Cadangan Contoh Ucapan, Status social media & Pantun berkaitan Salam Maal Hijrah 2025
Maal Hijrah merupakan peristiwa penting dalam kalendar Islam yang memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. Ia menandakan permulaan tahun baharu Hijrah dan sering dijadikan waktu untuk refleksi diri, memperbaharui azam serta menyebarkan semangat perubahan ke arah lebih baik.
Sempena ketibaan Maal Hijrah 1447H/2025M, ramai yang ingin berkongsi ucapan Salam Maal Hijrah atau pantun bertema hijrah kepada kenalan, rakan sekerja, ahli keluarga mahupun di media sosial. Artikel ini menghimpunkan pelbagai contoh ucapan dan pantun Maal Hijrah yang boleh dijadikan rujukan atau inspirasi untuk sambutan tahun baru Islam.
Contoh Ucapan Maal Hijrah 2025
Salam Maal Hijrah dan Awal Muharram yang penuh berkat untuk keluarga dan sahabat-sahabat terkasih. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kita. |
Salam Maal Hijrah buat keluarga dan sahabat yang sentiasa di hati. Moga setiap langkah kita sepanjang tahun ini dilimpahi berkat, rahmat dan kasih sayang dari-Nya. |
Pada hari yang mulia ini, mari kita berdoa untuk keselamatan dan kebahagiaan umat Islam di seluruh dunia. Selamat Awal Muharram dan Salam Maal Hijrah! |
Tahun baru, semangat baru. Salam Maal Hijrah & Awal Muharram, marilah kita tanam tekad untuk terus berubah ke arah yang lebih baik, dari segi hati, amal dan akhlak. |
🕊️ Di hari yang penuh makna ini, marilah kita panjatkan doa buat seluruh umat Islam; agar diberikan keamanan, kekuatan dan kebahagiaan. Selamat menyambut Awal Muharram dan Salam Maal Hijrah 1447H. |
Contoh Pantun Maal Hijrah
Waktu berlalu diam tak bersuara, Jiwa resah mencari erti. Hijrah bukan hanya bicara, Tapi tekad menunduk diri. |
Ilmu dicari dengan setia, Bukan sekadar hafal teori. Hikmah tersirat dalam peristiwa, Buka mata dan nilai sendiri. |
Memburu rusa di dalam rimba, Rehat sebentar di Pokok Sena, Awal Muharam telah tiba, Moga hijrah lebih bermakna. |
Langkah bermula dengan redha, Bukan kerana pujian hati, Hijrah hati perlu percaya, Bahawa Tuhan sentiasa mengerti. |
Burung murai hinggap di dahan, Mencari makan untuk bekalan, Hayati Hijrah dengan kesungguhan, Penuh dengan lambang pengorbanan. |
Mentari pagi bersinar ceria, Hijrah Nabi penuh erti, Tahun baharu buka cahaya, Panduan hidup kekal abadi. |
Buang yang lama buka yang baharu, Semangat hijrah jangan berhenti. Mulakan langkah dengan restu, Moga selamat hingga ke mati. |
Lembaran baru disambut setia, Azam ditulis dalam memori, Langkah diatur penuh ceria, Menuju hidup lebih harmoni. |
Bulan Muharam menjelma lagi, Mengajak insan menilai diri, Bersihkan hati seikhlas hati, Moga terhindar dari dengki. |
Sambutan Maal Hijrah bukan sekadar peringatan sejarah, tetapi peluang untuk kita memperbaharui diri, niat, dan amal. Ucapan dan pantun yang dikongsi, walaupun ringkas, mampu menjadi penghubung hati serta menyebarkan semangat hijrah ke arah kebaikan.
Sama ada untuk keluarga, rakan, atau kenalan jauh, ucapan Maal Hijrah membawa nilai doa, harapan dan kasih sayang yang mendalam. Semoga koleksi ucapan dan pantun dalam artikel ini dapat membantu korang menyemarakkan lagi sambutan Awal Muharram tahun ini.
BACA: Tema Maal Hijrah 2025 M/1447H
Simpan dan kongsikan artikel ini jika bermanfaat. Jangan lupa follow media sosial Projek Travel untuk lebih banyak inspirasi dan perkongsian bermakna sempena Maal Hijrah 2025!