DJI Osmo Action 6 Malaysia: Spesifikasi, Harga & Ciri Terbaru 2025
DJI, peneraju global dalam dron awam dan teknologi kamera kreatif, sekali lagi mengubah landskap action camera (kamera aksi) dengan pelancaran Osmo Action 6. Model terbaharu ini bukan sekadar kemas kini kecil. Ia hadir dengan beberapa teknologi “first-in-industry” seperti bukaan boleh laras, sensor CMOS petak 1/1.1 inci baharu, serta prestasi rakaman malam yang dipertingkatkan secara drastik.

Bukaan Boleh Laras: Teknologi Kamera Profesional Kini Dalam Kamera Aksi
Salah satu ciri paling menonjol Osmo Action 6 ialah kehadiran bukaan boleh laras f/2.0–f/4.0, menjadikannya kamera aksi DJI pertama yang menawarkan kawalan cahaya sedemikian.
Kelebihan utama bukaan boleh laras:
- Lebih banyak cahaya masuk semasa rakaman malam
- Kawalan pendedahan lebih fleksibel dalam suasana terang atau malap
- Hasil visual lebih konsisten tanpa ‘blowout’ atau ‘noise’ berlebihan
Mod Starburst Baharu
Bagi pencipta estetika bandar, Mod Starburst menghasilkan efek cahaya berbentuk bintang pada lampu jalan atau cahaya terang, memberikan visual malam yang lebih dramatik dan sinematik.
Sensor Besar 1/1.1 Inci: Kualiti Video Setaraf Kamera Utama
Osmo Action 6 hadir dengan sensor CMOS 1/1.1 inci, dipadankan piksel besar gabungan 2.4 μm, memberikan:
- 13.5 stop dynamic range
- Rakaman 4K/120fps dalam nisbah 4:3
- Prestasi cahaya malap yang jauh lebih bersih
- Warna lebih tepat melalui profil D-Log M 10-bit

Mod SuperNight pula menyokong rakaman 4K/60fps pada waktu malam dengan butiran lebih jelas. Sesuai untuk pencipta yang banyak merakam suasana bandar selepas gelap.
Aksesori Tambahan: Lebih Kreativiti & Perspektif Segar
DJI turut memperkenalkan beberapa aksesori yang meningkatkan kebolehan kamera secara dramatik:
- Lensa Makro: Focusing dekat hanya 11 cm – ideal untuk food vlog, produk kecil, atau rakaman objek mini.
- Lensa FOV Boost: Luaskan sudut pandang 155° ke 182° untuk shot POV yang lebih immersive dan ekstrem.
Mod 4K Tersuai: Rakam Sekali, Sunting Untuk Semua Platform
Mod ini membolehkan pengguna merakam dahulu dan crop kemudian mengikut nisbah 9:16, 1:1 atau 16:9. Sangat berguna untuk pencipta yang memuat naik ke TikTok, YouTube Shorts, Instagram Reels dan platform mendatar serentak.
Gerakan Perlahan Paling Stabil: Hingga 32× Super Slow Motion
Osmo Action 6 menyokong:
- 4K/120fps slow motion
- 32× Super Slow Motion melalui interpolasi pintar
- Efect slow-mo setara 960fps pada output 1080p/30fps
Shot aksi ekstrem seperti skateboarding, hiking, air terjun atau water sports kini lebih dramatik dan mengagumkan.
Ketahanan Lasak & Rekaan Untuk Pengembaraan
Kamera ini direka untuk kegunaan luar sepenuhnya:
- Kalis air 20 m (tanpa sarung)
- Sehingga 60 m dengan housing tambahan
- Beroperasi pada suhu serendah -20°C
- 4 jam rakaman berterusan
- Pengecasan pantas 80% dalam 22 minit
- 50GB storan terbina
- Kawalan isyarat dan penjejakan subjek tanpa sentuhan
Natural Wide FOV baharu pula memberikan rakaman lebih luas tanpa herotan berlebihan. Ideal untuk vlog perjalanan dan rakaman harian.
Penstabilan Profesional: RockSteady 3.0+, HorizonBalancing & HorizonSteady
Untuk pencipta aksi, DJI membawa teknologi stabilisasi terbaik mereka:
- RockSteady 3.0/3.0+
- HorizonBalancing – membetulkan kecondongan sehingga ±45°
- HorizonSteady – mengekalkan ufuk stabil walaupun kamera berpusing 360°
Digabungkan dengan 2x Lossless Zoom, visual kekal tajam walaupun ketika mengezum subjek jauh.
Mod Kreatif & Pintar Untuk Pencipta Kandungan
Osmo Action 6 menawarkan ciri-ciri pro seperti:
- Tona Filem dengan 6 preset warna
- Mod Potret untuk rakaman wajah lebih cantik & semula jadi
- Penjejakan Subjek Pintar untuk memastikan subjek sentiasa di tengah
Ecosystem OsmoAudio™: Audio Lebih Profesional
Osmo Action 6 menyokong sambungan langsung 2 mikrofon DJI seperti:
- Mic 2
- Mic 3
- Mic Mini
Ditambah algoritma pengurangan hingar & mikrofon stereo, kamera ini menghasilkan audio jelas walaupun dalam suasana berangin. Ideal untuk travel vloggers, wartawan lapangan, dan pencipta harian.
Harga Osmo Action 6 di Malaysia
Tersedia bermula hari ini di store.dji.com dan pengedar sah.
- Osmo Action 6 Standard Combo – RM2,079
Termasuk: Osmo Action 6, bateri Extreme Battery Plus, Quick-Release Mount, Adhesive Base, Locking Screw, kabel USB-C PD, Anti-Slip Pad.
- Osmo Action 6 Adventure Combo – RM2,569
Termasuk semua dalam Standard Combo + 2 bateri tambahan, pelekap tambahan, skru tambahan, Kotak Bateri Pelbagai Fungsi, dan Rod Sambungan 1.5m.

Kesimpulan
Secara keseluruhan, DJI Osmo Action 6 membuktikan dirinya sebagai antara kamera aksi paling berkuasa untuk tahun 2025. Gabungan sensor besar 1/1.1 inci, bukaan boleh laras, prestasi malam yang mengagumkan, serta sistem penstabilan RockSteady 3.0+ menjadikan kamera ini pilihan terbaik bagi pencipta kandungan, pengembara, vlogger dan sesiapa yang inginkan rakaman profesional dalam apa jua keadaan. Sama ada korang merakam aksi lasak, suasana malam, rakaman POV atau vlog perjalanan, Osmo Action 6 menawarkan fleksibiliti dan kualiti visual yang sukar ditandingi dalam kelasnya.
Jika korang sedang mencari kamera aksi yang benar-benar mampu memenuhi keperluan travel dan content creation moden, DJI Osmo Action 6 memang patut ada dalam kit korang.
Nak lebih banyak review gadget travel, tip fotografi, panduan percutian serta destinasi menarik Follow Projek Travel di media sosial untuk update terkini.Jangan lupa share artikel ni dengan kawan-kawan yang sedang mencari kamera aksi terbaik untuk tahun 2025!
- Pergi Haji Naik Kapal Laut : Kisah Jemaah Melayu Zaman Dahulu Menempuh Lautan Berbulan-Bulan
- Falsafah Sirih Junjung Dalam Adat Melayu: Simbol Adab, Maruah dan Kesantunan
- Diskaun ETS 30% & Pas ERL Baharu: Jimat Kos Harian
- Komodo Dragon: Fakta “Naga Dunia Nyata” Paling Berbahaya
- Hero of the Seas 2027: Kapal Cruise Keluarga Terbesar Dunia