Cadangan Itinerari Korea Selatan 5 Hari 4 Malam: Panduan Lengkap & Mesra Bajet
Merancang percutian ke Korea Selatan untuk pertama kali boleh jadi agak mencabar; banyak tempat menarik, terlalu banyak pilihan, dan masa pula terhad. Jika anda merancang untuk menjelajah Seoul dan sekitarnya dalam 5 hari 4 malam, pastikan itinerari anda padat tetapi realistik, supaya setiap hari dipenuhi pengalaman yang menyeronokkan tanpa terlalu penat.
Terlalu banyak Tempat Menarik di Korea Yang Korang Wajib Pergi. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cadangan itinerari Korea 5 hari 4 malam yang sesuai untuk pelancong kali pertama ke Seoul.
Jom lihat bagaimana anda boleh nikmati percutian ke Korea dengan lebih terancang dan berbaloi!
Cadangan Itinerari KOREA
🛬 Hari Pertama: Selamat Datang ke Seoul!
- Tiba di Lapangan Terbang Incheon (Incheon International Airport)
 Mendarat di lapangan terbang utama Korea yang moden dan mesra pelancong.
- Bertolak ke Bandar Seoul
 Naik AREX train, bas airport atau private transfer menuju ke ibu kota Korea — Seoul.
- Naik Cable Car ke Seoul Tower (Namsan Seoul Tower)
 Rasai pengalaman menaiki cable car ke puncak Namsan dan nikmati panorama bandar Seoul dari atas menara ikonik ini.
- Makan Tengah Hari di Itaewon
 Kawasan ini terkenal dengan pilihan makanan halal dari seluruh dunia. Banyak restoran Mesir, Turki dan Korea Muslim friendly.
- Solat di Masjid Besar Seoul (Seoul Central Mosque)
 Masjid utama di Korea Selatan yang menjadi pusat komuniti Muslim di Itaewon.
- Melawat Gyeongbokgung Palace
 Istana bersejarah terbesar di Korea yang penuh seni bina klasik. Jangan lupa bergambar dengan hanbok (pakaian tradisional Korea)!
- Bersiar di Cheonggyecheon Stream
 Sungai buatan di tengah bandar yang cantik, sesuai untuk evening walk dan foto romantik waktu malam.
- Check-in Hotel & Dinner
 Rehat di hotel sekitar Myeongdong, Hongdae atau Dongdaemun dan nikmati makan malam di restoran tempatan.
🌳 Hari Kedua: Nami Island & Keindahan Alam
- Bertolak ke Nami Island (Pulau Nami)
 Naik bas atau kereta menuju Gapyeong, kira-kira 1.5 jam dari Seoul.
- Naik Ferry ke Nami Island & Bergambar Cantik
 Terkenal dalam K-Drama “Winter Sonata”, Nami Island menawarkan pemandangan pokok bersusun indah, sesuai untuk OOTD!
- Makan Tengah Hari di Gapyeong
 Cuba makanan tempatan atau bawa bekal halal. Banyak kafe Instagram-worthy di sekitar sini.
- Aktiviti Railbike di Gangchon Rail Park
 Kayuh basikal rel atas landasan lama sambil menikmati pemandangan kampung Korea yang menenangkan.
- Pulang ke Seoul & Makan Malam
 Balik semula ke bandar dan nikmati malam yang tenang.
🛍️ Hari Ketiga: Hari Membeli-belah!
- Shopping Cenderamata di Namdaemun Market
 Pasar tradisional terbesar di Seoul dengan pelbagai pilihan souvenir, pakaian, makanan ringan, dan kraftangan.
- Myeongdong Shopping Street
 Surga kosmetik, pakaian dan street food Korea! Wajib cuba tteokbokki, corndog, dan fish cake.
- Hongdae Street
 Kawasan anak muda dengan muzik jalanan, butik indie, kafe artsy dan vibe yang penuh energi.
🏯 Hari Keempat: Budaya & Alam di Tengah Kota
- Lawatan ke Bukcheon Hanok Village
 Kampung tradisional dengan deretan rumah hanok asli; spot terbaik untuk ambil gambar ala Korea klasik.
- Naik Semula Cable Car ke Namsan Tower (Jika Mahu Ulang)
 Waktu petang sesuai untuk menikmati cahaya matahari terbenam dari atas menara.
- Bersiar di Han River Park
 Nikmati petang yang tenang di tepi Sungai Han; boleh sewa basikal, bentang tikar piknik, atau beli makanan dari convenience store.
✈️ Hari Kelima: Masa Untuk Pulang
- Check-out Hotel & Bertolak ke Incheon Airport
 Pastikan sampai awal untuk proses imigresen dan VAT refund jika ada.
💡 Tip Tambahan untuk Percutian Korea 5H4M
- Gunakan T-Money Card untuk naik subway & bas.
- Muat turun aplikasi Naver Map dan Papago (untuk terjemahan).
- Pilih hotel yang dekat dengan subway station untuk jimat masa.
Baca Juga: Tiket Penerbangan Murah ke Korea Selatan 2025 Dari Malaysia
Itulah dia cadangan itinerari Korea 5 hari 4 malam yang sesuai untuk pelancong kali pertama. Gabungan alam semula jadi, sejarah, shopping, dan pengalaman budaya akan buat percutian korang ke Korea jadi penuh kenangan.
Jangan lupa simpan dan kongsi artikel Cadangan Itinerari Korea Selatan ini untuk rujukan bila-bila masa. Selamat merancang trip ke Seoul dan semoga perjalanan korang penuh keriangan!
- Kota Bharu Diiktiraf Smart City Early Adopter 2025: Langkah Besar Menuju Bandar Raya Pintar Islam
- Ferrari Build & Race di Legoland Malaysia: Tarikan Baharu Interaktif Pertama di Asia!
- Macao Trip: Panduan Mesra Muslim
- Timor-Leste Kini Anggota ke-11 ASEAN: Sejarah Baharu Asia Tenggara
- Jalan Ditutup Sempena ASEAN Summit 2025: Info Penting Untuk Pengguna Jalan Raya
 
			 
			