Singapore Oceanarium Dibuka 24 Julai: Tarikan Wajib Lawat di Singapura 2025

Singapore Oceanarium Resorts World Sentosa 2025
Kongsi Artikel ini

Singapore Oceanarium Resorts World Sentosa 2025

Singapore Oceanarium, tarikan terbaharu di Resorts World Sentosa (RWS), bakal membuka pintunya kepada orang ramai bermula 24 Julai 2025. Dinobatkan sebagai salah satu akuarium terbaik di Asia, Singapore Oceanarium menawarkan pengalaman marin imersif yang menggabungkan sains, seni dan penceritaan interaktif, menjadikannya antara tempat menarik di Singapura yang wajib dikunjungi tahun ini.

TENTANG SINGAPORE OCEANARIUM

Terletak di Resorts World Sentosa, Singapore Oceanarium ialah institut lautan terkemuka yang memberi inspirasi kepada pengetahuan, cinta dan tindakan terhadap pemuliharaan lautan. Menggabungkan habitat hidup, teknologi interaktif dan penceritaan bertema, oceanarium ini menyokong pendidikan marin, penyelidikan dan perlindungan spesies terancam.

Ia turut menempatkan Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran yang canggih dan mesra alam, diperakui Bangunan Tenaga Sifar oleh BCA Singapura. Singapore Oceanarium juga diiktiraf secara global melalui akreditasi AZA dan keahlian dalam WAZA serta SEAZA.

Baca : Trip Sehari ke Singapura: Ini Tempat Yang Korang Boleh Cover

Tarikan Baharu Penuh Inspirasi di Singapore Oceanarium

Sebagai sebahagian daripada pelancaran rasmi, Oceanarium bakal mengadakan sambutan pembukaan istimewa dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Ini termasuk:

  • Pameran seni dan galeri foto “Ties That Bind” oleh jurugambar terkenal Singapura
  • Minggu Penyelidikan & Pembelajaran (25-27 Julai) dengan bengkel interaktif dan ceramah pakar tentang pemuliharaan lautan
  • Pameran Hidupan Laut hasil kolaborasi bersama Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Sentosa Development Corporation (SDC)

Selain itu, pengunjung boleh menerokai zon Spirit of Exploration yang menampilkan hubungan manusia dengan laut serta spesies marin tempatan dari perairan Singapura.

Program Eksklusif & Aktiviti Belajar Sambil Bermain

Singapore Oceanarium juga memperkenalkan rangkaian program berinspirasi pemuliharaan yang menyasarkan semua peringkat umur:

  • Insider Experience: Lawatan di sebalik tabir ke habitat marin dan operasi oceanarium
  • Bengkel Fossilist: Ekskavasi fosil interaktif untuk dewasa dan kanak-kanak
  • Kenali Haiwan – Obor-Obor & Batu Karang: Peluang melihat usaha pembiakan spesies marin langka bersama pasukan akuaris
  • Lautan dalam Fokus: Pendedahan eksklusif tentang hidupan laut dalam

Teknologi Realiti Maya & Aplikasi Pintar Singapore Oceanarium

Menariknya, bermula 23 Julai 2025, pengunjung boleh memuat turun aplikasi rasmi Singapore Oceanarium yang menawarkan:

  • Pengalaman realiti terimbuh (AR) dan maya (VR)
  • Pembelian tiket online dan laluan keutamaan
  • Akses percuma ke Pier Adventure, laluan jaring tergantung dengan pandangan unik Jewel of Muscat

Melalui aplikasi ini juga, pengunjung boleh membuat ikrar digital untuk melindungi lautan, yang akan dipaparkan secara masa nyata di papan ikrar interaktif; menjadikan lawatan anda bukan sekadar hiburan, malah satu langkah bermakna ke arah pemeliharaan alam sekitar.

Dengan paduan sains marin, teknologi interaktif dan nilai pemuliharaan, Singapore Oceanarium 2025 bukan sekadar tempat melihat ikan; ia adalah ruang pembelajaran, penerokaan, dan kesedaran. Jika korang sedang mencari tempat menarik untuk dilawati di Singapura bersama keluarga, pastikan Singapore Oceanarium tersenarai dalam itinerari korang.

Tiket kini boleh dibeli di: www.singaporeoceanarium.com

Tempah awal untuk nikmati pelbagai pengalaman eksklusif sempena pembukaan rasmi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *