan paling memukau di Asia Selatan.
Mengapa Sri Vijaya Puram Menjadi Tumpuan?
Kepulauan Andaman dan Nicobar terkenal dengan pantai putih yang bersih, lagun tropika, dan biodiversiti laut yang menakjubkan. Ia merupakan syurga tersembunyi yang menanti untuk diterokai. Destinasi ini sesuai untuk pelancong yang mahukan pengalaman baharu — sama ada menyelam skuba di antara terumbu karang, atau menikmati ketenangan pantai yang jauh dari kesibukan kota.

Selain itu, tarikan seperti Cellular Jail di Port Blair membawa anda menyusuri sejarah perjuangan kemerdekaan India, menjadikannya sebuah destinasi yang menggabungkan keindahan semula jadi & nilai sejarah.
Pengembangan Strategik AirAsia

Dato’ Kapten Fareh Mazputra, Pengarah Urusan AirAsia Malaysia, berkata, “Ini merupakan pencapaian penting dalam usaha berterusan kami untuk memperkukuh kehadiran di India, salah satu pasaran terbesar dan paling berkembang bagi AirAsia. Visi dan misi kami adalah untuk terus meningkatkan kesalinghubungan dengan tambang berpatutan di seluruh Asia.
Flight Schedule antara Kuala Lumpur (KUL) dan Port Blair (IXZ)
Kuala Lumpur (KUL) ke Port Blair (IXZ)
No. Flight : AK55
Berlepas: 10:40
Tiba: 10:20
Operasi: Selasa, Khamis & Sabtu
Port Blair (IXZ) ke Kuala Lumpur (KUL)
No. Flight : AK54
Berlepas: 10:55
Tiba: 16:15
Operasi: Selasa, Khamis & Sabtu
Membuka Pintu kepada Peluang Baharu
Laluan ini membuka peluang besar kepada pelancong untuk meneroka destinasi di kedua-dua negara. Pelancong dari Sri Vijaya Puram kini dapat menikmati kemudahan penerbangan terus ke Malaysia.
Rangkaian luas AirAsia juga membolehkan sambungan mudah ke destinasi lain di Asia Tenggara seperti Bali, Bangkok, dan Hanoi.
Dengan pelancaran laluan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Sri Vijaya Puram, AirAsia membuka peluang perjalanan baru. Kini, semua orang boleh menerokai destinasi yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, sejarah, dan budaya.
Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama menikmati perjalanan ke salah satu destinasi eksotik yang sedang mencuri tumpuan ini. Tempah tiket anda sekarang di AirAsia.com dan jadikan Sri Vijaya Puram destinasi percutian anda yang seterusnya!