Bonus Raya Penjawat Awam & Pesara 2025. Berita baik untuk semua penjawat awam dan pesara kerajaan! Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Bayaran Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri 2025 sebanyak RM500 untuk penjawat awam dan RM250 untuk pesara akan mula dibayar minggu depan.
“Insya-Allah minggu hadapan, kita akan salurkan kepada gred 56 ke bawah RM500 bagi setiap penjawat awam dan pesara RM250 termasuk veteran, dan mulai Isnin Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga dikeluarkan supaya meringankan beban rakyat,” kata Perdana Menteri.
Beliau mengumumkan perkara itu selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang, pada 21 Mac 2025.
Bonus Raya Penjawat Awam 2025
Rezeki Tambahan untuk Persiapan Raya
Setiap kali Aidilfitri, banyak yang perlu disiapkan seperti baju raya, kuih-muih, duit raya, dan kos balik kampung. Bonus raya ini dapat meringankan beban kewangan, terutama bagi yang berkeluarga besar.
Bagi pesara kerajaan, pemberian RM250 ini adalah satu bentuk penghargaan atas jasa mereka yang telah berkhidmat untuk negara. Walaupun jumlahnya tidak sebesar bonus penjawat awam yang masih berkhidmat, ia tetap memberi sedikit kelegaan dalam perbelanjaan musim perayaan ini.
Tarikh Bayaran BKKA (Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025)
Mengikut laporan rasmi, bayaran ini akan mula dikreditkan pada minggu depan iaitu 27 Mac 2025, menjelang perayaan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.
Sila rujuk Surat Edaran dan Soalan Lazim oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Jumlah Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025
Berikut merupakan jumlah bayaran dan siapa yang layak menerima Bantuan khas kewangan Aidil Fitri:
- RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan lantikan kontrak (contract of service, contract for service, pegawai sambilan harian dan lantikan MySTEP.
- RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
Rezeki Raya yang Perlu Disyukuri
Walaupun mungkin ada yang mengharapkan jumlah bonus yang lebih besar, kita harus bersyukur dengan apa yang diberikan. Bonus ini adalah tanda penghargaan kerajaan kepada penjawat awam yang telah berkhidmat untuk negara, dan juga sebagai satu bentuk bantuan bagi meringankan kos persiapan raya.
Buat penjawat awam dan pesara kerajaan, korang dah rancang nak guna duit raya RM500 atau RM250 ni untuk apa? Kongsi pendapat korang dalam komen!
Artikel Menarik : Tips Perjalanan Balik Raya Bersama AirAsia 2025