Pengalaman Travel di Macao | Kalau korang fikir Macao hanya tempat kasino & hiburan malam semata-mata, korang memang tak salah! Tapi juga tak sepenuhnya betul. Sebab Macao sebenarnya jauh lebih menarik daripada apa yang korang gambarkan.
Baru-baru ni, kami berpeluang sertai trip khas bersama AirAsia dan Macao Government Tourism Office (MGTO) untuk teroka sisi lain Macao. Trip ni bukan sahaja dirangka untuk keselesaan pelancong Muslim, tapi juga sangat sesuai untuk sesiapa saja yang sukakan sejarah, seni, alam semula jadi dan hiburan moden.
Jom kami kongsikan pengalaman penuh selama 5 hari 4 malam travel di Macao; dari pagi sampai ke malam, setiap hari ada cerita!
Itinerary Mesra Muslim 5 Hari Di Macao
Hari Pertama: Tiba di Macao & Mula Jatuh Hati
Kami berlepas dari KLIA2 dengan penerbangan AirAsia AK188 pada jam 10 pagi. Penerbangan terus dari KLIA2 ke Macao mengambil masa kira-kira 4 jam dan kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Macao (MFM) sekitar jam 2 petang. Sampai di Macao lebih kurang 2 petang; cuaca nyaman dan lapangan terbangnya sangat mesra pelancong; dari proses imigresen hingga ke tempat bagasi, semuanya berjalan lancar. Suasana lapangan terbang teratur dan lancar.
Check-in terus di Studio City, sebuah hotel mewah yang ada taman tema sendiri dan vibe macam dalam filem! Bilik luas, selesa, dan lokasi strategik untuk ke mana-mana; dekat dengan stesen LRT.
BACA: Studio City Hotel Macau
Lepas rehat sekejap, kami ke Macao Science Centre, bangunan berbentuk kon futuristik. Dalamnya ada galeri sains interaktif yang sesuai untuk semua lapisan umur; menarik dan berinformasi. Di sini juga ada terletaknya planetarium beresolusi tertinggi di dunia, yang pernah dianugerahkan Guinness World Record ; tayangan 3D bersaiz 8,000 x 8,000 piksel! Memang pengalaman menakjubkan bagi peminat astronomi.
Kemudian kami ke Poly Museum di MGM Macau, muzium kontemporari yang menampilkan koleksi seni dan artifak dari Laluan Sutera Maritim. Ia memberi perspektif baru tentang sejarah global yang dikaitkan dengan Macao.

Malam kami ditutup dengan makan malam di Rossio @ MGM Macau. Restoran ni menyajikan makanan antarabangsa dalam suasana mewah, dengan menu khas no pork, no lard, no alcohol; sesuai sangat untuk pelancong Muslim. Berlokasi betul-betul di bawah Poly Museum iaitu di bawah bumbung yang sama. Rasa eksklusif, selesa dan mesra Muslim. Penutup hari yang sempurna.
Hari Kedua: Public Transport, Pemandangan Cantik & Malam Romantik
Pagi
Hari kedua bermula dengan cara yang cukup praktikal dan lokal; kami mencuba sendiri sistem Light Transit Railway (LRT) dari Taipa Ferry Terminal ke Barra. LRT di Macao ni memang bersih, teratur dan sangat mudah diakses. Sesuai untuk korang yang nak jimat dan bebas bergerak.
💡 Tips Travel Jimat:
Kalau korang bijak merancang, boleh manfaatkan perkhidmatan bas shuttle percuma yang disediakan oleh kebanyakan hotel utama di Macao, termasuk Studio City, MGM, Venetian dan lain-lain. Shuttle ini biasanya bergerak mengikut jadual tetap dan meliputi lokasi-lokasi tumpuan pelancong seperti ferry terminal, kasino, pusat beli-belah dan tarikan popular.
Pastikan korang semak jadual perjalanan dan destinasi setiap shuttle terlebih dahulu, supaya perjalanan lebih lancar dan korang tak buang masa tunggu di tempat yang salah. Dengan cara ni, korang bukan je boleh jimat kos pengangkutan; malah dapat rasa pengalaman local yang lebih santai dan teratur.
Kami kemudian ke bengkel kraftangan tempatan untuk cuba buat cenderamata egg tart. Bukan egg tart sebenar, tapi versi mini comel dari bahan DIY yang boleh dijadikan kenangan kreatif. Aktiviti ni sangat santai, dan yes; semua orang excited sebab boleh hasilkan sesuatu dari tangan sendiri.
Tengahari
Tak lama lepas tu, kami ke Macao Tower; salah satu bangunan paling ikonik di bandar ini. Naik ke dek pemerhatian indoor & outdoor, kami disajikan dengan pemandangan 360 darjah bandar Macao dari aras tinggi. Memang breathtaking! Makan tengah hari pula kami nikmati di 360° Café, restoran berputar di puncak menara yang menyajikan makanan antarabangsa sambil menikmati panorama bandar.
Perjalanan diteruskan dengan jelajah ke kawasan UNESCO World Heritage Sites seperti:

- Ruins of St. Paul’s — Sisa-sisa gereja abad ke-17 yang menjadi ikon Macao. Tangga menuju ke runtuhan ini juga menawarkan pemandangan bandar yang menarik.
- Senado Square — Dataran bersejarah dengan seni bina kolonial Portugis dan lantai mozek yang unik. Tempat yang sesuai untuk berjalan-jalan dan mengambil gamb
- Macao Museum & Mount Fortress — padat dengan info sejarah penjajahan dan budaya
- MinM Plaza & merchant markets — sesuai untuk beli ole-ole dan barang tempatan
Malam
Malam kami tutup dengan Open Top Bus Night Tour; satu pengalaman yang wajib cuba kalau ke sini! City lights, angin malam, dan pemandangan lampu-lampu bangunan hotel ikonik Macao yang memukau. Akhir sekali, kami nikmati makan malam di Zam Zam Restaurant, sebuah restoran dengan sijil halal yang menjadi pilihan utama pelancong Muslim.

Hari Ketiga: Panda, Egg Tart Asli & Pertunjukan Air Bertaraf Dunia
Pagi
Kami mulakan hari dengan lawatan ke kawasan heritage Taipa Houses Museum, di mana rumah-rumah lama bergaya kolonial Portugis masih dijaga rapi. Kat sini juga ada rumah yang dijadikan kedai jual cenderamata.

Kemudian kami teruskan perjalanan kami ke Taipa Grande Viewing Platform; port terbaik untuk tengok pemandangan bandar dari ketinggian, sambil hirup udara pagi yang segar. Tak lengkap kalau tak bergambar di sekitar Cunha Food Street; jalan kecil yang penuh warna, mural dan vibe Instagramable. Lokasi wajib bagi peminat street photography!

Seterusnya kami ke Macao Giant Panda Pavilion; dan bertuahnya, panda-panda kat sana sangat aktif seolah menyambut kehadiran kami dengan mesra! Melihat mereka bermain dan makan dalam habitat semula jadi memang buat hati cair.
Tengahari
Kami makan tengah hari di Cafe Panorama @ Grand Coloane Resort, restoran yang terletak dalam suasana tropika dan jauh dari kesibukan kota. Kat sini kami disajikan dengan pelbagai jenis menu yang enak termasuk Lamb Shank Briyani.
Petang
Sebelah petang, kami isi masa yang ada dengan lawatan ke Coloane Village; perkampungan klasik dengan jalan berbatu dan seni bina lama yang tenang. Sudah tentu kami tak lepaskan peluang merasa egg tart original dari Lord Stow’s; lembut, manis dan cukup terkenal di kalangan pelancong.
BACA : Macau Portuguese Egg Tart: Egg tart original Macao dari Lord Stow’s
Lepas itu kami menyertai cruise dari Coloane ke Barra; pengalaman tenang atas air yang beri perspektif lain tentang Macao. Tambahan pula, kami sambung dengan heritage walk di sekitar:
- Moorish Barracks
- Mandarin House
- Lilau Square
Selepas itu, kami balik ke Studio City hotel untuk experience Legend Heroes Park yang berada di aras 2 hotel. Sebuah pusat hiburan interaktif indoor berasaskan VR dan teknologi digital yang sangat sesuai untuk remaja dan dewasa. Selesai di sana, kami experience Golden Reel, roda gergasi berbentuk angka 8 ikonik; sangat unik dan satu-satunya di dunia!
Malam
Sebelum menamatkan aktiviti dengan menonton teater, kami makan malam di Beijing Kitchen, Grand Hyatt Hotel. Dekat sini kami dapat menikmati signature dish diorang yang sedapnya tak boleh bincang; Traditional Beijing Style Duck! Kulitnya rangup, dagingnya juicy, dan setiap gigitan memang rasa ‘kelas pertama’, cair dalam mulut!

Tibalah saat yang paling dinanti; kami bersedia untuk menyaksikan persembahan yang sering disebut-sebut sebagai antara yang terbaik di Asia, iaitu The House of Dancing Water. Persembahan ini bukan sekadar hiburan biasa, ia adalah karya seni yang menggabungkan unsur air, akrobatik, cahaya dan muzik dengan begitu indah dan mendalam.
Dengan pentas yang boleh bertukar dari kolam air ke lantai padat dalam sekelip mata, dan penari yang melompat dari ketinggian sambil berpusing di udara, kami benar-benar terpukau. Setiap babak membawa emosi yang berbeza; dari rasa kagum, teruja, sampai sebak. Persembahan ini adalah penutup sempurna untuk hari yang penuh magis dan kenangan luar biasa; Menjadikan Pengalaman Travel kami di Macao lebih bermakna.
Hari Keempat: Dari Masjid ke Muzium Kereta Lumba & Seni Digital
Pagi
Hari keempat kami bermula dengan singgah sebentar di Macau Islamic Mosque & Cemetery; satu-satunya masjid di Macao yang menjadi simbol kehadiran komuniti Muslim di sini. Terletak dalam kawasan agak terpencil, masjid ini cukup bersahaja namun bermakna. Kami sekadar menikmati suasana tenangnya sambil melihat struktur dan kawasan sekitar; satu momen ringkas yang memberi perspektif berbeza tentang wajah Islam di Macao.

Kemudian, kami menyusuri kawasan Three Lamps District; sebuah lokasi beli-belah yang penuh dengan jiwa tempatan. Lorong-lorong sempit yang dipenuhi butik pakaian murah, kedai aksesori, dan gerai makanan menjadikan kawasan ini hidup dengan pelbagai budaya. Suasananya santai dan sedikit ‘chaotic‘; tapi di situlah keunikannya. Nak rasa suasana athentic bandar Macao sebenar? Inilah tempatnya.
Seterusnya, kami ke Macao Grand Prix Museum; syurga buat peminat sukan permotoran. Di sini korang boleh belajar tentang sejarah Grand Prix & lihat sendiri kereta lumba sebenar, replika pit stop, koleksi trofi dan sejarah perlumbaan jalanan paling terkenal di dunia. Ia bukan sekadar pameran; ada simulator interaktif yang boleh kita experience & buatkan kita rasa macam dalam dunia pelumba sebenar.

Tengahari
Selesai lawatan, kami nikmati makan tengah hari di Dong Lai Shun, sebuah restoran bertaraf hotel yang mempunyai pensijilan halal. Hidangan yang dihidang bukan saja enak, malah suasana restorannya sangat selesa untuk pelancong Muslim.
Perut kenyang, kami menuju ke Lisboeta Macao, sebuah kompleks hiburan serba moden untuk aktiviti seterusnya: FunFun Kart! Litar lumba go-kart indoor ini memang sesuai untuk semua peringkat umur; laju, selamat dan sangat menyeronokkan. Serius, kalau korang jenis yang sukakan kelajuan dan cabaran, tempat ni wajib masuk dalam list!
Petang
Waktu petang kami isi dengan sesuatu yang lebih ‘slow burn’ tapi memukau di teamLab @ Venetian. Seni digital interaktif di sini bukan macam galeri biasa. Setiap bilik membawa kita ke alam visual yang bergerak, hidup dan memberi respons pada setiap langkah dan sentuhan kita. Memang magikal dan penuh emosi.

Malam
Hari keempat kami akhiri dengan makan malam awal di MGM Cotai, diikuti persembahan visual futuristik 2049 Show; gabungan cahaya, multimedia dan seni persembahan budaya yang menjadikan malam kami cukup berkesan dan sukar dilupakan.
Hari Kelima: Kenangan Terakhir & Selamat Tinggal Macao
Macam tak percaya dah sampai ke hari terakhir! Walaupun badan dah mula rasa penat, hati masih belum puas menjelajah. Kami manfaatkan pagi terakhir ni untuk bersiap dengan santai dan nikmati waktu yang masih berbaki.
Sebelum pulang, kami singgah makan tengah hari di Vegetarian Farm Restaurant, antara restoran mesra Muslim yang terkenal dengan konsep makanan sihat dan bebas daging.
Tepat jam 2:35 petang, kami menaiki penerbangan AirAsia AK189 pulang ke Kuala Lumpur. Meskipun berat hati nak tinggalkan Macao, kami pulang dengan senyuman puas dan memori yang sukar dilupakan.
Ringkasan Itinerary 5 Hari 4 Malam di Macao (2025)
| Hari | Aktiviti / Lokasi | Makanan Pilihan |
| Hari 1 (14 Mei 2025) | Tiba di Macao (AK188), Check-in Studio City, Macao Science Centre, Poly Museum @ MGM Macau | Dinner @ Rossio MGM (No pork, no lard, no alcohol menu) |
| Hari 2 (15 Mei 2025) | LRT Taipa-Barra, Egg tart DIY, Macao Tower + 360° Café, Ruins of St. Paul’s, Senado Square, Open Top Bus Tour | Lunch @ 360° Café, Macao Tower Dinner @ Zam Zam (Halal Certified) |
| Hari 3 (16 Mei 2025) | Taipa Grande Viewpoint, Taipa Houses, Panda Pavilion, Coloane Village + Lord Stow’s, Cruise + Heritage Walk, Golden Reel, Dancing Water Show | Lunch @ Cafe Panorama, Grand Coloane Resort (Halal Friendly) Dinner @ Beijing Kitchen, Grand Hyatt Hotel (No pork, no lard, no alcohol menu) |
| Hari 4 (17 Mei 2025) | Macao Mosque, Three Lamps District, Macao Grand Prix Museum, FunFun Kart @ Lisboeta, teamLab @ Venetian, 2049 Show | Lunch @ Dong Lai Shun (Halal Certified) Dinner @ MGM Cotai (No pork, no lard, no alcohol menu) |
| Hari 5 (18 Mei 2025) | Lunch terakhir, berlepas pulang (AK189) | Lunch @ Vegetarian Farm (Halal Certified) |
Tips Travel ke Macao (Pengalaman Travel Mesra Muslim di Macao)
Macao semakin dikenali sebagai destinasi yang mesra pengembara Muslim. Walaupun komuniti Islam di sini kecil, ada banyak cara untuk korang menyesuaikan perjalanan agar lebih lancar, selesa dan menepati keperluan ibadah serta gaya hidup halal.
| Topik | Info Penting |
| Mata Wang | Mata wang rasmi ialah Macanese Pataca (MOP), tapi Hong Kong Dollar (HKD) diterima secara meluas. Tukar MYR ke HKD di Malaysia untuk kadar lebih baik. |
| Pengangkutan | LRT & bas awam bersih dan mudah digunakan. Nak lebih jimat, guna shuttle hotel PERCUMA dari hotel seperti Studio City, MGM & Venetian. |
| Bayaran Digital | Guna kad Macao Pass atau Touch ‘n Go (fungsi di banyak tempat). Tak semua lokasi terima kad antarabangsa. |
| Tarikan Percuma | Jelajahi hotel-hotel mewah seperti The Venetian, The Parisian, dan The Londoner untuk menikmati seni bina unik dan suasana mewah tanpa perlu menginap. Setiap hotel menawarkan pengalaman visual yang berbeza, persembahan lampu atau Performance Lake. |
| Makanan Halal | Banyak restoran (No pork, no lard, no alcohol menu), tapi semak status halal. Disyorkan: Zam Zam, Vegetarian Farm, Dong Lai Shun. |
| Solat | Rancang awal. Masjid Islam Macao agak jauh. Solat di hotel atau bawa kelengkapan solat sendiri. |
| Bahasa & Komunikasi | Bahasa utama: Kantonis & Portugis. Guna aplikasi penterjemah untuk mudahkan komunikasi di kawasan kurang pelancong. |
Penutup
Setiap pengembaraan yang kita mulakan pasti ada penamatnya, tapi yang ini meninggalkan rasa ingin kembali, tapi yang ini terasa lebih seperti satu permulaan, permulaan untuk melihat Macao dari kaca mata yang berbeza.
Bagi pelancong Muslim, Macao menawarkan lebih banyak pilihan daripada yang disangka. Yang paling penting, Macao berjaya buat kami rasa diterima, selamat dan teruja untuk datang semula.
Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada AirAsia dan Macao Government Tourism Office (MGTO) atas peluang untuk merasai sendiri sisi Macao yang jarang diketengahkan ini. Tanpa sokongan dan bimbingan mereka, pengalaman ini takkan seindah ini.

Kalau korang sedang mencari destinasi luar negara yang ringkas, penuh warna dan sesuai untuk semua jenis traveller ; Macao memang layak ada dalam wishlist korang!
Suka artikel berkenaan Pengalaman Travel di Macao ni? Jangan lupa simpan untuk rujukan, dan kongsikan dengan kawan-kawan yang tengah cari idea destinasi! Follow media sosial Projek Travel untuk lebih banyak kisah real travel, hidden gems, dan tip kembara berguna dalam dan luar negara. Percutian korang, inspirasi kami!
Penafian: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman dalam satu lawatan khas bersama AirAsia dan Macao Government Tourism Office (MGTO) yang telah berlangsung pada 14 hingga 18 Mei 2025. Segala pandangan adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis semasa program tersebut. (Mei 2025)
One thought on “Jangan Ingat Macao Hanya Tempat Judi! Ini Pengalaman 5 Hari Travel Bebas Casino di Macao”