Ferrari Build & Race di Legoland Malaysia: Tarikan Baharu Interaktif Pertama di Asia!

Ferrari Build & Race di Legoland Malaysia
Kongsi Artikel ini

Legoland Malaysia Resort tampil dengan sesuatu yang luar biasa! Kali ini, peminat LEGO dan Ferrari berpeluang merasai sendiri tarikan baharu bertemakan ‘Ferrari Build & Race’! Sebuah pengalaman interaktif pertama di Asia yang menggabungkan keseronokan, kreativiti dan semangat perlumbaan dalam satu destinasi keluarga yang penuh inspirasi.

Replika LEGO Ferrari F50 Bersaiz Sebenar

Antara yang paling mencuri perhatian di ‘Ferrari Build & Race’ pastinya replika Ferrari F50 bersaiz sebenar di ruang pameran utama. Bayangkan, jentera ‘super car’ ini dibina sepenuhnya daripada 421,652 kepingan LEGO dan mengambil masa 1,306 jam untuk disiapkan! Dengan berat lebih 1.6 tan metrik, ia jadi simbol betapa telitinya seni bina LEGO dalam menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

replika ferrari f50 Legoland
Replika LEGO Ferrari F50

Lebih menarik, replika ini bukan sekadar untuk dipandang, tapi juga boleh dinaiki oleh pengunjung bagi merasai pengalaman sebenar berada di dalam jentera Ferrari. Lengkap dengan sistem lampu dan bunyi enjin, replika ini menjadikan suasana di ruang pameran terasa lebih hidup. Ia seolah-olah korang betul-betul bersedia untuk memecut di litar lumba sebenar!

Pengalaman ‘Build, Test & Race’ untuk Semua Peringkat Umur

Di zon Build Zone, pengunjung berpeluang menjadi “jurutera” dengan membina jentera lumba Ferrari versi LEGO ciptaan sendiri. Setelah siap, mereka boleh menguji rekaan tersebut di Test Zone, yang menawarkan tiga laluan ujian berbeza bagi menguji kelajuan, daya tahan dan ketepatan rekaan mereka.

Bagi yang mahu cabaran lebih mendalam, Virtual Race Zone pula membolehkan pengunjung mengimbas model LEGO masing-masing dan “menghidupkan” jentera mereka secara maya di litar Ferrari Pista Fiorano, Itali. Di sinilah semangat kompetitif diuji. Siapa yang mampu mencatat masa terpantas?

Dorongan Baharu untuk Sektor Pelancongan Johor

Pembukaan tarikan ‘Ferrari Build & Race’ ini turut disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh ekosistem pelancongan Johor. Tarikan berasaskan pembelajaran dan inspirasi seperti ini bukan sahaja menggalakkan pelancongan keluarga, tetapi juga menyokong visi Johor sebagai pusat pelancongan pendidikan dan inovasi.

Menteri Besar Johor, bersama YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman
Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi

Majlis perasmian rasmi telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, bersama YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman (Setiausaha Kerajaan Negeri Johor) dan Encik CS Lim, Pengarah Bahagian Legoland Malaysia Resort. Kehadiran pemimpin negeri dan wakil industri ini membuktikan potensi Johor untuk menarik lebih banyak kolaborasi global berimpak tinggi di masa depan.

Tarikan Wajib Singgah di Selatan Tanah Air

Dengan pelancaran tarikan baharu ini, Legoland Malaysia kini bukan sekadar taman tema, ia adalah destinasi ‘learn & play’ bertaraf dunia yang menyatukan teknologi, kreativiti dan hiburan. Jadi kalau korang tengah merancang percutian keluarga atau percutian hujung minggu ke Johor, ‘Ferrari Build & Race’ wajib masuk dalam senarai!

Gambar bersama Benoit Montaigne, Global Creative Manager Experiences at Ferrari
Gambar bersama Benoit Montaigne, Global Creative Manager Experiences at Ferrari

Nak tahu lebih banyak tempat menarik dan tarikan terkini di Malaysia & Asia? Follow Projek Travel untuk update pelancongan, budaya dan gaya hidup setiap minggu. Jangan lupa simpan & kongsikan artikel ni dengan kawan korang yang kaki travel!

@projektravel

🔥 Tarikan baru di LEGOLAND® Malaysia Resort! LEGO® Ferrari Build & Race pertama di Asia kini dibuka! Bina kereta lumba LEGO korang, uji kelajuan dan berlumba secara maya! 📍 LEGOLAND Malaysia Resort, Johor #LegoFerrari #BuildAndRace #LegolandMalaysia #FerrariExperience #JohorTravel

♬ original sound – ProjekTravel – ProjekTravel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *