Jangan Tertipu! Window Seat Tapi Tiada Tingkap: Ini Seat Yang Perlu Dielak

Window Seat Tapi Tiada Tingkap: Ini Seat Yang Perlu Dielak
Kongsi Artikel ini

Window Seat Tiada Tingkap | Window seat sering dianggap sebagai “hot spot” yang paling diburu oleh para traveller. Bukan sekadar tempat duduk biasa, ia merupakan pilihan eksklusif bagi mereka yang ingin menikmati pemandangan awan yang memukau, mengambil gambar estetik dari atas langit, atau sekadar ingin ruang privasi tambahan untuk bersandar dan berehat sepanjang penerbangan.

Namun, tak semua window seat memberikan pengalaman seperti yang dibayangkan. Ada kalanya, walaupun duduk di barisan tepi, korang hanya akan menghadap dinding kosong. Inilah yang dinamakan sebagai partial atau missing window seat. Ini merupakan tempat duduk yang kelihatan seperti bersebelahan tingkap, tetapi sebenarnya tiada akses penuh atau langsung kepada tingkap.

Dalam artikel ini, kami senaraikan dengan lengkap lokasi-lokasi seat yang korang perlu elakkan jika nak betul-betul menikmati pemandangan dari udara. Jangan biar tempat duduk ‘hot spot’ korang bertukar jadi zon kecewa!

Apa Itu Partial atau Missing Window Seat?

Partial window seat merujuk kepada tempat duduk yang terletak di bahagian tepi pesawat, tetapi tidak mempunyai akses penuh kepada tingkap; sama ada tingkap tersebut terlindung oleh dinding struktur kabin, atau memang langsung tiada tingkap di tempat itu.

Punca utama keadaan ini adalah:

  • Kedudukan saluran penyaman udara dan kabel dalaman.
  • Struktur penyambungan badan pesawat yang memerlukan ruang tertutup.
  • Reka bentuk pintu kecemasan yang menutup sebahagian ruang tingkap.

Senarai Window Seat Tiada Tingkap

Berikut merupakan senarai tempat duduk window seat yang tiada tingkap berdasarkan Jenis Pesawat & Syarikat penerbangan.

AirAsia

  • A321 Neo: 29A dan 41A

AirAsia X

  • A330-300 (V1): 14A dan 14K
  • A330-300 (V2): 8A, 8J, 12A, 12J, 25A dan 25J

Malaysia Airlines

  • B737-800 (kabin baharu): 9A, 9F, 10A, 10F, 31A dan 31F
  • B737-800: 8A, 8F, 9A dan 9F
  • A330-200: 15A, 15K, 19A dan 19K
  • A330-300: 10A, 10K, 14A dan 14K
  • A350-900: 25A dan 25L

Firefly

  • B737-800: 11A, 11F, 12A dan 12F

Malindo / Batik Air

  • B737 Max 8: 10A, 10F, 11A dan 11F
  • B737-800: 8A, 8F, 9A dan 9F
  • B737-900: 11A, 11F, 21A, 21F, 22A dan 22F
  • A330-300 (V1): 14A dan 14K
  • A330-300 (V2): 9A, 9K, 19A dan 19K

Nota: Seat ini biasanya hanya ada dinding, tanpa tingkap. Tak semua model pesawat sama; jadi lebih baik semak melalui laman seperti SeatGuru atau AeroLOPA.

Cara Elak Seat Tiada Tingkap

  • Semak Seat Map Sebelum Tempah
  • Gunakan laman seperti SeatGuru.com untuk melihat susun atur tempat duduk mengikut pesawat.
  • Perhatikan Nombor Tempat Duduk
  • Nombor-nombor tertentu memang diketahui tiada tingkap. Elak tempah nombor seperti yang disenaraikan di atas.
  • Pilih Tempat Duduk Awal
  • Semasa check-in online, pastikan korang pilih tempat duduk dengan tingkap yang betul. Jangan serah saja kepada sistem!
  • Tanya Krew Kabin
  • Kalau dah terlanjur duduk dan tiada tingkap, cuba minta tukar tempat duduk kalau masih ada kekosongan.

Kenapa Penting Untuk Ambil Tahu?

Bagi sesetengah orang, pemandangan dari udara adalah satu pengalaman penting dalam penerbangan, sama ada untuk mengambil gambar, mengurangkan rasa takut terbang, atau sekadar menikmati keindahan langit. Jadi, membayar lebih untuk ‘window seat’ tapi akhirnya hanya dapat lihat dinding sememangnya satu kekecewaan.

Artikel Penuh : Panduan Terkini Saiz Bagasi Kabin AirAsia 2025

Kesimpulannya, jangan biar pengalaman penerbangan korang spoil hanya kerana duduk di ‘window seat’ yang tak ada tingkap! Dengan perancangan yang betul dan sedikit penyelidikan awal, korang boleh elakkan seat yang mengecewakan ni dan nikmati pemandangan dari udara seperti yang diimpikan.

Nak lebih banyak tip dan info penerbangan serta pelancongan? Follow media sosial Projek Travel dan jangan lupa share artikel Window Seat Tapi Tiada Tingkap supaya orang lain pun tak tersalah pilih seat masa travel nanti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *