Resipi Cucur Ikan Bilis Rangup di Luar & Lembut di Dalam
Cucur ikan bilis, atau lebih dikenali sebagai jemput-jemput ikan bilis, merupakan salah satu kudapan tradisional yang sangat popular di Malaysia. Sama ada untuk sarapan pagi, minum petang atau snek malam, cucur ini sentiasa menjadi pilihan utama kerana rasanya yang enak, bahan-bahan yang mudah didapati, dan cara penyediaannya yang ringkas.
Dalam artikel ini, kami kongsikan cara penyediaan cucur ikan bilis paling sedap dan mudah untuk anda cuba sendiri di rumah. Tak perlu bahan pelik atau teknik rumit, hanya resipi turun-temurun yang pasti membuka selera seisi keluarga.
Resipi Cucur Ikan Bilis
Bahan-Bahan Cucur Ikan Bilis Sedap
- 3 cawan tepung gandum (disyorkan jenama Cap Rose)
- 3 ½ cawan air panas
- 1 ½ sudu kecil garam
- 1 batang lobak merah (carrot), dipotong halus
- 2–3 biji bawang merah, dihiris nipis
- 1 batang daun bawang, dicincang
- 1 tangkai cili merah, dihiris
- Segenggam ikan bilis, ditumbuk halus
Cara-Cara Penyediaan Cucur Ikan Bilis Rangup
- Mula-mula, potong halus semua bahan segar seperti lobak merah, daun bawang, daun sup dan cili merah.
- Tumbuk ikan bilis sehingga halus.
- Dalam satu bekas besar, campurkan tepung gandum dengan semua bahan tadi serta garam. Gaul rata.
- Buatkan sedikit lubang di tengah campuran tepung dan tuangkan air panas sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan sehingga adunan sebati.
- Biarkan bancuhan sejuk selama beberapa minit sebelum mula menggoreng.
- Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan bancuhan cucur menggunakan sudu besar atau tangan. Goreng hingga keemasan dan rangup.
- Angkat, toskan minyak, dan sedia untuk dihidang!
Tip Tambahan Untuk Hasil Cucur Lebih Sempurna
- Gunakan air panas (bukan suam) untuk bancuhan agar cucur menjadi lembut dan gebu.
- Tambahkan sedikit serbuk penaik jika mahu cucur lebih kembang.
- Boleh juga masukkan jagung manis untuk variasi rasa.
- Gunakan minyak yang cukup panas agar cucur tidak serap terlalu banyak minyak.
Baca Juga: Resipi Rempeyek Rangup Homemade
Cucur ikan bilis rangup ini sememangnya sesuai dijadikan snek harian, hidangan minum petang atau sajian ringan untuk tetamu. Dengan resipi mudah dan bahan-bahan asas yang selalu ada di dapur, anda boleh hasilkan cucur yang enak dan berkhasiat dalam masa singkat. Jom cuba sendiri resipi cucur ini di rumah, confirm habis licin sepinggan!
Simpan artikel ini sebagai rujukan dan kongsikan dengan keluarga atau rakan yang suka makan cucur. Ikuti Projek Travel untuk lebih banyak resipi tradisional dan idea makanan santai yang sedap dan mudah!
- Sidang ASEAN 2025: AirAsia Arah Penumpang Rancang Perjalanan Awal
- AirAsia X Lancar Penerbangan Terus Laluan Kuala Lumpur – Tashkent | Tambang Promosi RM799*
- Langkawi Atasi Bali & Phuket! Dinobat Pulau Kedua Terbaik Asia oleh Conde Nast Traveler
- Resipi Sup Tulang Thai
- 8 Keajaiban UNESCO di Arab Saudi