Resepi Laksam Kelantan Sukatan Cawan | Laksam merupakan salah satu hidangan tradisional ikonik dari Pantai Timur yang sering dinikmati sebagai sarapan mahupun hidangan utama. Dengan tekstur gulungan laksam yang lembut dan kuah putih yang lemak berkrim, ia sentiasa membangkitkan selera sesiapa sahaja yang menikmatinya.
Kini korang pun boleh buat sendiri di rumah dengan resepi laksam sukatan cawan yang mudah dan lengkap ini. Tak perlu pening kepala, ikut langkah demi langkah resipi ni, hasilnya pasti memuaskan!
Bahan-Bahan Laksam (±10 batang)
- 3 cawan tepung beras
- ½ cawan tepung gandum
- 5 cawan air (3 cawan air panas + 2 cawan air biasa)
- ½ sudu kecil garam
Cara penyediaan adunan
Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati, pastikan tiada ketulan. Tapis adunan supaya lebih halus dan mudah dimasak.
Cara mengukus laksam:
- Panaskan pengukus. Sapukan sedikit minyak pada tudung periuk atau pinggan plastik sebagai alas kukusan.
- Tuang 2 senduk adunan dan ratakan nipis-nipis. Kukus selama 2–3 minit sehingga masak.
- Angkat, biarkan sejuk seketika, kemudian gulung.
- Ulang langkah sehingga adunan habis.
Bahan-Bahan Kuah Putih
- 5–6 ekor ikan kembung sederhana
- 400ml santan kotak (2 kotak kecil jenama M&S atau setara)
- 3½ sudu kecil lada hitam (guna sudu KFC)
- 2 sudu besar gula (ikut kemanisan yang diingini)
- 3 ulas bawang putih
- 4 biji bawang merah
- 2 cawan air (anggaran)
- Garam secukup rasa
- Ajinomoto (optional)
- 1 keping asam keping (untuk rebus ikan)
Cara memasak kuah
- Rebus ikan dengan asam keping dan sedikit garam hingga masak.
- Asingkan isi ikan dan kisar bersama bawang putih, bawang merah dan lada hitam.
- Masukkan semua bahan kisar, santan, air dan gula ke dalam periuk. Kacau atas api sederhana hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan ajinomoto jika suka.
Bahan-Bahan Ulam (Dihiris dan digaul bersama)
- Kacang panjang
- Bunga kantan
- Daun kesum
- Timun batang
- Taugeh
Sambal & Pelengkap (Optional)
- Belacan
- Cili boh
- Garam
Resepi Laksam sukatan cawan ini bukan sahaja mudah, malah hasilnya seakan sama seperti yang korang beli di pasar pagi Pantai Timur. Sesuai untuk disajikan semasa jamuan, potluck, atau bila-bila masa korang rindu masakan kampung.
Artikel Berkaitan : Resipi Lengkap Laksa Johor: Kuah Pekat, Pasti Jadi!
Kalau dah cuba dan suka resepi ni, jangan lupa follow Projek Travel untuk lebih banyak perkongsian resepi tradisi, info budaya dan tempat makan menarik. Simpan artikel ini untuk rujukan akan datang, dan kongsikan dengan kawan-kawan yang suka masak!