Resipi Donut Gebu | Donut merupakan salah satu kuih yang cukup digemari ramai, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Teksturnya yang lembut, gebu, dan manis dengan salutan gula atau coklat menjadikan ia pilihan sempurna untuk sarapan, minum petang, atau hidangan jamuan. Walaupun nampak ringkas, bukanlah satu yang mudah untuk mendapatkan donut yang gebu.
Ada teknik tertentu yang apply pada doh dan cara penyediaannya. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan resipi donut gebu homemade yang mudah, sesuai untuk beginner mahupun mereka yang ingin menghasilkan donut setanding kedai, terus dari dapur sendiri!
Bahan-bahan Donut
- 250g tepung roti
- 100ml susu
- 3 sudu besar gula
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil serbuk yis kering
- ¼ sudu kecil garam
- ¼ sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu besar mentega (boleh ganti dengan marjerin)
- Gula halus untuk salutan
Cara-cara Membuat Donut
- Bancuh yis:
Campurkan yis, susu, dan gula. Kacau hingga gula sedikit larut. - Masukkan telur:
Pecahkan telur (boleh pecahkan dalam bekas lain dulu untuk elak kulit atau bendasing), masukkan ke dalam bancuhan yis. Pukul sebati dan ketepikan. - Sediakan tepung:
Dalam mangkuk adunan, gaul tepung roti dan garam hingga rata supaya garam tidak merosakkan fungsi yis. - Uli doh:
Masukkan baking powder, tepung, dan bancuhan yis tadi ke dalam mixer. Uli selama 10 minit. - Masukkan mentega:
Tambah mentega dan uli lagi hingga doh kenyal dan tidak melekat. - Perap doh:
Keluarkan doh, uli sedikit, kemudian perap selama 1 jam atau hingga doh naik dua kali ganda. - Bahagi doh:
Timbang doh, bahagikan kepada 15–20 bahagian (anggaran 30g untuk setiap donut). - Bentuk bulat:
Bulatkan doh, tutup dan rehatkan selama 10 minit. - Sediakan untuk goreng:
Letakkan doh atas kertas baking kecil yang sudah ditabur tepung supaya tidak melekat. Tekan doh supaya leper sedikit (tebal ~1 cm) dan buat lubang di tengah. - Rehat akhir:
Biarkan doh rehat selama 20 minit lagi. - Goreng:
Panaskan minyak, goreng donut dengan api sederhana hingga keperangan. - Salutan gula:
Semasa donut masih suam, golekkan dalam gula halus. Boleh juga tabur sedikit serbuk kulit kayu manis jika suka.
Petua & Panduan Tambahan
- Perap ikut cuaca: Masa perap mungkin berbeza ikut suhu persekitaran — tempat panas doh akan naik lebih cepat.
- Elak yis rosak: Pastikan gaul tepung dan garam dulu sebelum campur yis supaya fungsi yis tidak terganggu.
- Boleh frozen: Goreng separuh masak (hingga kekuningan), sejukkan, simpan dalam freezer. Bila nak makan, goreng semula dan salut gula.
Donut gebu homemade ini bukan sahaja mudah disediakan, tetapi hasilnya pasti memuaskan hati seisi keluarga. Dengan menggunakan bahan-bahan ringkas dan langkah-langkah yang jelas, korang boleh hasilkan donut yang lembut, manis, dan gebu seakan-akan beli di kedai. Jangan takut untuk bereksperimen dengan pelbagai topping atau inti supaya donut lebih menarik dan sesuai dengan selera sendiri.
Selamat mencuba resipi ini di rumah! Jangan lupa untuk follow Projek Travel untuk lebih banyak perkongsian resipi, tip dapur, dan inspirasi menarik. Simpan dan kongsikan artikel Resipi Donut Gebu ini supaya kawan-kawan korang pun boleh nikmati keenakan donut homemade yang gebu ini!