Senarai Lokasi Buffet Durian Tanpa Had di Singapura 2025
Berita baik untuk peminat tegar durian di Singapura! Musim durian sudah tiba, dan tahun 2025 menjanjikan pengalaman luar biasa dengan pelbagai buffet durian tanpa had di Singapura yang wajib korang cuba. Dari durian Musang King yang terkenal, hingga ke varieti premium seperti D24, Red Prawn dan Black Gold; semua boleh dinikmati sepuas hati di lokasi eksklusif sekitar Singapura.
Kini, semakin banyak hotel dan restoran di Singapura menawarkan buffet durian mewah sempena musim puncak durian. Bukan setakat makan durian segar, korang juga boleh cuba pelbagai sajian unik berasaskan durian; dari makanan utama hinggalah ke pencuci mulut!
Kalau korang tengah cari tempat makan durian terbaik di Singapura tahun 2025, ini senarai yang korang tak boleh abaikan. Jom tengok 4 lokasi buffet durian paling popular dan bernilai yang tengah jadi sebutan ramai!
Lokasi Buffet Durian Terbaik di Singapura 2025
1. Royal Durian Bazaar – Paradox Singapore Merchant Court Hotel
Nikmati hidangan durian Musang King dan D24 tanpa had setiap hari Khamis dari 10 Julai hingga 7 Ogos 2025 di Royal Durian Bazaar, Paradox Singapore Merchant Court Hotel.
- 📍 Lokasi: 20 Merchant Road, berhampiran Clarke Quay
- 🕕 Waktu Buffet: 6:00 petang – 8:30 malam
- 💰 Harga: S$138++ (dewasa), S$50++ (kanak-kanak 6-12 tahun)
Menariknya, durian disajikan segar dari gerai langsung di tepi sungai! Jangan lepaskan juga bufet istimewa Ellenborough Market Café dari 2 Jun hingga 31 Ogos yang menawarkan hidangan kreatif seperti:
- Sup ayam durian
- Ayam panggang sambal durian
- Makanan laut kuah santan durian
- Kek keju durian tiga lapis, gulung durian gula Melaka & wafel pandan durian
2. Durian Fiesta – Resorts World Sentosa
Kalau korang cari lokasi makan durian di Sentosa, ini tempatnya! Dari 11–13 Julai & 18–20 Julai, Resorts World Sentosa akan mengadakan buffet durian tanpa had di The Bay Restaurant dalam kawasan Adventure Cove Waterpark.
- 📍 Lokasi: 8 Sentosa Gateway, Pulau Sentosa
- 🕕 Waktu Buffet: 6:00 petang – 7:30 malam
- 💰 Harga: S$268 seorang
Antara jenis durian disediakan termasuk Mao Shan Wang, Red Prawn dan D24. Buffet ini turut menyajikan makanan dari restoran Cina Dian Xiao Er, serta buah-buahan tropika lain seperti rambutan dan manggis segar.
3. SG60 Durian Fiesta – Grand Copthorne Waterfront Hotel
Bermula 14 Julai hingga 14 September, nikmati SG60 Durian Fiesta di restoran Food Capital, Grand Copthorne Waterfront Hotel. Paling menarik, buffet ini menampilkan Musang King tanpa had dari stesen langsung luar bangunan.
- 📍 Lokasi: 392 Havelock Road, Singapura
Selain durian segar, pengunjung turut dapat menikmati gabungan hidangan Asia dan Barat, makanan laut segar serta pelbagai sajian fusion berasaskan durian.
4. Durian Buffet di FairPrice Xtra (Jem & VivoCity)
Untuk pengalaman makan durian lebih santai tetapi tetap eksklusif, FairPrice Xtra menawarkan sesi buffet berdurasi 60 minit di dua lokasi:
- FairPrice Xtra Jem: 25 – 27 Julai
📍 Alamat: 50 Jurong Gateway Road - FairPrice Xtra VivoCity: 1 – 3 Ogos
📍 Alamat: 1 HarbourFront Walk
🕑 Waktu mula: 2:00 petang
💡 Dua pakej tersedia:
- Buffet Biasa (S$65): Red Prawn, D101, D13 & durian Kampung
- Buffet Emas (S$85): Semua jenis di atas + Musang King, Mao Shan Wang pokok lama dari Pahang, & Black Gold
Setiap sesi turut disertakan air kelapa dan 300g buah manggis. Tempah sebelum 10 Julai untuk dapat diskaun S$10!
Baca Juga: Fakta Menarik Tentang Durian yang Ramai Tak Tahu!
Jadi, kalau korang memang hantu durian atau tengah plan trip ke Singapura musim ini, jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri pengalaman buffet durian terbaik di Singapura tahun 2025. Dengan pilihan lokasi mewah, jenis durian premium, dan suasana makan yang selesa; memang berbaloi untuk dicuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup!
Ingat, tempat adalah terhad dan sesetengah buffet hanya berlangsung dalam tempoh tertentu. Rancang awal, buat tempahan segera, dan nikmatilah Musang King, Mao Shan Wang dan pelbagai durian eksotik tanpa had!
Simpan artikel ni sebagai rujukan dan jangan lupa kongsikan dengan geng kaki durian korang! Untuk lebih banyak info travel rare & sedap macam ni, follow @ProjekTravel di semua platform sosial media. Selamat menjamu raja buah!