Promosi Istimewa AirAsia 2025 Untuk Media Malaysia: 50% Tiket Pergi Balik ASEAN

Promosi AirAsia 2025
Kongsi Artikel ini

Promosi Istimewa AirAsia 2025 Untuk Media Malaysia; Diskaun 50% Tiket ke 57 Destinasi ASEAN

Bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025, AirAsia dengan kerjasama Kementerian Komunikasi Malaysia mengumumkan tawaran eksklusif; diskaun 50% untuk tambang asas penerbangan pergi balik ke 57 destinasi di seluruh ASEAN khusus buat semua pengamal media berdaftar di Malaysia.x

Tawaran istimewa ini bukan sekadar promosi biasa. Ia merupakan satu penghargaan besar kepada peranan penting wartawan dalam membina negara dan menyampaikan maklumat yang berimpak kepada rakyat. Sebagai “syarikat penerbangan rakyat”, AirAsia sentiasa mengiktiraf sumbangan media dalam menzahirkan kisah kejayaan syarikat ini sejak dari awal penubuhannya.

Tawaran Serantau Sempena Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN 2025

Tawaran ini juga bertepatan dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, sekaligus menyokong aspirasi serantau dalam memperkukuhkan kesatuan, pertukaran budaya dan keterhubungan antara negara-negara ASEAN.

Dengan jaringan laluan yang antara paling menyeluruh di rantau ini dan hampir satu bilion penumpang diterbangkan sejak penubuhan, AirAsia terus komited untuk memudahkan akses rentas sempadan bagi menyokong wartawan dan rakyat serantau dalam menjalin persefahaman yang lebih kukuh.

Pesawat Bertemakan Media: Simbol Pengiktirafan

Menariknya, AirAsia juga mengumumkan bakal memperkenalkan rekaan pesawat khas (special livery) yang memaparkan tokoh-tokoh wartawan Malaysia yang banyak berjasa membentuk landskap media negara. Reka bentuk ini akan dilancarkan menjelang penghujung tahun sebagai simbol penghormatan dan hubungan erat antara AirAsia dan media Malaysia.

Maklumat Lanjut Mengenai Tawaran

Butiran penuh berkenaan proses penebusan & terma syarat diskaun eksklusif ini akan diumumkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dalam masa terdekat.

SUMBER: AirAsia honours Malaysian media at HAWANA 2025 with exclusive 50% flight discount to 57 Asean destinations

Inisiatif ini membuktikan bahawa peranan wartawan terus dihargai dan diiktiraf oleh sektor korporat. Ia bukan sahaja meraikan jasa mereka, tetapi turut membuka peluang untuk lebih banyak penglibatan media dalam pembangunan serantau. Semoga kolaborasi seperti ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh hubungan antara industri dan media.

Sebarkan info ini kepada rakan-rakan media. Jangan lupa follow Projek Travel untuk berita, gaya hidup dan inspirasi pelancongan terkini! Promosi Istimewa AirAsia Untuk Media tahun 2025.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *