Kadar Zakat Fitrah 2025 . Seperti yang kita sedia maklum, umat Islam di Malaysia wajib menunaikan zakat fitrah pada bulan Ramadan sebagai tanda kesyukuran dan menyucikan diri sebelum menyambut Aidilfitri. Bagi tahun 2025, kadar zakat fitrah telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing berdasarkan harga beras yang menjadi makanan utama penduduk.
Apa Itu Zakat Fitrah?
Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu Muslim yang berkemampuan sebelum solat sunat Aidilfitri. Ia bertujuan membantu golongan asnaf agar mereka dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih baik.
Kadar Zakat Fitrah 2025 di Malaysia Mengikut Negeri
Berikut adalah senarai kadar zakat fitrah 2025 mengikut negeri di Malaysia. Kadar ini ditentukan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing:
Negeri |
Kadar Zakat Fitrah (RM) |
Johor |
RM 7, RM 12 & RM 20 |
Kedah |
RM 7 & RM14 |
Kelantan |
RM 8, RM14 & RM21 |
Melaka |
RM 7, RM15 & RM22 |
Negeri Sembilan |
RM 7.50, RM12 & RM22 |
Pahang |
RM 7, RM14 & RM21 |
Perak |
RM 10, RM16 & RM27 |
Perlis |
RM 9 |
Pulau Pinang |
RM 8, RM14 & RM21 |
Sabah |
RM 7.50 |
Sarawak |
RM 7.50 |
Selangor |
RM 7, RM15 & RM22 |
Terengganu |
RM 10 & RM21 |
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan) |
RM 7, RM15 & RM22 |
(Nota: Kadar zakat fitrah akan dikemas kini selepas pengumuman rasmi oleh pihak berkuasa agama negeri.)
Kiraan Kadar Mengikut Beras
Kadar Wajib Minimum
RM7/RM7.50/RM8/RM9/RM10 – Beras Super Spesial Tempatan
Kadar Lain
Beras Super Import/Putih/Perang/Pulut/HerbaPonni/Wangi/Calrose/Poney/Basmathi/Jepun/Merah
Cara Membayar Zakat Fitrah 2025 di Malaysia
Bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat fitrah, pembayaran boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah:
- Bayaran Secara Tunai – Melalui amil yang dilantik di masjid atau surau.
- Pembayaran Online – Melalui laman web rasmi Majlis Agama Islam Negeri.
- Aplikasi Perbankan – Kebanyakan bank di Malaysia menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat.
Siapa Yang Wajib Membayar Zakat Fitrah?
Zakat fitrah wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim yang memenuhi syarat berikut:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan.
Bilakah Waktu Pembayaran Zakat Fitrah?
Waktu pembayaran zakat fitrah dibahagikan kepada beberapa kategori:
- Waktu Wajib: Setelah terbenam matahari pada akhir Ramadan.
- Waktu Afdal: Dari awal Ramadan sehingga sebelum solat sunat Aidilfitri.
- Waktu Makruh: Selepas solat sunat Aidilfitri hingga sebelum terbenam matahari 1 Syawal.
- Waktu Haram: Selepas terbenam matahari 1 Syawal tanpa keuzuran.
Membayar zakat fitrah 2025 adalah tanggungjawab setiap Muslim yang berkemampuan. Dengan adanya pelbagai kaedah pembayaran yang mudah, tiada alasan untuk kita menangguhkan zakat fitrah. Pastikan korang menunaikannya sebelum solat sunat Aidilfitri agar ibadah puasa korang lebih sempurna dan diterima Allah SWT.
Untuk maklumat terkini mengenai kadar zakat fitrah 2025 setiap negeri, rujuk laman web rasmi Majlis Agama Islam negeri masing-masing. Semoga ibadah kita diterima dan diberkati. Selamat menunaikan zakat fitrah!
Artikel Menarik : Puasa 6 Bulan Syawal: Lafaz Niat, Cara & Kelebihan