Maksud Nombor Kod Pada MyKad Malaysia

Kongsi Artikel ini

Maksud Nombor Kod Pada MyKad Malaysia. Setiap warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 12 tahun diwajibkan untuk memiliki MyKad, yang merupakan kad pengenalan rasmi bagi setiap individu di Malaysia.

Namun, tahukah anda bahawa nombor yang terletak di tengah-tengah nombor kad pengenalan anda mempunyai makna tertentu?

Jom, admin akan kongsikan apa sebenarnya maksud nombor di tengah-tengah kad pengenalan anda.

Maksud Nombor Kod Pada MyKad Malaysia

Sejak tahun 1990, setiap warganegara Malaysia telah diberikan satu set nombor 12 digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan diri.

Senarai digit pertama (TTBBHH) mewakili tarikh lahir pemilik kad pengenalan. Senarai digit kedua (NN), merupakan kod negeri kelahiran. Yang mana 01-13 adalah untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan, dan 71 bagi individu yang lahir di luar Malaysia.

Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88. Bagi anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu, apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka.

Akhir sekali, senarai digit terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. Oleh itu, korang tidak boleh memilih nombor yang akan tertera pada MyKad masing-masing.

Artikel Berkaitan : 5 Negara Terkecil di Dunia yang Menarik untuk Diketahui

Sekarang, korang sudah tahu Maksud Nombor Kod Pada MyKad Malaysia korang kan? Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *