Himpunan Doa Pada Hari Jumaat
Hari Jumaat merupakan penghulu bagi segala hari dalam Islam. Ia bukan sekadar hari untuk menunaikan solat Jumaat, tetapi juga hari penuh keberkatan yang membuka ruang luas untuk berdoa, berzikir dan memperbaharui hubungan spiritual dengan Allah SWT.
Dalam hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dia dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari itu juga dia dikeluarkan daripadanya.” (Riwayat Muslim, no. 854)
Artikel ini menghimpunkan beberapa doa hari Jumaat yang boleh diamalkan, berserta waktu mustajab doa, agar setiap Muslim dapat memanfaatkan keistimewaan hari yang penuh barakah ini.
Himpunan doa hari Jumaat
Doa 1
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirat hasanah, waqina adzabannar
“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab api neraka.”
Doa 2
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاك نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Alhamdulillah kami bersyukur kepada Mu Ya Allah atas setiap nikmat yang Engkau telah kurniakan. Kami bersyukur kepada Mu atas nikmat taufik dan hidayah-Mu. Kami bersyukur atas nikmat iman dan Islam.
Ya Allah rahmatilah kehidupan kami, berkatilah umur kami, sihatkanlah badan kami, terangkanlah hati kami, tetapkanlah iman kami, perbaikkanlah amal kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, tunaikanlah hajat kami, baik dalam hajat agama, dunia atau akhirat.
Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepada Mu Ya Allah.
Ampunkanlah dosa kedua-dua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yang mengalir dlm diri kami Engkau gantikanlah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawa ke syurga-Mu Ya Allah.
.
Ya Rahman Ya Rahim.
Pada setiap keringat yang mengalir pd tubuh ayah kami dlm mencari rezeki kpd keluarga kami Engkau gantikanlah dgn keampunan yang membawa ke syurga-Mu Ya Allah.
Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak mampu kami membalasnya. Justeru itu kurniakanlah kpd kedua-dua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga-Mu Ya Allah.
Ya Allah kami juga memohon ampun utk pasangan hidup kami, zuriat kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, guru-guru, ketua-ketua kami sama ada yang masih hidup atau yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzah. Golongkanlah mereka dalam golongan orang-orang yang Engkau redhai Ya Allah.
Ya Allah apabila tiba pula giliran kami menuju barzah-Mu, maka Engkau ambillah kami dlm keadaan yang baik-baik dalam keampunan dan rahmat-Mu Ya Allah.
Ya Allah bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.
Ya Allah, jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepada-Mu dengan jiwa yang tenang.
Kurniakanlah kepada kami kejayaan di Dunia dan di Akhirat dengan Rahmat serta keredhaan Mu Ya Allah
اَللّٰهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذُنُوْبِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا. وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ،اَلْاَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَاتِ، وَتَابِعْ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ بِالْخَيْرَاتِ، رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَاَنْتَ خَيْرُالرَّاحِمِيْنَ، وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّبِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَالْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين
Doa 3
يا رب في يوم الجمعة وعدت عبادك بقبول دعواتهم، سأدعو لقلب قريب من قلبي: اللهم ارزقه ما يريد وارزق قلبه ما يريد واجعله لك كما تريد، اللهم قدر له ذلك قبل أن تأذن شمس الجمعة بالمغيب
Ya Rabbi fi yaumil jumat wa ‘adta ibadaka bi qabuli da’wahum, sa ad’u liqalbin qaribin min qalbi, Allahummarzuqhu ma yuridu warzuq qalbahu ma yuridu, waj’alhu laka kama turidu, Allahumma qaddirlalhu dzalik, qabla an tu’dzina syamsul jumat bil maghrib.
Ya Allah, pada hari Jumat ini, kau berjanji pada hamba-hamba-Mu untuk menerima doa mereka. Aku akan berdoa dari hati yang terdalam.
Ya Allah, berikanlah apa yang kuinginkan, dan berkatilah hatiku dengan apa yang kuinginkan. Dan jadikan diriku ini milik-Mu seperti yang dirimu inginkan, sebelum matahari hari Jumat tenggelam
Doa 4
اللهم عليك توكلت فارزقني واكفني، وبك لذت فنجني مما يؤذيني، أنت حسبي ونعم الوكيل، اللهم رضني بقضائك، وقنعني بعطائك، واجعلني من أوليائك
Allahumma ‘alaika tawakkaltu farzuqni wakfini, wa bika ludzfu fa najjini mimma yu’dzini anta hasbi wa ni’mal wakil. Allahumma raddhini bi qadhaika wa qanni; bi athaika waj’alni min awliya-ika
“Ya Allah, aku berserah diri pada-Mu, berikan aku rezeki dan cukupkan aku. Selamatkan aku dari sesuatu yang menyakitiku. Engkau adalah satu-satunya pelindung terbaikku, dan cukupkanlah aku dengan anugerah-MU dan jadikanlah aku dari para wali-Mu.”
Doa 5
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Astaghfirullahalladzi laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyumu, wa atubu ilaihi.
“Aku memohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan selain Dia Yang hidup kekal serta terus menerus mengurus (makhluk), dan aku bertobat kepada-Nya.”
Penutup
Hari Jumaat adalah hadiah mingguan daripada Allah SWT kepada umat Islam. Hari yang menghidupkan jiwa, menghapus dosa dan memperbaharui semangat spiritual. Dengan mengamalkan doa dan zikir yang dianjurkan, setiap Muslim dapat mendekatkan diri kepada Pencipta dengan penuh rasa syukur dan ketenangan.
Luangkan masa untuk berdoa dengan sepenuh hati, kerana setiap lafaz yang keluar dari jiwa yang ikhlas mampu membuka pintu rahmat dan rezeki yang luas.
Baca juga: Himpunan Ucapan Hari Jumaat
Ikuti Projek Travel di media sosial untuk lebih banyak perkongsian ilmu, inspirasi rohani dan panduan kehidupan seimbang. Simpan dan kongsikan artikel ini agar lebih ramai dapat manfaat daripada doa dan amalan yang penuh keberkatan ini.
- Amirsoy Uzbekistan: Kereta Kabel & Tempat Menarik di Resort Ski Tashkent
- Patung Buddha Tidur di Wat Pothivihan, Tumpat Kelantan
- Falsafah Tarian Zapin dalam Tamadun Melayu
- Projek Travel Terima Anugerah Pendukung Seni Negeri 2025 (Media) di Anugerah Seni Negeri Kelantan
- Bahaya Menjadi ‘Keldai Dadah’ di Lapangan Terbang