Di sebalik bangunan mewah, lampu neon dan hiburan bertaraf dunia, Macao permata Asia yang sering digelar “The Las Vegas of the East” juga menawarkan sisi berbeza yang sarat nilai sejarah, seni, dan warisan Portugis yang masih terpelihara rapi hingga hari ini.
Kota ini bukan sekadar untuk peminat kasino atau pelancong mewah. Ia kini menjadi destinasi pelancongan mesra keluarga dan semakin mesra Muslim, dengan pelbagai tarikan yang sesuai untuk semua lapisan umur.
Lebih menarik, lokasi Macao yang bersebelahan dengan Hong Kong menjadikannya pilihan ideal untuk percutian 4–5 hari. Cukup untuk menikmati keunikan bandar moden yang masih dihidupkan oleh warisan sejarah yang masih segar. Dengan sistem pengangkutan awam yang efisien dan suasana bandar yang selamat, korang boleh meneroka Macao dengan tenang, santai, dan penuh rasa kagum pada setiap langkah.
Gabungan Sejarah, Seni & Modeniti
Macao kaya dengan khazanah warisan dunia yang tersenarai dalam UNESCO World Heritage Sites. Antara yang wajib dikunjungi ialah Ruins of St. Paul’s, sisa gereja abad ke-17 yang kini menjadi ikon utama kota ini. Tak jauh dari situ, Senado Square menampilkan seni bina kolonial Portugis dengan corak mozek yang indah di sepanjang dataran. Tempat wajib untuk korang ambil gambar!

Kalau korang peminat sejarah dan budaya, Macao Museum serta Mount Fortress adalah lokasi terbaik untuk memahami perjalanan Macao dari pelabuhan kecil hingga menjadi metropolis antarabangsa. Manakala di Moorish Barracks dan Mandarin House, pengaruh pelbagai tamadun (Arab, Cina, dan Eropah), jelas terpancar pada seni bina dan kisah lampau yang dikekalkan.
Untuk pengalaman yang lebih futuristik, kunjungi Macao Science Centre. Bangunan berbentuk kon yang menempatkan planetarium tercanggih dunia, pernah direkodkan dalam Guinness World Records sebagai skrin sfera dengan resolusi tertinggi. Sementara di teamLab @ Venetian, seni digital interaktif menghidupkan ruang dengan cahaya, warna dan gerakan menjadikan setiap langkah terasa seperti melangkah ke dunia fantasi.
Pemandangan Indah & Tarikan Unik
Salah satu cara terbaik menikmati panorama kota ini ialah dengan menaiki Macao Tower, mercu tanda yang menawarkan pemandangan 360 darjah bandar. Untuk pengalaman luar biasa, korang boleh makan tengah hari di 360° Café, restoran berputar di puncak menara sambil menyaksikan keindahan bandar dari udara.

Kalau nak lihat Macao dari perspektif berbeza, naik Open Top Bus Night Tour. Waktu malam, kota ini bertransformasi jadi pemandangan indah penuh cahaya dan warna yang memang wajib korang saksikan sendiri.

Tak lengkap juga kalau tak singgah ke Taipa Houses Museum, deretan rumah kolonial Portugis berwarna pastel yang kini menjadi muzium dan kedai cenderamata. Kawasan sekitar Cunha Street pula penuh dengan mural dan kedai tempatan yang sesuai untuk street photography.

Untuk pengalaman lebih santai, berjalanlah ke Coloane Village, kampung nelayan klasik yang masih mengekalkan suasana tenang dan tradisi lama. Di sinilah terletaknya Lord Stow’s Bakery, tempat asal Portuguese Egg Tart yang kini terkenal ke seluruh dunia. Dessert enak rangup di luar, lembut di dalam, dan sememangnya layak menjadi ikon Macao.
Aktiviti Menarik untuk Semua
Macao bukan hanya tentang sejarah dan bangunan. Ia juga penuh dengan aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Antara yang paling popular ialah Macao Giant Panda Pavilion, di mana pengunjung boleh melihat panda comel bermain dan makan dalam habitat semula jadi mereka.
Untuk hiburan moden, Legend Heroes Park di Studio City menawarkan taman tema digital berasaskan realiti maya (VR) yang sangat interaktif. Di lokasi sama juga terletaknya Golden Reel, roda gergasi berbentuk angka 8. Ia adalah satu-satunya di dunia!
Bagi peminat seni dan teater tak boleh lepaskan peluang menyaksikan The House of Dancing Water. Persembahan air, cahaya dan akrobatik bertaraf dunia yang menjanjikan pengalaman tak terlupakan.
Restoran Halal & Pilihan Mesra Muslim di Macao

Walaupun komuniti Muslim di Macao tidak sebesar di Malaysia, kemudahan dan makanan halal semakin berkembang pesat. Banyak restoran kini berstatus halal friendly yang menawarkan hidangan no pork, no lard, no alcohol, malah beberapa daripadanya memiliki pensijilan halal rasmi.
Berikut antara restoran halal dan mesra Muslim yang disyorkan:
| Nama Restoran | Lokasi | Keistimewaan |
|---|---|---|
| Zam Zam Restaurant | Regency Art Hotel | Restoran halal terkenal dengan hidangan India & Timur Tengah. |
| Dong Lai Shun | Pusat bandar Macao | Hotpot halal, ruang solat disediakan. |
| Café Panorama | Grand Coloane Resort | Restoran dengan menu halal dan pemandangan pantai tropika. |
| Lou Lan Islam Restaurant | Macau Centre | Masakan Cina & Uyghur halal. |
| Vegetarian Farm Restaurant | Macao | Hidangan sihat dan vegetarian halal. |
| Indo Pak Curry House | Senado Square | Menu Pakistan & India, popular dalam kalangan pelancong Muslim. |
| Lord Stow’s Bakery | Coloane Village | Halal-friendly; cubalah egg tart paling ikonik di Macao. |
Jejak Islam di Macao
Di tengah kemeriahan kota moden, terselit satu lokasi istimewa, Macau Islamic Mosque & Cemetery. Ini adalah satu-satunya masjid yang ada di Macao. Terletak berhampiran tapak sejarah Kun Iam Tong, masjid ini menjadi pusat komuniti Muslim kecil di bandar tersebut dan sering dikunjungi pelancong Islam dari seluruh dunia.

Walaupun sederhana, suasananya tenang dan menyentuh hati, melambangkan kehadiran Islam yang harmoni di bumi bekas jajahan Portugis ini.
💡 Tip Berguna untuk Pelancong Muslim
- Manfaatkan perkhidmatan shuttle hotel percuma – hampir semua hotel utama seperti MGM, Venetian & Studio City menyediakan laluan ke terminal feri & airport.
- Semak waktu solat & arah kiblat – aplikasi Muslim Pro atau HalalTrip sangat membantu.
- Simpan sejadah mini & botol kecil untuk wudhu’, mudah bila nak solat di tempat awam.
- Bawa portable bidet – kebanyakan hotel dan tandas awam di Macao tidak menyediakan bidet atau paip air.
Macao, Destinasi Yang Semakin Mesra Muslim
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Macao sudah menjadi semakin mesra muslim. Pilihan restoran halal kini semakin banyak dan mudah dicari di seluruh bandar. Dengan suasana yang selamat, sistem pengangkutan yang efisien serta tarikan pelancongan yang padat tetapi mudah diterokai, Macao ialah destinasi ideal untuk percutian 4–5 hari yang santai, selesa dan berbaloi.
✈️ Promo Eksklusif ke Macao di AirAsia MOVE
Berita baik untuk korang yang tengah rancang ke Macao! Sekarang korang boleh jimat lebih banyak dengan kod promo eksklusif: AAMACAO, ditawarkan melalui AirAsia MOVE app atau website.
https://airasia.onelink.me/F4uy/prejnps2?af_force_deeplink=true
💡 Tip: Gunakan kod ni segera sebab tawaran hanya sah untuk tempoh terhad!
Macao bukan sekadar bandar hiburan bertaraf dunia, ia adalah persimpangan budaya, sejarah dan kemodenan yang hidup berdampingan dalam harmoni. Dari tapak warisan kolonial hingga seni digital moden, dari aroma egg tart segar hingga hidangan halal yang menyelerakan, Macao menjanjikan pengalaman penuh warna bagi setiap pengembara Muslim yang mencari keunikan dan inspirasi dalam perjalanan mereka.
✨ Jadikan Macao destinasi wajib dalam bucket list korang tahun ini!
- Amirsoy Uzbekistan: Kereta Kabel & Tempat Menarik di Resort Ski Tashkent
- Patung Buddha Tidur di Wat Pothivihan, Tumpat Kelantan
- Falsafah Tarian Zapin dalam Tamadun Melayu
- Projek Travel Terima Anugerah Pendukung Seni Negeri 2025 (Media) di Anugerah Seni Negeri Kelantan
- Bahaya Menjadi ‘Keldai Dadah’ di Lapangan Terbang