Rainforest Rising di Anurak Community Lodge
Siapa sangka di sebalik landskap hijau dan tenang di Surat Thani, tersembunyi pengalaman eco-pelancongan yang luar biasa? Baru-baru ini, AirAsia MOVE dengan kerjasama Tourism Authority of Thailand (TAT) telah membawa peserta dari Malaysia, Indonesia dan Filipina untuk merasai sendiri keindahan Khao Sok menerusi program Fam Trip โSurat Thani: Mystique of Thailand in Green Seasonโ.
Program ini bukan sekadar percutian biasa, ia adalah perjalanan menyelami keajaiban alam, budaya tempatan, dan semangat pelancongan lestari di Anurak Community Lodge.
๐ฅ Peserta & Influencer Serantau
Fam Trip kali ini turut menampilkan barisan influencer dan wakil media terkemuka dari rantau Asia Tenggara, yang bersama-sama menjelajah keindahan Surat Thani dan menghayati konsep eco-tourism secara lebih mendalam.

- ๐ฒ๐พ Malaysia: @nursyafiqnaser dan @projektravel
- ๐ฎ๐ฉ Indonesia: @_febrian dan Marischka Prudence
- ๐ต๐ญ Filipina: @phexplorewithchelo.ph dan Just Got Fed
Peserta terlibat bukan sahaja berkongsi keindahan perjalanan di media sosial, tetapi juga menyebarkan mesej penting tentang eco-tourism dan kelestarian melalui pengalaman masing-masing di Surat Thani.
๐ฑ Rainforest Rising: Tanam Pokok, Tanam Harapan
Salah satu momen paling berharga dalam trip ini ialah penyertaan dalam Rainforest Rising: A Special Tree Planting Programme. Satu inisiatif istimewa oleh Anurak Community Lodge yang bertujuan memulihkan semula ekosistem hutan hujan tropika di Khao Sok.

Dalam program ini, para peserta bukan sekadar menanam pokok. Kami sebenarnya menanam harapan baharu untuk bumi. Aktiviti ini membuka ruang kepada pelancong merasai pengalaman eco-volunteering sebenar. Sambil menyumbang terus kepada usaha kelestarian alam sekitar dan pemuliharaan biodiversiti.
Setiap anak pokok yang ditanam menjadi simbol tanggungjawab bersama untuk menjaga keseimbangan alam semula jadi. Ini dapat memastikan generasi akan datang terus dapat menikmati keindahan hutan tropika Khao Sok yang menakjubkan.
๐ค Eksplorasi Tasik Cheow Lan: Keajaiban Alam Semula Jadi
Selepas aktiviti menanam pokok di hutan Khao Sok, kami berpeluang menikmati keindahan semula jadi Tasik Cheow Lan. Antara permata tersembunyi paling memukau yang ada di Surat Thani.
Tasik ini terkenal dengan airnya yang sejernih kristal serta dikelilingi formasi batu kapur menjulang tinggi yang terbentuk sejak jutaan tahun dahulu. Keindahannya begitu menakjubkan hingga membuatkan ramai menyamakan panorama di sini dengan โHalong Bay versi Thailandโ.

Suasana tenang dengan pantulan langit di permukaan tasik menjadikan Cheow Lan Lake destinasi idaman buat pencinta alam, pengembara dan jurugambar. Setiap sudutnya bagaikan lukisan hidup. Cukup sempurna untuk mereka yang mencari ketenangan dan keajaiban ciptaan Tuhan.
Anurak Community Lodge: Lebih Daripada Sekadar Penginapan
Anurak Community Lodge bukan sekadar tempat untuk bermalam, ia adalah sebuah pengalaman hidup berasaskan kelestarian. Setiap sudut lodge ini dibangunkan dengan prinsip pelancongan lestari (sustainable tourism), menggabungkan keselesaan moden dengan rasa hormat yang mendalam terhadap alam semula jadi.

Dari reka bentuk mesra alam, aktiviti bersama komuniti setempat, hinggalah kepada menu farm-to-table yang menggunakan hasil segar dari kebun sendiri. Semuanya mencerminkan komitmen mereka dalam melindungi bumi. Di sini, pelancong bukan sekadar tetamu, tetapi sebahagian daripada usaha bersama untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem dan memupuk kesedaran hijau yang semakin penting hari ini.
๐ฝ๏ธ Pengalaman Makan Malam & Sarapan Istimewa di Hornbill Restaurant
Tiada percutian yang sempurna tanpa hidangan yang menggoda selera. Di Anurak Community Lodge, tetamu berpeluang menikmati Special Dining Experience. Makan malam eksklusif dalam suasana alam semula jadi yang tenang dan romantik. Dihidangkan dengan menu istimewa menggunakan bahan-bahan segar dari kebun sendiri, pengalaman makan di sini benar-benar meninggalkan kesan tersendiri.

Pada waktu pagi pula, kami dapat nikmati sarapan di Hornbill Restaurant sambil dijamu pemandangan mata yang menakjubkan menghadap tebing batu kapur Khao Sok. Bayangkan minum kopi panas sambil mendengar kicauan burung hornbill dan menyaksikan kabus pagi yang menyelubungi hutan. Satu momen damai yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Setiap hidangan di Anurak bukan sekadar tentang rasa, tetapi tentang pengalaman berharga menyatu dengan alam, menikmati ketenangan, & menghargai setiap detik yang sederhana tetapi bermakna.
๐ฅฌ Anurak Vegetable Garden: Dari Ladang Terus ke Meja
Antara daya tarikan paling istimewa di Anurak Community Lodge ialah Anurak Vegetable Garden. Sebuah kebun organik kecil yang menjadi sumber utama sayur-sayuran segar untuk hidangan di restoran lodge ini.

Tetamu boleh terokai sendiri kawasan kebun, melihat bagaimana tanaman dijaga secara semula jadi tanpa bahan kimia, dan menikmati pengalaman autentik โfarm-to-tableโ. Setiap hidangan yang disajikan bukan sahaja segar. Tetapi turut mencerminkan nilai sustainable dining yang semakin mendapat tempat dalam dunia pelancongan moden.
Pendek kata, makan di sini bukan sekadar menjamu selera. Tetapi juga menyokong gaya hidup lestari yang menghargai hasil bumi dan kesejahteraan alam sekitar.
โ๏ธ Cara Ke Surat Thani
Nak ke Surat Thani tak susah pun! Dari Malaysia, pelancong boleh memilih laluan mudah melalui penerbangan AirAsia:
- โ๏ธ Terbang dari KLIA ke Don Mueang Airport, Bangkok.
- ๐ซ Dari sana, sambung penerbangan domestik terus ke Surat Thani Airport.
- ๐ Setibanya di lapangan terbang, perjalanan darat ke Anurak Community Lodge mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit sahaja.
Laluan ini bukan sahaja selesa dan efisien, malah membolehkan pelancong menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan ke kawasan hijau Khao Sok National Park.
๐ป Tempah Sekarang di AirAsia MOVE
Kalau korang dah mula merancang percutian ke Thailand. Inilah masa terbaik untuk tempah penginapan di Anurak Community Lodge secara terus melalui AirAsia MOVE.
Platform ini memudahkan korang menyusun penerbangan, hotel dan aktiviti. Semuanya dalam satu tempat yang praktikal dan cepat. Tak perlu buka banyak laman web, hanya satu aplikasi untuk seluruh perjalanan korang ke Surat Thani dan Khao Sok.
Nikmati kemudahan, jimat masa, dan alami sendiri keindahan eco-tourism Thailand dengan cara yang paling mudah bersama AirAsia MOVE!
๐ Kesimpulan: Melancong Sambil Menjaga Alam
Rainforest Rising di Anurak Community Lodge bukan sekadar trip biasa, tapi simbol bagaimana pelancongan boleh menjadi alat untuk menjaga bumi. Surat Thani membuktikan bahawa destinasi hijau juga mampu memberi pengalaman mewah, tenang dan bermakna.
Jadi, kalau korang tengah cari destinasi eco-tourism terbaik di Thailand, inilah masanya untuk alami keindahan Khao Sok dan Anurak Community Lodge sendiri!
Untuk lebih banyak kisah dan tip menarik macam ni, follow Projek Travel di media sosial! Simpan dan kongsi artikel ini supaya lebih ramai dapat rasai pengalaman eco-pelancongan yang luar biasa di Thailand ๐
- Resipi Kangkung Belacan
- Rainforest Rising di Anurak Community Lodge: Pengalaman Eco-Tourism Unik di Surat Thani
- Cuti Deepavali 2025 & Cuti Sekolah Tambahan KPM
- 5 Aktiviti Menarik Wajib Cuba di Surat Thani, Thailand
- Saudia Airlines Diiktiraf Antara Syarikat Penerbangan Terkemuka Dunia Dalam Keselamatan Operasi & Kualiti