Resipi Rendang Ayam Tradisional: Mudah Dan DIjamin Sedap!

Resipi Rendang Ayam Tradisional
Kongsi Artikel ini

Resipi Rendang Ayam Tradisional: Mudah Dan DIjamin Sedap!

Rendang ayam sememangnya antara juadah tradisional yang sangat digemari di Malaysia, terutamanya ketika musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Rasanya yang kaya dengan rempah, lemak santan dan aroma yang memikat menjadikannya hidangan yang sentiasa dinanti-nantikan. Walaupun biasanya dikaitkan dengan sambutan besar, sebenarnya korang boleh masak rendang ayam bila-bila masa sahaja di rumah!

Dalam artikel ini, kami kongsikan resipi rendang ayam tradisional yang mudah tetapi sedap, sesuai untuk pemula dan juga yang ingin ‘throwback’ ke rasa kampung halaman.

Bahan-Bahan Kisar Halus

  • 8 biji bawang merah kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 3 ketul kunyit hidup
  • Cili merah dan cili padi secukup pedas
  • 4 biji buah keras
  • 1 biji bawang merah besar

Bahan-Bahan Rendang Ayam

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 1 mangkuk kecil cili kisar
  • 4 helai daun limau purut (dicarik)
  • 1½ biji pati santan pekat
  • 4 sudu besar kerisik
  • 2–3 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun kunyit dihiris halus untuk hiasan

Cara Penyediaan

  1. Kisar semua bahan kisar halus dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan cili kisar dan daun limau purut. Kacau hingga rempah jadi lebih gelap dan pecah minyak lagi sekali.
  4. Masukkan ayam dan kacau hingga isi ayam mengecut.
  5. Tuangkan santan pekat bersama asam gelugur dan kerisik.
  6. Masak perlahan-lahan hingga kuah menjadi pekat dan sebati.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  8. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit sebagai penambah aroma.

Tip Tambahan:

  • Ayam tua atau ayam pencen sesuai digunakan untuk rendang kerana teksturnya lebih kenyal dan tak mudah hancur.
  • Pastikan guna kerisik yang segar—elakkan kerisik yang berbau tengik kerana ia boleh menjejaskan rasa keseluruhan rendang.

Resipi rendang ayam ni memang evergreen, sesuai untuk sambutan istimewa atau hidangan keluarga hujung minggu. Cubalah sendiri di rumah, d licin periuk!

Jangan lupa simpan dan kongsi resipi ni. Follow media sosial Projek Travel untuk lebih banyak resipi warisan dan tip menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *