25 Hotel Murah di Melaka 2025: Bajet Bawah RM200 Semalam, Lokasi Strategik & Selesa!

Hotel Murah di Melaka 2025
Kongsi Artikel ini

25 Hotel Murah di Melaka 2025: Bajet Bawah RM200 Semalam

Melaka merupakan antara destinasi pelancongan paling popular di Malaysia yang kaya dengan warisan sejarah, budaya, dan pelbagai tarikan moden. Setiap tahun, ribuan pelancong tempatan dan antarabangsa memilih untuk bercuti di Melaka kerana lokasinya yang strategik serta pelbagai tempat menarik seperti Jonker Street, A Famosa, dan Muzium Warisan Baba & Nyonya.

Disebabkan kedudukan strategik dan kemudahan akses, permintaan terhadap penginapan bajet di Melaka semakin meningkat, terutamanya dalam kalangan pelancong yang mencari hotel murah dan selesa berhampiran pusat bandar Melaka. Bagi yang merancang percutian dengan kos berpatutan, pemilihan tempat tinggal yang sesuai boleh memberi kesan besar terhadap keseluruhan pengalaman melancong.

Dalam artikel ini, kami senaraikan pilihan hotel murah di Melaka tahun 2025 yang menawarkan lokasi strategik, kemudahan lengkap dan harga bawah RM200 semalam; sesuai untuk backpacker, pelancong keluarga, mahupun pasangan yang ingin bercuti dengan selesa tanpa membebankan bajet.

Berhampiran Pusat Bandar

Hotel Sentral Melaka

Terletak di Jalan Tun Sri Lanang, hotel ini hanya beberapa minit dari Jonker Walk dan pusat membeli-belah. Ada kolam renang dewasa & kanak-kanak, wifi, parking percuma dan bilik yang lengkap dengan peti sejuk, TV LED serta kemudahan membuat teh/kopi.

📍Alamat: 20, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka

Prima Hotel Melaka

Hotel 3 bintang yang selesa ini terletak di Jalan Bunga Raya. Biliknya luas dan bersih — sesuai untuk pengunjung yang ingin berjimat.

📍Alamat: Jalan Kee Ann, Bunga Raya, 75100 Melaka

The Nines Hotel

Hanya 5 minit dari Jonker Walk. Hotel bajet bergaya moden ini menyediakan bilik dengan TV dan bilik air lengkap dengan pancuran air panas.

📍Alamat: 1, Jalan Gajah Berang, 75200 Melaka

Aurora Hotel

9 minit berjalan kaki ke The Shore Oceanarium. Hotel bajet ini sangat sesuai untuk pelancong solo atau pasangan.

📍Alamat: 117 & 117A, Jalan Munshi Abdullah, 75100 Melaka

Marvelux Hotel

Terletak di Taman Kota Laksamana, hanya 1km dari Jonker Walk. Ada spa dan pusat kecergasan, sesuai untuk family trip!

📍Alamat: No. 6, Jalan KLJ 1, 75200 Melaka

V Hotel Melaka

Hotel bajet yang clean dan minimalis, lengkap dengan Wifi percuma, TV LCD dan meja kerja.

📍Alamat: 335, Jalan Ong Kim Wee, Melaka

Sunshine Inn Plus

Hanya 500m dari bandar. Terletak berdekatan Melaka Gateway dan Muzium Penjara.

📍Alamat: 32, Jalan Melaka Raya 15, 75000 Melaka

906 Riverside Hotel

Terletak betul-betul di tepi Sungai Melaka. Kalau bernasib baik, korang boleh nikmati view sungai dari bilik!

📍Alamat: 52, Jalan Kampung Hulu, 75200 Melaka

Kawasan Pelancongan & Pantai

Casa Bonita Hotel Klebang

Berdekatan Encore Melaka & The Sail. Bilik moden dan selesa, hanya 15 minit pemanduan dari Dataran Pahlawan.

📍Alamat: 1103, Jalan Limbongan, Klebang, 75200 Melaka

Asiatic Hotel

Dekat dengan Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Pilih bilik dengan balkoni untuk view yang best!

📍Alamat: No. 2E Jalan KLJ 4, Melaka

Lovita Queenspark Hotel

Hanya 500m dari pusat bandar. Berdekatan Mahkota Medical Centre dan Eco Bike Tour.

📍Alamat: No. 39 – 47, Jalan Melaka Raya 24, 75000 Melaka

The Shore Hotel & Residences

Bajet bawah RM150, tapi rasa macam hotel mewah! Ada kolam renang, taman air dan sauna.

📍Alamat: Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka

Bayou Lagoon Park Resort

Pilihan ideal untuk percutian keluarga! Tarikan utama: kolam renang kanak-kanak.

📍Alamat: Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, 75450 Melaka

Hotel Selesa & Bernilai Tinggi

Moty Hotel

Hotel bajet rasa eksklusif! Dekat dengan Jonker Walk dan Little India. Ada kolam renang indoor dan sauna.

📍Alamat: No 42 Jalan PM6, Plaza Mahkota, 75000 Melaka

Imperial Heritage Hotel

Berhadapan Dataran Pahlawan! Hotel moden dengan view bandar, gym, bilik karaoke dan Salt Room.

📍Alamat: 1 Jalan Merdeka 1, 75000 Melaka

Hatten Place Melaka

Terletak di atas Elements Mall. Bilik selesa + sarapan best + kolam renang + gym = WIN!

📍Alamat: Jalan Melaka Raya 23, 75000 Melaka

Arenaa Delux Hotel

Hotel butik yang moden. Hanya 5 minit ke A’Famosa & Stadthuys. Ada bilik dengan lantai kayu dan balkoni.

📍Alamat: No. 222, Jalan Ujong Pasir, 75050 Melaka

Swiss Garden Hotel Melaka

Hotel 4 bintang yang lengkap dengan 769 bilik. Sesuai untuk urusan kerja atau family vacation.

📍Alamat: Jalan Taman Melaka Raya, Melaka

Noble Resort Hotel

Lokasi strategik di Melaka Raya. Hotel 4 bintang ini menawarkan bilik kalis bunyi dan dekorasi moden.

📍Alamat: Jalan Melaka Raya 2, 75000 Melaka

The Straits Hotel & Suites

Setiap bilik dilengkapi dengan TV LCD, Wifi percuma dan penyaman udara. Simple, clean dan murah!

📍Alamat: Jalan Melaka Raya 2, 75000 Melaka

Kings Green Hotel

Dekat Jonker Street & AEON. Ada 151 bilik dengan kolam renang dan servis teksi lapangan terbang.

📍Alamat: 28, Jalan Tun Perak, 75300 Melaka

Terra Nova Hotel

    Terletak di Taman Kota Syahbandar. Hotel bajet berhampiran lokasi menarik Melaka.

    📍Alamat: No.29, Jalan KSB 11, 75200 Melaka

    Arissa Hotel

    Dekat Kota A’Famosa, Jonker Street & Stadthuys. Ada bilik dengan Rain Shower & Bath Tub!

    📍Alamat: No.2, Jalan Pelanduk Putih, Melaka

    Bayview Hotel Melaka

    Hotel di tengah bandar dengan jacuzzi, pancuran air dan 192 bilik lengkap.

    📍Alamat: Jalan Bendahara, 75100 Melaka

    Grand Swiss-Belhotel Melaka

    Hotel mewah bajet dengan kolam renang & lokasi 10 minit dari A’Famosa.

    📍Alamat: 146 Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka

    Melaka sememangnya syurga percutian yang bukan sahaja kaya dengan nilai sejarah dan budaya, malah menawarkan pelbagai pilihan penginapan yang mesra bajet. Tak kira sama ada korang tengah plan short getaway atau staycation santai, ada banyak hotel best di Melaka bawah RM200 yang boleh dipilih; lengkap dengan fasiliti moden dan lokasi yang dekat dengan tempat-tempat menarik.

    Baca Juga: Senarai 50 Tempat Menarik di Melaka Tahun 2025

    Daripada hotel bajet berhampiran Jonker Walk, hingga ke penginapan mesra keluarga di Klebang atau Ayer Keroh, semuanya ada dalam senarai ni. Yang penting, pandai pilih ikut bajet dan gaya percutian korang.

    Jadi, kalau korang tengah cari hotel murah di Melaka 2025, artikel ni memang patut korang simpan awal-awal. Tekan save, share dengan kawan, dan jom mula plan trip ke Melaka!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *