Langkawi Atasi Bali & Phuket! Dinobat Pulau Kedua Terbaik Asia oleh Conde Nast Traveler

Pulau Langkawi 2025
Kongsi Artikel ini

Langkawi Dinobat Pulau Kedua Terbaik Asia oleh Conde Nast Traveler

Langkawi, Kedah sekali lagi membuktikan kehebatannya di pentas antarabangsa apabila dinobatkan sebagai Pulau Kedua Terbaik di Asia dalam senarai Top Islands: Reader’s Choice Awards 2025 oleh portal pelancongan berprestij dunia, Conde Nast Traveler.

Dengan markah 92.99, Langkawi berjaya menewaskan beberapa destinasi popular seperti Bali, Indonesia (tempat ke-6, markah 89.84) dan Phuket, Thailand (tempat ke-9, markah 84.62). Hanya Pulau Phu Quoc di Vietnam yang berada di tangga teratas dengan skor 95.51, manakala Koh Samui (Thailand) & Boracay (Filipina) masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Baca juga: Aktiviti & Tempat Menarik di Langkawi [Panduan Lengkap 2025]

Kejayaan Membanggakan Negara

Menurut Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin. Pengiktirafan ini bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi lambang kejayaan hasil usaha semua pihak dalam memastikan Langkawi terus gah sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh komuniti Langkawi. Termasuk penggiat industri pelancongan, pengusaha hotel, pemandu pelancong, peniaga kecil, nelayan serta agensi kerajaan & swasta. Yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan reputasi pulau legenda ini.

“Syabas kepada semua yang telah menjadikan Langkawi bukan sekadar sebuah pulau, tetapi satu jenama pelancongan antarabangsa yang membanggakan Negeri Kedah dan Malaysia seluruhnya,” ujarnya.

Harapan Baharu Untuk Masa Depan Pelancongan

Datuk Mohd Salleh turut berharap pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Sekali gus menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri Kedah.

“Semoga Langkawi terus bersinar sebagai permata pelancongan tiada bandingan, mencipta sejarah baharu dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Insya-Allah,” katanya lagi.

Tentang Conde Nast Traveler Reader’s Choice Awards

Anugerah tahunan Conde Nast Traveler Reader’s Choice Awards merupakan antara pengiktirafan paling berprestij dalam industri pelancongan global. Dengan jutaan pembaca dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam proses undian. Senarai ini menjadi rujukan utama pelancong antarabangsa untuk menentukan destinasi terbaik setiap tahun.

Sumber rujukan: sinarharian.com.my

Kesimpulan

Kejayaan Langkawi bukan hanya milik penduduk Kedah, tetapi simbol kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Dengan keindahan alam semula jadi, budaya yang kaya, serta layanan mesra penduduk tempatan, Langkawi terus membuktikan bahawa Malaysia sememangnya destinasi yang mampu berdiri setanding dengan pulau terbaik dunia.

Jom kongsi kebanggaan ini bersama seluruh rakyat Malaysia! 🌺 Ikuti Projek Travel di media sosial untuk berita pelancongan terkini dan inspirasi destinasi menarik seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *