KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2025 – Dunia menyaksikan detik bersejarah apabila Timor-Leste secara rasmi diterima sebagai anggota ke-11 ASEAN, sekali gus melengkapkan keluarga besar Asia Tenggara yang kini merangkumi keseluruhan 11 negara.
Upacara penandatanganan Deklarasi Kemasukan Timor-Leste berlangsung semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur. Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão, menjadi penandatangan terakhir dalam majlis yang turut disertai kesemua pemimpin negara anggota ASEAN.
Selepas majlis itu, bendera Timor-Leste berkibar megah di pentas ASEAN, menandakan kemasukan rasmi negara muda itu ke dalam blok serantau berpengaruh tersebut.
Timor-Leste Lengkapkan Keluarga ASEAN
Sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa penyertaan Timor-Leste melengkapkan keluarga besar ASEAN.
Beliau menyifatkan kemasukan itu sebagai bukti kekuatan perpaduan dan komitmen negara anggota dalam membina masa depan yang lebih makmur dan stabil untuk rantau ini.
“Kemasukan Timor-Leste bukan sahaja memperkukuh ASEAN sebagai blok serantau, tetapi juga mengukuhkan semangat kekeluargaan dan solidariti yang menjadi tunjang utama organisasi ini,” katanya.
Impian 14 Tahun Jadi Kenyataan
Bagi rakyat Timor-Leste, penyertaan ini merupakan impian yang akhirnya tercapai selepas lebih sedekad penantian. Negara yang mencapai kemerdekaan pada tahun 2002 ini mula memohon untuk menyertai ASEAN pada 2011. Sebelum menerima status pemerhati rasmi pada 2022.
Sejak itu, Timor-Leste aktif menyertai pelbagai mesyuarat dan forum ASEAN. Sambil memperkukuh dasar dalam tiga tonggak utama; politik, ekonomi dan sosiobudaya. Langkah ini menjadi asas penting bagi memastikan negara itu seiring dengan piawaian dan kerangka kerja negara-negara anggota lain.
Ucapan Penuh Emosi dari Xanana Gusmão
Dalam ucapan emosinya selepas menandatangani deklarasi, Perdana Menteri Xanana Gusmão menyatakan bahawa keanggotaan ASEAN adalah lambang pengiktirafan terhadap perjalanan panjang rakyat Timor-Leste yang penuh dengan ketabahan, keazaman & harapan.
“Penyertaan ini bukan hanya kejayaan diplomatik, tetapi bukti bahawa Timor-Leste kini bersedia menyumbang kepada masa depan serantau yang lebih baik,” katanya dengan penuh semangat.
Makna Strategik untuk ASEAN
Kemasukan Timor-Leste membawa makna besar dari segi geopolitik dan ekonomi rantau ini. Dengan kedudukannya di antara Asia dan Lautan Pasifik. Negara itu dilihat berpotensi menjadi pintu strategik baharu ASEAN ke arah pasaran baharu dan laluan perdagangan maritim.
Selain itu, pengalaman Timor-Leste dalam pemulihan pascakonflik dan pembinaan institusi demokrasi memberikan perspektif unik kepada ASEAN dalam menguruskan cabaran serantau seperti keamanan, pembangunan sosial, & penyatuan ekonomi.
Cabaran dan Harapan
Walaupun Timor-Leste masih berdepan cabaran pembangunan, kemasukannya ke dalam ASEAN membuka ruang luas untuk kerjasama ekonomi, pendidikan dan pelaburan.
Negara anggota lain juga dijangka memainkan peranan penting dalam membantu Timor-Leste memperkukuh infrastruktur dan daya saing serantau.
Dengan semangat solidariti ASEAN yang berteraskan “One Vision, One Identity, One Community”. Penyertaan Timor-Leste membuktikan bahawa tiada negara yang tertinggal dalam perjalanan menuju kemajuan bersama.
Penutup
Penyertaan rasmi Timor-Leste dalam ASEAN bukan sekadar peristiwa politik, ia adalah simbol harapan baharu untuk rantau Asia Tenggara. Dengan semangat perpaduan dan kerjasama, ASEAN kini melangkah ke fasa lebih matang sebagai blok yang inklusif, stabil, dan berdaya saing di peringkat global.
Baca juga: Jalan Ditutup Sempena ASEAN Summit 2025: Info Penting Untuk Pengguna Jalan Raya
Untuk berita dan perkembangan terkini dunia pelancongan, budaya dan hubungan serantau Asia Tenggara. Ikuti Projek Travel di media sosial! Jangan lupa simpan & kongsi artikel ini agar lebih ramai tahu tentang sejarah baharu ASEAN hari ini.
- Amirsoy Uzbekistan: Kereta Kabel & Tempat Menarik di Resort Ski Tashkent
- Patung Buddha Tidur di Wat Pothivihan, Tumpat Kelantan
- Falsafah Tarian Zapin dalam Tamadun Melayu
- Projek Travel Terima Anugerah Pendukung Seni Negeri 2025 (Media) di Anugerah Seni Negeri Kelantan
- Bahaya Menjadi ‘Keldai Dadah’ di Lapangan Terbang