Johor Tukar Cuti Hujung Minggu Kepada Sabtu dan Ahad. Mesti ramai yang masih belum tahu! Mulai 1 Januari 2025, negeri Johor secara rasmi telah menukar cuti hujung minggu daripada Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad. Mulai 1 Januari 2025, negeri Johor secara rasmi menukar cuti hujung minggu daripada Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad. Perubahan ini diumumkan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Artikel ini mengupas butiran lanjut berkaitan perubahan cuti hujung minggu Johor 2025 serta sebab-sebab ia dilaksanakan.
Latar Belakang Perubahan
Pada 1 Januari 2014, Johor menukar cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu. Langkah itu sebagai penghormatan kepada hari Jumaat yang dianggap penghulu segala hari dalam Islam. Namun, mulai 1 Januari 2025, Johor menukar semula cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad.
Perubahan ini sebenarnya mengembalikan semula cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu yang pernah diamalkan sejak dahulu. Sebagai Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Johor telah lama menggunakan sistem tersebut sebelum beralih kepada Sabtu dan Ahad pada tahun 1994. Pertukaran itu dibuat ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Besar Johor. (Sumber; Berita Harian)
Kenapa Johor Tukar Cuti ke Sabtu dan Ahad?
Tujuan utama perubahan ini adalah untuk menyelaraskan sistem kerja dan urusan rasmi Johor dengan negeri-negeri lain di Malaysia yang kebanyakannya bercuti pada Sabtu dan Ahad. Ini termasuk sektor perbankan, logistik, pendidikan, dan perdagangan rentas negeri.
Impak Kepada Sektor Pendidikan dan Perkhidmatan
Susulan pengumuman ini, Johor kini disenaraikan dalam Kumpulan B oleh KPM, bersama negeri lain yang bercuti Sabtu dan Ahad. Ini bermakna, kalendar akademik Johor 2025 akan diselaraskan bermula awal tahun depan.
Ini juga dijangka memudahkan penyelarasan tarikh peperiksaan, latihan guru, serta pelbagai program nasional yang melibatkan pelajar dan pendidik Johor.
Solat Jumaat Masih Terjaga
Antara kebimbangan yang timbul dalam kalangan masyarakat ialah mengenai kewajiban Solat Jumaat bagi pekerja lelaki Muslim. Namun, Tunku Mahkota Ismail menegaskan bahawa baginda telah menitahkan semua majikan di sektor awam dan swasta untuk memberikan ruang mencukupi agar pekerja Muslim dapat menunaikan Solat Jumaat dengan selesa dan penuh tertib. (Sumber: Bernama)
Artikel Berkaitan : Cuti Panjang 2025: Senarai Tarikh Long Weekend’ di Malaysia
Perubahan cuti hujung minggu Johor kepada Sabtu dan Ahad 2025 adalah satu langkah strategik yang diambil demi kemajuan pentadbiran dan keselarasan sistem ekonomi negeri. Walaupun ia memerlukan sedikit penyesuaian, keputusan ini mengambil kira kesejahteraan rakyat serta urusan harian yang semakin kompleks dalam dunia moden.
Jangan lupa simpan dan kongsikan artikel ini untuk rujukan rakan kerja, pelajar, guru dan semua warga Johor! Nak lebih banyak info semasa dan travel tempatan? Follow Projek Travel sekarang!