Bunga Mas Kelantan: Julung Kali Dipamer di Festival Warisan Melayu 2025

bunga emas kelantan di istana balai besar
Kongsi Artikel ini

Bunga Mas Kelantan di Festival Tekstil & Warisan Melayu Kelantan 2025

Sejak berabad lamanya, Bunga Mas menjadi simbol penting yang menghubungkan negeri-negeri Melayu dengan kuasa serantau, khususnya dalam aspek diplomasi & kedaulatan. Artifak berharga ini bukan sekadar hasil pertukangan emas yang indah, tetapi juga menjadi saksi kepada jaringan politik & budaya antara kerajaan-kerajaan Melayu dengan kuasa serantau suatu ketika dahulu.

Bunga Mas Kelantan

Tahun ini (2025), rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Bunga Mas Kelantan buat pertama kali apabila ia dipamerkan sempena Festival Tekstil dan Warisan Melayu Kelantan 2025 yang berlansung di Istana Balai Besar, Kota Bharu. Pameran ini bukan sahaja mengangkat khazanah sejarah yang bernilai tinggi, malah turut memperkenalkan masyarakat kepada keindahan seni tekstil & pertukangan tradisional Melayu yang menjadi warisan bangsa.

Festival Warisan Melayu: Menyingkap Sejarah Bunga Mas

Festival berprestij ini telah dianjurkan oleh Pejabat Sultan Kelantan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Lembaga Muzium Negeri Kedah, & Perbadanan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, bersama Majlis Kraf Malaysia.

Objektif utama festival ini ialah memberi peluang kepada masyarakat untuk menyaksikan sendiri artifak bernilai tinggi seperti Bunga Mas, yang suatu ketika dahulu dihantar sebagai simbol hubungan diplomatik antara negeri-negeri Melayu & kerajaan besar serantau.

@projektravel

Fakta Menarik Tentang Bunga Emas ✨ Tahukah korang, satu ketika dahulu Kelantan ada menghantar bunga emas ke Thailand setiap 3 tahun sekali? Ia jadi simbol diplomasi antara dua kerajaan dan dibalas dengan barangan berharga lain yang sama nilainya. Kini, bunga emas original ini dipertontonkan kepada umum di Festival Tekstil & Warisan Melayu Kelantan 2025! πŸ“ Istana Balai Besar, Kota Bharu πŸ“… 01 – 14 September 2025 πŸ•˜ 9.00 pagi – 10.00 malam #BungaEmas #SejarahMelayu #Kelantan #WarisanMelayu #MalayHeritage #MalaysiaHistory

♬ original sound – ProjekTravel – ProjekTravel

Menurut Pegawai Protokol Pejabat Sultan Kelantan, Dr Mohamed Safaruddin Ismail, festival ini bukan sekadar memperlihatkan Bunga Mas, tetapi turut mempamerkan seni tekstil Melayu & pelbagai khazanah budaya yang menonjolkan kehalusan warisan bangsa.

Pelbagai Tarikan: Dari Tekstil Melayu ke Pertukangan Tradisional

Festival ini bukan sekadar pameran artifak bersejarah. Ia juga sebuah platform penting untuk mendidik & memperkenalkan generasi muda kepada kekayaan seni serta budaya Melayu. Pengunjung berpeluang melihat secara dekat pelbagai hasil warisan yang melambangkan kehalusan tangan penggiat seni tempatan, antaranya:

  • Keris tradisional yang menjadi simbol keberanian dan identiti bangsa Melayu.
  • Barangan tembaga hasil pertukangan klasik yang masih dikekalkan hingga hari ini.
  • Pertukangan emas dan perak yang memperlihatkan keindahan seni hiasan Melayu.
  • Seni menenun songket dengan corak halus yang diwarisi turun-temurun.
  • Pembuatan kain telepuk yang menggunakan teknik khas untuk menghasilkan kilauan mewah.
  • Kain kelingkan dan setangan getam budu, warisan tekstil unik dari Kelantan.
  • Demonstrasi jebak puyuh tradisional, sebagai lambang kehidupan masyarakat lama.

Selain pameran yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam, pengunjung juga dapat menyaksikan demonstrasi langsung daripada penggiat seni tempatan. Aktiviti interaktif ini memberi peluang untuk memahami dengan lebih dekat proses dan teknik tradisional yang jarang ditonjolkan kepada umum.

Perarakan Bergajah: Simbolik Keagungan Warisan Kelantan

Perarakan Bergajah di Kelantan 2025

Salah satu acara paling dinanti ialah perarakan bergajah yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang. Perarakan ini diketuai oleh Dr Mohamed Safaruddin, bermula berhampiran Sungai Kelantan dan berakhir di Istana Balai Besar. Acara ini berjaya membangkitkan kembali memori tradisi lama yang pernah menjadi simbol kebanggaan rakyat Kelantan suatu ketika dahulu.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Bunga emas Kelantan buat pertama kali di Festival Tekstil & Warisan Melayu 2025! Jom ke Istana Balai Besar, Kota Bharu dari 1 hingga 14 September untuk melihat sendiri keindahan seni tekstil, pertukangan tradisional & khazanah warisan Melayu.

✨ Nak tahu lebih banyak kisah menarik tentang warisan dan budaya Melayu? Terus ikuti Projek Travel di media sosial untuk info terkini. Jangan lupa share artikel ini supaya lebih ramai menghargai khazanah bersejarah kita!

2 thoughts on “Bunga Mas Kelantan: Julung Kali Dipamer di Festival Warisan Melayu 2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *