Cuti Umum Negeri Kedah 2026

Cuti Umum Negeri Kedah 2026
Kongsi Artikel ini

Negeri Kedah Darul Aman merupakan antara negeri tertua di Malaysia yang kaya dengan sejarah, budaya dan warisan Melayu. Dikenali sebagai “Jelapang Padi Malaysia”, Kedah sinonim dengan hamparan sawah padi menghijau, kehidupan masyarakat yang sederhana serta nilai tradisi yang masih kuat dipelihara. Selain peranannya sebagai nadi pertanian negara, Kedah turut menawarkan pelbagai tarikan pelancongan menarik. Dari tarikan percutian alam semula jadi, sejarah hingga destinasi percutian keluarga.

Seiring dengan rentak kehidupan masyarakatnya yang dekat dengan adat, agama dan institusi diraja, cuti umum di Negeri Kedah memainkan peranan penting dalam menyatukan rakyat melalui sambutan perayaan keagamaan, kebudayaan dan kenegaraan. Oleh itu, mengetahui senarai cuti umum Negeri Kedah 2026 bukan sekadar untuk rujukan tarikh semata-mata, tetapi membantu korang merancang rehat, balik kampung, percutian serta aktiviti bersama keluarga dengan lebih teratur dan bermakna.

Jadual Cuti Umum Negeri Kedah 2026

Berikut ialah jadual cuti umum Negeri Kedah bagi tahun 2026. Tarikh yang dinyatakan adalah anggaran dan akan dikemas kini selepas pengumuman rasmi oleh pihak berkuasa.

TarikhHariCuti
17 Januari 2026SabtuIsrak dan Mikraj
17 Februari 2026SelasaTahun Baru Cina
18 Februari 2026RabuTahun Baru Cina (Hari Kedua)
19 Februari 2026KhamisAwal Ramadan
21 Mac 2026SabtuHari Raya Aidilfitri
22 Mac 2026AhadHari Raya Aidilfitri (Hari Kedua)
1 Mei 2026JumaatHari Pekerja
3 Mei 2026AhadCuti Hari Pekerja
27 Mei 2026RabuHari Raya Haji
28 Mei 2026KhamisHari Raya Haji (Hari Kedua)
31 Mei 2026AhadHari Wesak
1 Jun 2026IsninHari Keputeraan YDP Agong
17 Jun 2026RabuAwal Muharram
21 Jun 2026AhadHari Keputeraan Sultan Kedah
25 Ogos 2026SelasaMaulidur Rasul
31 Ogos 2026IsninHari Kebangsaan
16 September 2026RabuHari Malaysia
8 November 2026AhadHari Deepavali
25 Disember 2026JumaatHari Krismas
27 Disember 2026AhadCuti Hari Krismas
Nota penting: Tarikh dalam jadual ini adalah anggaran. Halaman ini akan dikemas kini sebaik sahaja tarikh cuti awam rasmi Kedah 2026 diumumkan.

Tips Rancang Cuti Panjang di Kedah Tahun 2026

Dengan susunan cuti di atas, korang sebenarnya boleh cipta beberapa long weekend yang menarik:

  • Mac 2026 (Aidilfitri) – sesuai untuk balik kampung atau bercuti keluarga
  • Mei & Jun 2026 – peluang buat trip Langkawi, Gunung Jerai atau Baling
  • Ogos & September 2026 – gabung cuti Maulidur Rasul + Hari Kebangsaan + Hari Malaysia

Ambil cuti 1–2 hari dengan bijak, korang boleh dapat rehat lebih panjang tanpa guna banyak cuti tahunan.

Kesimpulan

Jadual cuti umum Negeri Kedah 2026 ini sangat berguna sebagai rujukan awal untuk korang yang nak merancang kehidupan, kerja dan travel dengan lebih teratur. Sama ada untuk rehat, balik kampung, atau explore tempat menarik di Kedah, perancangan awal sentiasa beri kelebihan.

Simpan artikel ini, bookmark, dan kongsi dengan family atau kawan-kawan supaya semua boleh rancang cuti sama-sama. Jangan lupa follow media sosial Projek Travel, simpan dan kongsi artikel ini untuk lebih banyak info travel, cuti umum & inspirasi percutian di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *