Hikayat Puteri Lagenda
Ini merupakan kisah legenda yang sangat terkenal dari negeri Sarawak, khususnya di kawasan Kuching. Cerita ini berkisarkan tentang dua puteri kayangan, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang, yang diturunkan ke bumi untuk menyelesaikan pertikaian di antara dua kampung, Kampung Pasir Kuning dan Kampung Pasir Putih.
Puteri Santubong dikenali kerana kehebatannya dalam menenun kain, manakala Puteri Sejinjang pula mahir dalam menumbuk padi. Namun, konflik antara mereka berlaku apabila kedua-duanya jatuh cinta kepada putera yang sama, iaitu Putera Serapi. Persaingan mereka menjadi sengit, sehingga akhirnya mereka bertarung sesama sendiri.
Dalam pertempuran tersebut, Puteri Santubong terkena tamparan di pipi, lalu mukanya retak dan Puteri Sejinjang pula terkena tumbukan sehingga terjatuh dan berkecai menjadi pulau-pulau kecil di sekitar kawasan Kuching.
Puteri Santubong kemudian dikatakan berubah menjadi Gunung Santubong, yang terletak di tepi laut Sarawak, dan sehingga kini, jika kita melihat bentuk gunung tersebut, ia menyerupai seorang wanita yang sedang berbaring.
Video Animasi Kisah Lagenda
Berikut merupakan video yang di ambil di Borneo Cultures Museum , sebuah muzium moden dan terbesar di Malaysia yang terletak di Kuching, Sarawak. Video ini memaparkan persembahan interaktif tentang kisah lagenda Puteri Santubong & Puteri Sejinjang.
@projektravel Animasi hikayat negeri Sarawak Puteri Santubong Puteri Sejinjang di Borneo Cultures Museum, Kuching. #LearnOnTikTok #CeritaRakyat #PuteriSantubong #Sarawak #BorneoCulturesMuseum #History #Cultural #StoryTelling ♬ original sound – ProjekTravel
Mengenai Borneo Cultures Museum
Borneo Cultures Museum di Kuching, Sarawak, merupakan muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara. Dengan reka bentuk berinspirasikan rumah panjang, muzium ini menampilkan pelbagai pameran interaktif mengenai budaya, sejarah, dan seni masyarakat di Sarawak.
Pengunjung boleh meneroka galeri bertema seperti In Harmony with Nature, Time Changes, dan Arts & Crafts, serta menikmati pengalaman digital melalui skrin sentuh dan realiti maya. Muzium ini juga menyimpan lebih 1,000 artifak bersejarah, termasuk tekstil tradisional dan peralatan ritual.
Muzium ini wajib dikunjungi bagi mereka yang ingin memahami warisan unik Sarawak! ✨
Kesimpulan
Kisah ini bukan sahaja menjadi sebahagian daripada warisan cerita rakyat Sarawak, tetapi juga diabadikan dalam lagu tradisional terkenal, “Puteri Santubong.” Kisah ini turut mengajar tentang nilai kesetiaan, persahabatan, dan bagaimana cinta serta konflik boleh memusnahkan segalanya.
Artikel Menarik : Fakta Menarik Etok Salai: Makanan Kegemaran Orang Kelantan
2 thoughts on “Kisah Lagenda Puteri Santubong & Puteri Sejinjang – Cerita Rakyat Sarawak”