Perak merupakan sebuah negeri di semenanjung Malaysia yang tenang tetapi kaya dengan cerita. Setiap sudut negeri ini menyimpan daya tariknya tersendiri. Keindahan alam semula jadi, warisan seni bina dan tradisi masyarakatnya menjadikan Perak sebagai destinasi yang sentiasa relevan untuk dikunjungi. Justeru, mengetahui Cuti Umum Negeri Perak 2026 dapat memberi ruang kepada korang untuk merancang masa terbaik menerokai negeri ini. Sama ada untuk berehat, mengembara atau pulang menyantuni keluarga.
Jadual Cuti Umum Negeri Perak 2026
Berikut ialah senarai cuti umum Negeri Perak bagi tahun 2026 yang boleh dijadikan panduan awal untuk merancang cuti, percutian atau urusan penting sepanjang tahun. Susunan cuti ini melibatkan cuti persekutuan serta cuti khas negeri Perak.
| Tarikh | Hari | Cuti |
|---|---|---|
| 1 Jan | Khamis | Tahun Baru |
| 1 Feb | Ahad | Hari Thaipusam |
| 2 Feb | Isnin | Cuti Hari Thaipusam |
| 17 Feb | Selasa | Tahun Baru Cina |
| 18 Feb | Rabu | Tahun Baru Cina Hari Kedua |
| 7 Mac | Sabtu | Hari Nuzul Al-Quran |
| 21 Mac | Sabtu | Hari Raya Aidilfitri |
| 22 Mac | Ahad | Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua |
| 23 Mac | Isnin | Cuti Hari Raya Aidilfitri |
| 1 Mei | Jumaat | Hari Pekerja |
| 27 Mei | Rabu | Hari Raya Haji |
| 31 Mei | Ahad | Hari Wesak |
| 1 Jun | Isnin | Hari Keputeraan YDP Agong |
| 1 Jun | Isnin | Cuti Hari Wesak |
| 17 Jun | Rabu | Awal Muharram |
| 25 Ogos | Selasa | Maulidur Rasul |
| 31 Ogos | Isnin | Hari Kebangsaan |
| 16 Sep | Rabu | Hari Malaysia |
| 6 Nov | Jumaat | Hari Keputeraan Sultan Perak |
| 8 Nov | Ahad | Hari Deepavali |
| 9 Nov | Isnin | Cuti Hari Deepavali |
| 25 Dis | Jumaat | Hari Krismas |
Nota Penting: Tarikh dalam jadual ini adalah anggaran. Pihak kami akan mengemas kini halaman ini sebaik sahaja tarikh cuti umum rasmi tahun 2026 diumumkan oleh Kerajaan Negeri Perak dan pihak berkuasa berkaitan.
Cara Maksimumkan Cuti Tahun 2026
- Simpan artikel ini & tandakan cuti yang jatuh dekat hujung minggu.
- Tempah awal (hotel/kereta/sewa basikal) untuk elak harga puncak.
- Pilih tarikan kurang sesak pada hari puncak—datang awal pagi atau lewat petang.
- Gabung cuti tahunan 1–2 hari untuk dapat 4–5 hari bercuti.
Kesimpulan
Dengan mengetahui Cuti Umum Negeri Perak 2026, korang boleh rancang cuti lebih bijak. Sama ada balik kampung, bawa keluarga bercuti, atau sekadar rehat pendek. Perak ada segalanya: warisan, alam, dan makanan. Tinggal pilih tarikh yang tepat.
Follow media sosial Projek Travel, simpan artikel ni, dan kongsi dengan kawan-kawan supaya semua boleh rancang cuti 2026 dengan lebih teratur!
- voco Kuching by IHG: Hotel Dekat Airport Kuching dengan Penginapan Premium dan Lokasi Strategik
- Nights of Fright 12: APE-OCALYPSE 2026 di Sunway Lagoon, KL
- Cuti Deepavali 2026: Tarikh Cuti Umum, Cuti Sekolah dan Peluang Rancang Percutian
- Tiket Tren Deepavali 2026: KTMB Tambah 11,888 Tempat Duduk
- Club Med Lijiang: Resort All-Inclusive dengan Pemandangan Jade Dragon Snow Mountain
One thought on “Cuti Umum Negeri Perak 2026”