Bantuan Sabah 2025: Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR)

Bantuan Sabah 2025 SYUKUR
Kongsi Artikel ini

Di Malaysia, pelbagai bentuk bantuan kerajaan telah diwujudkan untuk membantu rakyat yang memerlukan. Antara yang paling dikenali ialah Bantuan Sara Hidup (BSH), Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Bantuan Budi Madani, Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), dan pelbagai inisiatif kebajikan lain yang disalurkan melalui agensi persekutuan dan negeri.

Bantuan-bantuan ini bertujuan untuk menangani isu kos sara hidup, pendidikan, kesihatan, dan pembangunan komuniti, terutamanya untuk kumpulan B40, M40, warga emas, dan golongan OKU. Setiap negeri juga mempunyai inisiatif tersendiri yang disesuaikan mengikut keperluan tempatan.

Salah satu contoh terbaik inisiatif negeri ialah Bantuan Sabah 2025, sebuah program bantuan menyeluruh yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk tahun 2025. Program ini bertujuan untuk memperkasakan golongan berpendapatan rendah dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Sabah secara menyeluruh.

Apa Itu Bantuan Sabah 2025?

Kerajaan Negeri Sabah terus menunjukkan komitmen tinggi dalam menjaga kebajikan rakyat dengan memperkenalkan pelbagai bantuan khas menerusi Belanjawan Sabah 2025. Bantuan ini menyasarkan golongan miskin dan miskin tegar di seluruh negeri, termasuk di kawasan pedalaman dan luar bandar. Ia selari dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan jurang kemiskinan dan memastikan rakyat Sabah menikmati taraf hidup yang lebih baik.

Antara bantuan yang diperkenalkan termasuklah Bantuan Khas Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 (SYUKUR) yang telah mendapat sambutan luar biasa. Menurut laporan Harian Metro bertarikh 26 Mac 2025, lebih 2,000 permohonan telah diterima hanya dari satu kawasan ini, menunjukkan betapa perlunya inisiatif sebegini dilaksanakan (Sumber: hmetro).

Program ini diumumkan secara rasmi oleh Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun semasa pembentangan Belanjawan Sabah 2025 pada penghujung tahun 2024. Dalam ucapannya, beliau menekankan keperluan untuk membantu rakyat yang terjejas dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Kerajaan juga mengambil kira kesan pasca pandemik dan ketidaktentuan ekonomi global dalam merangka bantuan-bantuan ini (Sumber: Bernama).

Jenis Bantuan di Bawah Inisiatif Ini

Antara inisiatif lain yang turut diperkenalkan termasuk:

  • Pemberian tunai secara terus kepada isi rumah berpendapatan rendah.
  • Program makanan asas untuk keluarga B40.
  • Bantuan persekolahan untuk anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan.

Semua ini diharap dapat meringankan beban rakyat dan meningkatkan kesejahteraan sosial secara menyeluruh.

Amaun Pembayaran SYUKUR

Sementara itu, amaun pembayaran SYUKUR akan dibayar secara berfasa, dengan setiap fasa dibayar secara ‘lump-sum’ bagi tempoh tiga bulan. Sebanyak RM900 akan dikreditkan ke akaun penerima bantuan yang mempunyai akaun bank. Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bantuan ini akan disalurkan secara tunai. (Sumber: SabahMedia)

Masa Pembayaran SYUKUR

Amaun pembayaran bagi program ini akan dibayar secara berfasa, dengan setiap fasa adalah dibayar secara lump-sum (sekali gus) bagi tempo tiga bulan, iaitu RM900 dengan dikreditkan untuk mereka yang mempunyai akaun bank atau kepada penerima secara tunai.

Pembayaran fasa pertama, yang meliputi tempoh Januari hingga Mac 2025, akan diagihkan bermula pada Februari 2025. Fasa kedua, yang meliputi April hingga Jun 2025, akan diagihkan bermula pada April 2025. Manakala fasa ketiga, untuk tempoh Julai hingga September 2025, akan diagihkan bermula pada September 2025. Fasa terakhir, fasa keempat, meliputi Oktober hingga Disember 2025, akan diagihkan bermula pada Oktober 2025. (Sumber: SabahMedia)

Semakan Penerimaan SYUKUR

Bagi tujuan semakan penerima dan pembayaran boleh dilakukan melalui Laman web Sistem PADANS https://padans.sabah.gov.my/; Laman web http://sukur.sabah.gov.my/; YONO Superapp; dan Notifikasi pembayaran (SMS).

Semakan penerima SYUKUR boleh mula di akses pada , 19 Februari 2025.

Siapa Yang Layak Mohon Bantuan Sabah 2025?

Untuk makluman, bantuan ini terbuka kepada semua rakyat Sabah yang memenuhi syarat kelayakan, termasuk:

  • Golongan miskin dan miskin tegar berdaftar dengan e-Kasih.
  • Warga emas tanpa sumber pendapatan tetap.
  • Ibu atau bapa tunggal.
  • Orang kelainan upaya (OKU).
  • Penduduk luar bandar dan kawasan pedalaman.

Kerajaan Negeri juga menggalakkan rakyat untuk membuat permohonan seawal mungkin melalui platform rasmi yang disediakan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di setiap daerah (Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah).

Kenapa Bantuan Ini Penting?

Bantuan Sabah 2025 ini dilihat bukan sahaja sebagai suntikan kewangan jangka pendek, tetapi sebagai pelan jangka panjang untuk memperkukuh struktur sosial negeri. Ia sejajar dengan matlamat Sabah Maju Jaya dan aspirasi Malaysia Madani untuk pembangunan yang inklusif dan seimbang.

Jika korang atau ahli keluarga anda termasuk dalam kategori yang layak, pastikan korang tidak terlepas peluang untuk memohon. Layari laman web rasmi kerajaan negeri atau hubungi pejabat UPPM berdekatan untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa kongsikan artikel berkenaan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah ni dengan keluarga dan rakan-rakan yang mungkin layak. Simpan artikel ini untuk rujukan semasa proses permohonan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *