Penerbangan AirAsia Direct Dari Kuala Lumpur ke Pattaya Thailand

Kongsi Artikel ini

Pada 12 Mac 2024 yang lepas, AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) mengumumkan penyambungan semula perkhidmatan yang telah lama dinantikan dari Kuala Lumpur ke Pattaya, Thailand, dengan penerbangan tiga kali seminggu bermula pada 17 Jun 2024.

Penerbangan AirAsia Direct Dari KL ke Pattaya

Penyambungan semula laluan ke Pattaya ini menandakan laluan langsung kesembilan syarikat penerbangan tersebut ke Thailand dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Pulau Pinang selepas pandemik, termasuk Bangkok (Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang), Bangkok (Lapangan Terbang Suvarnabhumi), Krabi, Chiang Mai, Phuket, dan Hatyai.

Sebagai bandar kelapan terbesar di Thailand, Pattaya sentiasa menjadi destinasi pelancongan yang sangat dicari oleh pelancong domestik dan antarabangsa. Dari pantai indah Koh Larn hingga ke Pasar Terapung Pattaya yang unik, terdapat banyak tarikan untuk diterokai di bandar tepi laut ini.

@projektravel Fly with AirAsia from Kuala Lumpur to Pattaya Thailand and explore 7 amazing attractions! – Koh Larn – Sanctuary of Truth – Nong Nooch Tropical Botanical Garden – Pattaya Floating Market – Columbia Pictures Aquaverse – Ripley’s Believe It Or Not! Museum – Hard Rock Hotel Pattaya Like, Comment, Share & Follow for more Video. #amazingthailand #tatkl #KohLarn #TikTokTravel #flyairasia #tourismthailandmalaysia #hardrockpattaya ♬ original sound – ProjekTravel

Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2019 yang lalu, AirAsia telah membawa lebih daripada 60,000 penumpang antara Kuala Lumpur dan Pattaya.

Senarai penerbangan pergi balik AirAsia

Jadual penerbangan pergi balik AirAsia dari Kuala Lumpur (KUL) ke Pattaya U-Tapao (UTP):

Jadual penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Pattaya

Untuk maklumat lanjut mengenai jadual penerbangan dan tempahan tiket, sila layari laman web rasmi AirAsia.

Perkhidmatan enerbangan terus AirAsia ini memudahkan rakyat Malaysia untuk menikmati percutian pantai, menerokai budaya, dan keenakan makanan Thai tanpa transit.

Dengan jadual fleksibel dan harga berpatutan, Pattaya jadi pilihan menarik untuk short getaway. Tempah tiket awal untuk harga terbaik dan pengalaman percutian lebih menyeronokkan.

Artikel Berkaitan : AirAsia X Lancar Laluan Terus Kuala Lumpur-Nairobi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *