Jadual Lengkap Penutupan Jalan Sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025 | Malaysia telah menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada 26 dan 27 Mei 2025 yang berlangsung di sekitar ibu negara, khususnya di kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Bagi menjamin keselamatan dan kelancaran pergerakan delegasi rasmi dari seluruh negara anggota, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Pengurusan Trafik telah merancang penutupan dan lencongan trafik secara berjadual sepanjang tempoh acara berlangsung.
Maklumat ini amat penting bagi penduduk sekitar Lembah Klang yang berisiko terkesan oleh penutupan jalan dan perubahan laluan harian. Penutupan Jalan ASEAN 2025: Ini Senarai Penuh Laluan Yang Terlibat di KL! Penutupan jalan dilakukan secara berperingkat sempena ketibaan delegasi.
Tarikh dan Masa Penutupan Jalan
23–26 Mei 2025 (Bermula jam 7 pagi)
Penutupan jalan dilakukan secara berperingkat sempena ketibaan delegasi:
Lebuh Raya & Jalan Terlibat
- Lebuh KLIA
- Lebuhraya ELITE (KLIA–Putrajaya)
- Lebuhraya NKVE (Subang–Jalan Duta)
- Lebuhraya GUTHRIE
- Lebuhraya Utara-Selatan
- Lebuhraya Maju (MEX)
- Lebuhraya Seremban–KL
- Lebuhraya Sungai Besi
- Lingkaran Putrajaya
Jalan Utama Terlibat
- Jalan Istana
- Jalan Damansara
- Jalan Parlimen
- Jalan Tun Razak
- Jalan Ampang
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan P. Ramlee
- Persiaran KLCC
26 Mei 2025 (8 pagi – 5:30 petang)
Penutupan jalan dilakukan bagi pergerakan delegasi ke lokasi rasmi:
Persimpangan Terlibat
- Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee
- Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
- Jalan Perak / Jalan P. Ramlee
- Jalan Perak / Jalan Pinang
- Jalan Stonor / Jalan Kia Peng
- Jalan Stonor / Persiaran KLCC
27 Mei 2025
(8:00 pagi – 10:30 pagi)
- Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee
- Jalan P. Ramlee
- Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
- Jalan Perak / Jalan P. Ramlee
- Jalan Perak / Jalan Pinang
- Jalan Stonor / Jalan Kia Peng
- Jalan Stonor / Persiaran KLCC
11:45 pagi – 1:00 tengah hari
- Sepanjang Jalan Tun Razak
- Sepanjang Jalan Parlimen
- Sepanjang Jalan Sultan Ismail
- Jalan Ampang
1:45 tengah hari – 3:00 petang
- Sepanjang Jalan Parlimen / Jalan Kuching
- Persimpangan Jalan Tun Razak / Jalan P. Ramlee
- Jalan P. Ramlee
- Jalan Perak
- Persiaran KLCC
- Jalan Kia Peng
- Jalan Stonor
28 Mei 2025 (Bermula 8 pagi)
Laluan Ditutup untuk Penghantaran Delegasi Pulang:
- Lebuh KLIA
- Lebuhraya ELITE (KLIA–Putrajaya)
- Lebuhraya NKVE
- Lebuhraya GUTHRIE
- Lebuhraya Utara-Selatan
- Lebuhraya Maju (MEX)
- Lebuhraya KL–Seremban
- Lebuhraya Sungai Besi
- Jalan Istana
- Jalan Parlimen
- Jalan Tun Razak
- Jalan Ampang
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan P. Ramlee
- Persiaran KLCC
Nasihat dan Perhatian Kepada Orang Awam
Pihak berkuasa menasihati semua pengguna jalan raya untuk:
- Rancang perjalanan lebih awal atau elak kawasan terlibat.
- Guna pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan bas.
- Ikuti arahan petugas trafik dan papan tanda lencongan.
- Elakkan parkir haram di kawasan kritikal; tindakan menunda akan dilakukan.
- Sekolah-sekolah di kawasan terjejas mungkin akan beralih kepada kaedah PdPR.
Sidang Kemuncak ASEAN merupakan acara bertaraf antarabangsa yang penting bagi Malaysia. Kerjasama rakyat dalam mematuhi jadual penutupan jalan dan arahan keselamatan adalah kunci kelancaran penganjuran.
Simpan artikel Jadual Lengkap Penutupan Jalan Sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025 ini sebagai rujukan, dan jangan lupa kongsi dengan keluarga serta rakan yang mungkin terjejas. Follow media sosial Projek Travel untuk info semasa & kemas kini berkaitan Sidang Kemuncak ASEAN 2025.