Tips Perjalanan Balik Raya Bersama AirAsia 2025

Tips Perjalanan Balik Raya Bersama AirAsia 2025
Kongsi Artikel ini

Tips Perjalanan Balik Raya Bersama AirAsia 2025. Setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, ramai perantau akan mula pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya bersama keluarga. Suasana lapangan terbang khususnya akan menjadi lebih sibuk dengan pelbagai gelagat penumpang yang tidak sabar untuk merasai kemeriahan Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

Untuk memastikan perjalanan balik kampung korang lebih lancar dan selesa, sila ikuti beberapa tips penting dari AirAsia untuk penerbangan dari 28 Mac hingga 5 April 2025.

Tips Perjalanan Lancar Hari Raya Bersama AirAsia

Daftar Masuk Lebih Mudah dengan AirAsia MOVE

Untuk mengelakkan kesesakan yang luar biasa di lapangan terbang, AirAsia menggalakkan semua penumpang untuk melakukan daftar masuk secara kendiri melalui aplikasi AirAsia MOVE. Pendaftaran boleh dibuat seawal 14 hari sebelum penerbangan dan sekurang-kurangnya satu (1) jam sebelum waktu berlepas.

  • Muat turun aplikasi AirAsia MOVE dari Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.
  • Dapatkan pas masuk elektronik untuk perjalanan dari 28 Mac hingga 5 April 2025.
  • Perkhidmatan daftar masuk di kaunter hanya untuk:
    o Tetamu kurang upaya
    o Tetamu dengan bayi (bawah 24 bulan)
    o Wanita hamil
    o Warga emas
    o Remaja yang melakukan perjalanan bersendirian

Keistimewaan untuk Tetamu dengan Keperluan Khas

AirAsia ada menawarkan keistimewaan perkhidmatan untuk tetamu dengan Keperluan Khas seperti berikut:

  • Wanita hamil yang melebihi 27 minggu perlu membawa sijil perakuan doktor dan mengisi borang di kaunter sebelum menaiki pesawat.
  • Tetamu kurang upaya boleh menempah Bantuan Khas (kerusi roda) melalui pautan ‘My Booking‘ dalam aplikasi AirAsia MOVE sekurang-kurangnya empat (4) jam sebelum berlepas.

Pra-Tempah Hidangan dan Nikmati Penjimatan

Untuk pengalaman lebih selesa, AirAsia mengesyorkan penumpang membuat pra-tempah hidangan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum berlepas. Dengan ini, korang boleh:

  • Jimatkan sehingga 23% berbanding harga dalam penerbangan.
  • Nikmati menu istimewa Hari Raya oleh Santan, termasuk Nasi Tomato Ayam Percik dengan kuih atau karipap dan minuman.
  • Harga: RM20.90 untuk AirAsia Malaysia (AK) dan RM26.90 untuk AirAsia X (D7).

Keperluan Perjalanan Antarabangsa

Bagi penumpang yang terbang ke luar negara:

  • Pastikan korang memenuhi syarat perjalanan seperti visa dan transit.
  • Keperluan ini boleh berubah, jadi sentiasa semak dengan kedutaan atau konsulat masing-masing.
  • Aplikasi AirAsia MOVE membolehkan korang memuat naik atau mengambil gambar visa untuk mendapatkan pas masuk tanpa perlu beratur panjang.

Tiba Awal di Lapangan Terbang

Memandangkan musim perayaan sering menyebabkan kesesakan yang luar biasa, AirAsia menasihatkan penumpang untuk datang dan tiba lebih awal di lapangan terbang:

  • Penerbangan domestik: Sekurang-kurangnya dua (2) jam sebelum berlepas.
  • Penerbangan antarabangsa: Sekurang-kurangnya tiga (3) jam sebelum berlepas.
  • Kaunter daftar masuk akan ditutup:
    o Satu (1) jam sebelum berlepas di KLIA T2.
    o 45 minit sebelum berlepas di lapangan terbang lain di Malaysia.
  • Gunakan AirAsia Ride untuk tempahan pengangkutan ke lapangan terbang dan nikmati diskaun RM5 dengan kod promosi “FLYRIDE5”.

Manfaatkan Teknologi untuk Proses Lebih Pantas

  • Pas masuk elektronik boleh digunakan untuk menaiki pesawat tanpa perlu mencetak pas fizikal.
  • Kiosk tanpa sentuh membolehkan korang mencetak tag bagasi sendiri.
  • Tempah elaun bagasi sehingga empat (4) jam sebelum berlepas melalui AirAsia MOVE.
  • Pastikan bagasi kabin tidak melebihi 7kg dan mematuhi saiz yang ditetapkan (56 x 36 x 23cm).

Dengan mengikuti seluruh panduan ini, korang boleh menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa bersama AirAsia. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat pulang ke kampung halaman!

Kongsi, jika korang rasa artikel mengenai Tips Perjalanan Balik Raya Bersama AirAsia 2025 ni bermanfaat.

Artikel Menarik : AirAsia Malaysia Lancar Laluan Terus ke Darwin, Australia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *