Cuti Umum Melaka 2025: Check Cuti “Long Weekend” Melaka

Cuti Umum Melaka 2025 senarai long weekend
Kongsi Artikel ini

Melaka, negeri bersejarah yang kaya dengan budaya dan warisan, bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa, malah juga sebuah negeri yang meriah dengan pelbagai sambutan dan acara sepanjang tahun. Bagi korang yang menetap di Melaka atau merancang untuk bercuti ke sini, mengetahui senarai cuti umum Melaka 2025 adalah sangat penting.

Dengan perancangan yang bijak berdasarkan jadual cuti umum, korang boleh memaksimumkan waktu rehat, atur perjalanan hujung minggu panjang, dan manfaatkan cuti sekolah untuk aktiviti bersama keluarga.

Senarai Cuti Umum Melaka 2025

Berikut adalah senarai cuti perayaan dan kebangsaan di Melaka 2025. Tarikh ini termasuk cuti persekutuan dan cuti negeri:

TarikhHariCuti
1 JanuariRabuTahun Baru
29 JanuariRabuTahun Baru Cina
30 JanuariKhamisTahun Baru Cina Holiday
20 FebruariKhamisHari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan
31 MacIsninHari Raya Aidilfitri*
1 AprilSelasaHari Raya Aidilfitri Holiday
2 AprilRabuHari Raya Aidilfitri Holiday
1 MeiKhamisHari Buruh
12 MeiIsninHari Wesak
2 JunIsninHari Keputeraan Agong
7 JunSabtuHari Raya Haji*
27 JunJumaatAwal Muharram
24 OgosAhadHarijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka
31 OgosAhadHari Kebangsaan
1 SeptemberIsninHari Kebangsaan Holiday
5 SeptemberJumaatMaulidur Rasul
16 SeptemberSelasaHari Malaysia
20 OktoberIsninDeepavali
25 DisemberKhamisHari Natal

Sila lawat melaka.gov.my untuk pengumuman asal.

Tarikh tertakluk pada perubahan rasmi dari Kerajaan Negeri dan Jabatan Perdana Menteri.

Kenapa Penting Untuk Tahu Cuti Umum Melaka?

Mengetahui jadual cuti umum 2025 di Melaka membolehkan korang:

  • Merancang cuti tahunan lebih awal.
  • Gabungkan cuti hujung minggu dengan cuti umum untuk “long weekend“.
  • Tempah hotel dan pengangkutan lebih awal untuk elak harga tinggi.
  • Rancang aktiviti keluarga atau roadtrip ke tempat menarik di Melaka seperti Banda Hilir, Pantai Klebang, atau Jonker Walk.

Tip Perancangan Percutian Bijak Berdasarkan Cuti Umum 2025

  • Guna Cuti Panjang – Contohnya, gabungkan Hari Pekerja (1 Mei, Khamis) dengan cuti Jumaat dan Sabtu untuk rehat 4 hari.
  • Ambil Cuti Strategik – Ambil cuti sehari sebelum atau selepas cuti umum bagi merehatkan minda lebih lama.
  • Rancang Awal Musim Perayaan – Cuti seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina adalah masa terbaik untuk pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga.

Jangan Terlepas: Cuti Sekolah Melaka 2025

Selain cuti umum, cuti sekolah juga penting bagi ibu bapa. Digabungkan dengan cuti perayaan seperti Hari Raya Aidiladha atau Deepavali, ia sesuai untuk aktiviti keluarga.

Artikel Berkaitan : Kalendar Cuti Sekolah 2025 / 2026

Dengan adanya senarai cuti umum Melaka 2025 ini, korang boleh rujuk dan rancang awal aktiviti, elak kesesakan, dan jimat bajet! Sama ada untuk staycation, balik kampung, atau bercuti ke tempat menarik, pastikan cuti korang dimanfaatkan sepenuhnya.

Jangan lupa share artikel ini dengan keluarga dan kawan-kawan, dan follow Projek Travel untuk lebih banyak tip percutian dan info terkini pelancongan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *