Jawatan Kosong Muzium Kelantan Jun 2025: Peluang Kerja Tetap & Kontrak Dalam Sektor Awam
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan kini membuka peluang kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong terkini dalam pelbagai kategori perjawatan. Peluang ini amat sesuai bagi individu yang berminat untuk menceburi bidang berkaitan sejarah, kebudayaan, dan pentadbiran warisan negeri.
Permohonan adalah dibuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup permohonan. Keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kelantan.
Senarai Jawatan Kosong 2025
Berikut adalah senarai kekosongan yang ditawarkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan:
| Jawatan | Gred | Status | Syarat Kelayakan | 
| Penolong Pegawai Tadbir | N5 | Tetap | STPM/Diploma/Setaraf & Kepujian BM | 
| Pereka | B1 | Kontrak | SPM/Sijil/Setaraf & Kepujian BM | 
| Pemandu Kenderaan | H1 | Kontrak | SPM/Sijil/Setaraf & Kepujian BM | 
| Pembantu Khidmat Am | H1 | Kontrak | SPM/Sijil/Setaraf & Kepujian BM | 
| Pembantu Khidmat Am (Galeri Arkeologi Dabong) | H1 | Kontrak | SPM/Sijil/Setaraf & Kepujian BM | 
Syarat Kelayakan
Syarat-syarat kelayakan umum bagi permohonan adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
 - Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
 - Mesti mempunyai kelulusan mengikut bidang yang ditawarkan
 
( Sila rujuk iklan di bawah bagi mendapatkan syarat kelayakan yang lengkap)
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh akhir permohonan bagi semua jawatan yang ditawarkan adalah pada 5 Jun 2025. Calon disarankan untuk mengemukakan permohonan sebelum tarikh tersebut bagi memastikan penyertaan diproses dengan sempurna.
Cara Memohon
📎 Klik pautan ‘Iklan Jawatan’ di bawah dan rujuk maklumat permohonan berkaitan tarikh tutup dan syarat-syarat permohonan jawatan tersebut.
Jika korang sedang mencari peluang kerja yang bermakna dan ingin menyumbang dalam sektor kebudayaan serta sejarah negeri, inilah masanya! Mohon segera sebelum 5 Jun 2025 dan sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang berminat.
BACA: Muzium Adat Istiadat (Istana Jahar) di Kota Bharu, Kelantan
Save dan share artikel ini untuk bantu lebih ramai dapatkan peluang kerja di Kelantan. Jangan lupa follow media sosial Projek Travel untuk maklumat lanjut tentang peluang kerjaya, destinasi warisan dan acara kebudayaan di Malaysia.