Mercure KL Glenmarie Rai Ulang Tahun Ke-4: Bukti Pertumbuhan dan Ketahanan Dalam Industri Hotel

majlis ulangtahun Mercure Kuala Lumpur Glenmarie
Kongsi Artikel ini

Kuala Lumpur, November 2025 | Empat tahun selepas membuka pintunya kepada pengunjung pada era penuh ketidakstabilan pasca-pandemik, Mercure Kuala Lumpur Glenmarie kini berdiri sebagai antara hotel paling menonjol di Lembah Klang. Meraikan ulang tahun ke-4, hotel ini telah mengadakan sebuah majlis penuh penghargaan yang bukan sahaja menandakan perjalanan pertumbuhan yang mengagumkan, tetapi juga kekuatan pasukan yang menjadi nadi kejayaannya.

Majlis istimewa ini dihadiri oleh Pengerusi, Datuk Seri Dr. Michael Yam. Group CEO Mr. Jeffrey Chew; serta barisan Pengarah Super Ace Resources; Datuk Paul Wong, Mr. Benjamin Teoh, Mr. Foong dan Mr. Jeffrey Quah. Turut serta ialah wakil daripada Paramount Corporation Berhad. Termasuk Ms. Tham Jiun Huey, General Manager, Finance, yang bersama-sama meraikan perjalanan pertumbuhan hotel sejak ia dibuka pada 15 November 2021.

Empat Tahun Pertumbuhan Dalam Lanskap Hospitaliti Pasca-Pandemik

Mercure Kuala Lumpur Glenmarie dibuka pada saat industri pelancongan global masih bergelut dengan ketidakpastian. Namun, berbekalkan visi yang jelas & semangat pasukan yang kukuh, hotel ini bukan sahaja mampu bertahan, malah berkembang menjadi sebuah destinasi yang dipercayai oleh pelancong domestik & antarabangsa.

Tonggak kekuatan hotel ini terletak pada dedikasi dan kesetiaan para kakitangan. Ramai antara mereka telah bersama sejak hari pertama pembukaan, menjadi tulang belakang kepada pertumbuhan pesat hotel ini. Kecekapan, kesungguhan dan budaya kerja yang positif telah meletakkan Mercure Kuala Lumpur Glenmarie pada landasan kejayaan jangka panjang.

Sambutan Majlis Ulang Tahun ke-4

Majlis ulang tahun ke-4 Mercure KL Glenmarie berlangsung dalam suasana eksklusif di Warna All-Day Dining. Majlis bermula pada tengah hari dengan kehadiran para tetamu kehormat dan wakil pengurusan. Acara dimulakan dengan sesi ucapan oleh Pengurus Besar, Mr. Puvan Abdullah, yang mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan & rakan kerjasama yang telah memainkan peranan penting dalam perjalanan hotel selama empat tahun ini.

Dalam ucapan beliau, Mr. Puvan menegaskan:

“Ini adalah satu penghormatan besar bagi saya sebagai Pengurus Besar untuk meraikan detik istimewa ulang tahun ke-4 Mercure Kuala Lumpur Glenmarie. Empat tahun penuh dedikasi, pertumbuhan dan komitmen bersama telah membentuk hotel ini menjadi ruang yang bukan sahaja selesa, tetapi juga mencerminkan semangat dan kerja keras seluruh pasukan.”

Pengiktirafan kepada Warga Kerja & Kepimpinan

Majlis turut diserikan dengan ucapan penuh inspirasi daripada Pengerusi, Datuk Seri Dr. Michael Yam. Yang menyentuh mengenai pencapaian strategik hotel serta hala tuju masa hadapan.

Antara momen paling bermakna ialah Pengiktirafan Kakitangan Berkhidmat Lama, iaitu penghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat tiga tahun atau lebih. Pengiktirafan ini menjadi simbol betapa besarnya peranan warga kerja dalam mengangkat nama hotel sejak pembukaannya.

Sebagai tanda terima kasih, satu Token Penghargaan turut disampaikan kepada Pengerusi atas sokongan dan kepimpinan yang berterusan.

Detik Simbolik & Sesi Beramah Mesra

Suasana penuh kemesraan dan profesionalisme terserlah menerusi beberapa acara simbolik seperti:

  • Majlis pemotongan kek oleh Pengurus Besar, Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah
  • Upacara “Breaking the Ice” sebagai lambang pembaharuan
  • Tayangan video montaj perjalanan hotel sejak 2021

Majlis diakhiri dengan sesi makan tengah hari dan networking, memberi ruang untuk tetamu berbual, berkongsi pandangan dan meraikan kejayaan bersama.

Penutup

Ulang tahun ke-4 ini bukan sahaja menjadi detik refleksi terhadap perjalanan yang telah ditempuh, tetapi juga menjadi pemangkin untuk Mercure KL Glenmarie melangkah ke fasa seterusnya dengan keyakinan baharu. Kejayaan yang dibina sejak 2021 membuktikan bahawa hotel ini memiliki asas kepimpinan, budaya kerja dan nilai hospitaliti yang kukuh.

Dengan sokongan pasukan yang berdedikasi serta rakan strategik yang sentiasa memainkan peranan penting, Mercure Kuala Lumpur Glenmarie bersedia untuk terus berkembang sebagai sebuah destinasi pilihan. Dalam menghadapi era hospitaliti yang semakin dinamik, hotel ini komited untuk menawarkan pengalaman menginap yang konsisten, bernilai dan penuh personaliti. Selaras dengan semangat jenama Mercure di seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *