Resepi Vietnam Roll Dengan Sos Hijau

Resepi Vietnam Roll Dengan Sos Hijau
Kongsi Artikel ini

Resepi Vietnam Roll Dengan Sos Hijau | Vietnam roll, atau juga dikenali sebagai fresh spring roll ataupun gỏi cuốn dalam bahasa Vietnam, merupakan sejenis hidangan makanan yang sihat. Hidangan ini sebenarnya senang je nak buat di rumah; dengan isiannya yang penuh sayur-sayuran segar, daging atau makanan laut, serta sos pencicah yang unik, menjadikannya hidangan rendah kalori tetapi kaya rasa. Selain bahan-bahannya mudah didapati, ia juga boleh diolah mengikut selera; nak versi vegetarian boleh, nak versi isi udang atau ayam pun boleh.

Apa yang membezakan Vietnam roll daripada popia biasa adalah ia tidak digoreng, sebaliknya disajikan segar bersama sos pencicah yang lazat, seperti sos kacang atau sos ikan khas Vietnam. Hidangan ini bukan saja sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan, malah juga menarik untuk dihidangkan sebagai pembuka selera atau kudapan ringan.

Mari kita pelajari resepi mudah Vietnam roll yang boleh korang cuba sendiri di rumah!

Resipi Vietnam Roll & Sos Hijau Padu

Bahan-bahan Vietnam Roll

  • 12 keping Rice paper
  • Suhun (bihun halus)
  • Timun (dipotong nipis memanjang)
  • Lobak merah (dipotong nipis memanjang)
  • Daun salad secukupnya
  • 200g udang (dicelur dan dibuang kulitnya) – [ 15 batang jejari ketam (crabstick) atau sotong rebus jika suka.]

Bahan-bahan Sos Hijau

  • ¾ cawan mayonis
  • 1 pokok daun ketumbar (sekali dengan akar)
  • 8 tangkai cili padi hijau
  • 2 sudu besar sos ikan
  • ½ sudu besar gula perang
  • ⅓ cawan air
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji limau nipis (ambil jus)
  • Secubit garam

Cara Penyediaan

Vietnam Roll

  1. Potong lobak merah dan timun secara julienne (nipis & memanjang).
  2. Celur udang dalam air panas seketika, buang kulit, kemudian belah dua.
  3. Rebus suhun selama 3–4 minit. Tutup api, biar kembang, toskan air dan bilas dengan air biasa untuk buang kanji.
  4. Rendam sekeping rice paper dalam air masak selama 1–2 saat sahaja.
  5. Susun udang, salad, suhun, timun, dan lobak merah di tengah-tengah rice paper.
  6. Gulung hingga kemas, kemudian potong dua untuk hidangan.

Sos Hijau

  1. Buang tangkai cili padi hijau.
  2. Kisar halus mayonis, cili padi hijau, daun ketumbar (dengan akar), gula perang, sos ikan, air, bawang putih, dan secubit garam.
  3. Bila siap kisar, masukkan jus limau nipis dan gaul sebati.
  4. Siap untuk dihidangkan bersama Vietnam roll!

Petua & Panduan

  • Selepas rebus suhun, bilas dengan air sejuk supaya tak melekat.
  • Guna air masak (atau suam) untuk rendam rice paper supaya cepat lembut dan bersih.
  • Basahkan tangan & pinggan sebelum letak rice paper supaya tak melekat.
  • Jangan rendam rice paper terlalu lama kerana ia akan terus melembut selepas diangkat.
  • Untuk elak rice paper koyak, letak daun salad dulu sebagai lapisan bawah, baru letak bahan keras seperti timun & lobak.

Vietnam roll bukan sekadar hidangan yang sedap dipandang, tetapi juga sihat, segar, dan penuh variasi. Dengan bahan-bahan ringkas dan langkah penyediaan yang mudah, korang boleh hasilkan snek atau hidangan ringan ala Vietnam yang pasti memikat selera keluarga dan tetamu. Jangan lupa cuba pelbagai versi sama ada dengan crabstick, ayam, atau vegetarian. Boleh cuba sos hijau yang kami cadangkan atau padankan dengan sos pencicah kegemaran korang.

Artikel Penuh : Resipi Pulut Mangga Thai: Rahsia Keenakan & Cara Mudah Buat di Rumah

Kalau korang suka resepi ni, jangan lupa follow Projek Travel di media sosial untuk lebih banyak resepi menarik dari pelbagai budaya, tip masakan, dan idea hidangan yang confirm buat korang terliur! Simpan dan kongsi artikel Resepi Vietnam Roll Dengan Sos Hijau ni supaya lebih ramai dapat cuba Vietnam roll di rumah sendiri.

Most Viewed Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *