Kalau bercerita mengenai Kelantan, memang tak sah kalau tak cakap pasal makanan. Lagi-lagi kalau korang berada di Kota Bharu, bandar yang penuh dengan tempat makan menarik dan sedap dari pagi sampai malam. Tahun 2025 dijangka lebih meriah dengan pelbagai tempat makan viral di Kota Bharu yang makin terkenal di media sosial.
Jom kita terjah senarai tempat makan menarik di Kota Bharu Kelantan 2025 yang wajib korang cuba bila datang bercuti nanti.
Tempat Makan Menarik di Kota Bharu
Sarapan Pagi
Kopitiam Kita
Alamat: Jalan Sri Cemerlang, Taman Desa Jasa, 15400 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 6:30 pagi – 2:30 petang
Menu Popular: Roti Titab, nasi lemak, kuih-muih tradisional
Keterangan: Kopitiam yang terkenal dengan pelbagai pilihan sarapan tradisional Kelantan.
Pok Loh Milo Tunggeng
Alamat: Belakang Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 6:30 pagi – 4:00 petang
Menu Popular: Milo Tunggeng (Milo Tabur), telur separuh masak, pelbagai menu sarapan pagi tradisi
Keterangan: Dikenali sebagai Keda Pati oleh masyarakat setempat. Terkenal dengan minuman Milo Tunggeng yang padu
@projektravel 📍#PokLohMiloTunggeng . Lokasi sarapan pagi popular di #KotaBharu . Vibe dia lain macam boss. Buat air milo dalam tin susu, Tunggeng milo tok pala sudu. #MakanLokal #Breakfast #KelantanViral #KedaPati ♬ Wau Bulan – ProjekTravel
Kedai Kopi White House
Alamat: 1329-L, Jalan Sultanah Zainab, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 6:30 pagi – 1:00 petang
Menu Popular: Roti bakar kaya, telur separuh masak, kopi tradisional
Keterangan: Kedai kopi klasik yang menawarkan suasana nostalgia dengan hidangan tradisional.
Ayang Cafe
Alamat: 4652, Jalan Masjid Langgar, Kampung Langgar, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 6:30 pagi – 1:00 petang
Menu Popular: Roti Ayang dengan kaya homemade, pelbagai menu sarapan tradisi.
Keterangan: Tempat sarapan popular dengan pelbagai pilihan menu tradisional.
Lieniey Nasi Kerabu Tumis
Alamat: Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 7:00 pagi – 2:00 petang
Menu Popular: Nasi kerabu tumis, nasi kerabu ayam percik, nasi kerabu daging bakar
Keterangan: Best Nasi Kerabu in Town.
Nasi Lemak Kopi ‘O’
Alamat: 341-Q, Jalan Sultan Yahya Petra, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 7:00 pagi – 2:00 petang
Menu Popular: Nasi lemak, mee hoon soto, laksa
Keterangan: Restoran bertemakan klasik dengan hidangan warisan pelbagai negeri.
Makan Tengah Hari
Warung Pak Mat Pulau Pisang
Alamat: Medan Ikan Bakar Kedai Buloh, Jalan Kuala Besar 15350 Kota Bharu, Malaysia
Waktu Operasi: Tutup Selasa & Khamis, 7:30 pagi – 4:30 petang
Menu Popular: Sup Kepala Ikan, Teh Tarik Madu berbuih tebal
Keterangan: Popular kerana Sup Kepala Ikan yang padu dan Teh Tarik Madu berbuih tebal
KB Patin Haus
Cawangan Utama :
Alamat: Berhadapan Gate 3 AEON Mall, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Cawangan Kedua :
Alamat: Berhadapan Kolej Jururawat (Pintu A) USM, Kubang Kerian
Waktu Operasi: Sabtu-Khamis, 11:00 pagi – 5:30 petang
Nombor Telefon: 0139818899/0199897110
Menu Popular: Patin Tempoyak Original Temerloh, Menu Kampung, Ulam Ulaman,
Keterangan: Mengkhususkan hidangan ikan patin dengan pelbagai pilihan masakan.
Mee Warisan
Alamat: 500-B, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu
Waktu Operasi: Sabtu-Khamis, 12:30 petang – 6:00 petang
Nombor Telefon: +60 14-993 6332
Menu Popular: Mee Kicap Ayam Goreng, Mee Tomyam
Keterangan: Popular dengan menu wantan mee, mee kicap, mi daging dan tomyum.
Warisan Nasi Kukus
Alamat: Lot 419, Jalan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap Hari, 12:30 petang – 10:00 malam
Menu Popular: Nasi Kukus
Keterangan: Dulu dikenali sebagai Nasi Kukus Kebun Sultan.
Makan Malam
Chef Pong Yong Tau Fu
Alamat: Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi:Selasa-Ahad, 4:00 petang – 8:00 malam
Nombor Telefon: +6016-9388618
Menu Popular: Yong Tau Fu, Dim Sum, Char kuey teow, fried carrot cake
Keterangan : Terkenal dengan hidangan Yong Tau Fu Halal
Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis
Alamat: Jalan Sultan Yahya Petra, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Rabu-Isnin, 3:30 petang – 11:30 malam.
Menu Popular: Sambal Bilis Petai dan Daging Belengas
Keterangan: Sebuah gerai makan yang terkenal di Kota Bharu dengan nasi berlauk pada waktu malam
View this post on Instagram
Suwarin Jinda Cafe
Cawangan Utama (Suwarin Jinda Cafe):
Alamat: Lot 553, Jalan Kuala Besar, Kg Buluh, 15300 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu Operasi: Sabtu-Khamis, 4:30 petang – 11:30 malam.
Nombor Telefon: +60 14-2104995
Cawangan Kedua (Baan Suwarin):
Alamat: Lot 143, Batu 2 1/4, Jalan Kuala Krai, Seksyen 22, 15150 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu Operasi: Rabu-Isnin, 4:00 petang – 12:00 malam.
Nombor Telefon: +60 17-9746697
Menu Popular: Miang Pla Pao (Siakap Bakar), Somtam Goreng, Perut Bakar, Daging Harimau Menangis, Roti Bangkok
Keterangan: Suwarin Jinda Cafe menyajikan hidangan Thai autentik.
King Oden Tomyam Bangkok
Alamat: Cabang 4, Lembah Sireh Kota Bharu, Kelantan.
Waktu Operasi: Sabtu-Khamis, 3:30 petang – 12:00 malam
Nombor Telefon: +6011-61318433
Menu Popular: tomyam ala Bangkok, Shellout
Keterangan : Terkenal dengan hidangan tomyam ala Bangkok yang autentik dengan lauk melimpah.
Char Kuey Teow Oyster Tabasco
Alamat: Cabang Empat Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 5:30 petang – 12:30 malam
Nombor Telefon: +60 12-984 6401
Menu Popular: Char kuey teow istimewa dengan pelbagai jenis pilihan lauk
Keterangan : Terkenal dengan hidangan char kuey teow istimewa bersama tiram segar dan sos Tabasco.
Jadi, itulah antara pilihan tempat makan menarik di Kota Bharu yang boleh korang explore kalau datang ke Kelantan tahun 2025. Sama ada korang jenis suka makan pagi tepi jalan atau suka vibe kafe moden, Kota Bharu ada semua! Jangan lupa save senarai ni untuk next trip korang. Mana tahu, salah satu tempat makan best di Kota Bharu ni bakal jadi port kegemaran korang.
Artikel Berkaitan : 5 Sebab Kenapa Kelantan Patut Jadi Destinasi Percutian Pilihan
Kalau ada lagi port makan viral lain yang korang pernah try, share lah sekali! Makan sedap, perut kenyang, hati pun senang