Gambar eksklusif situasi selepas Kebakaran Saluran Paip Gas di Putra Heights. Insiden kebakaran besar yang berlaku di salah satu kawasan kediaman di Selangor baru-baru ini telah menarik perhatian ramai. Letupan kuat yang disusuli nyalaan api tinggi menimbulkan suasana cemas dalam kalangan penduduk setempat serta mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial. Tragedi ini bukan sahaja merosakkan harta benda, malah turut memberi kesan besar terhadap infrastruktur dan kesejahteraan komuniti setempat.
Kebakaran Saluran Paip Gas di Putra Heights
Letupan kuat yang berlaku di Putra Heights, Selangor pada awal pagi (1 April 2025) itu bukan sahaja mencetuskan suasana panik, malah mengakibatkan kerosakan besar di kawasan kejiranan sekitar. Api yang menjulang tinggi dan asap tebal dapat dilihat dari beberapa kilometer, mencetuskan kebimbangan penduduk serta pengguna jalan raya berhampiran.
Kejadian dipercayai berlaku berhampiran kawasan pembinaan di tepi jalan utama. Letupan kuat disusuli dengan nyalaan api yang besar menyebabkan ramai menyangka ia melibatkan tangki gas atau kilang berhampiran. Namun menurut pihak berkuasa, siasatan awal mengesahkan insiden ini berpunca daripada saluran paip gas milik Petronas.

Menurut laporan oleh The Edge Malaysia, sebanyak 219 buah rumah rosak akibat letupan tersebut. Ratusan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara di masjid-masjid tempatan. Malah, insiden ini turut menjejaskan bekalan gas ke beberapa kawasan lain seperti Shah Alam, Puchong, Klang dan Batu Tiga, mengganggu operasi harian dan perkhidmatan kepada pengguna.
Gambar Terkini Lokasi Kejadian
Menurut Berita Harian, letupan besar yang berlaku mengakibatkan kebakaran dengan bahang api mencecah 1,000 darjah Celsius, menghancurkan segala yang ada di kawasan sekitar. Gambar-gambar terkini menunjukkan kerosakan parah di lokasi kejadian, termasuk struktur besi yang hangus dan permukaan tanah yang musnah teruk akibat kepanasan api yang begitu ekstrem. Keadaan tersebut memberi gambaran jelas betapa besar impak kejadian ini terhadap persekitaran sekitar Putra Heights.
Maklumat gambar
Tarikh : 8 April 2025
Lokasi : Kg. Kuala Sungai Baru (kira-kira 200m dari saliran gas)




Insiden ini menjadi peringatan kepada semua tentang betapa pentingnya aspek keselamatan dalam kerja-kerja penyelenggaraan paip dan infrastruktur gas. Diharapkan pihak berwajib akan meningkatkan kawalan dan pemantauan supaya insiden seperti ini tidak berulang.
Korang yang nak tengok gambar eksklusif situasi selepas kebakaran di Putra Heights, boleh cari di Facebook, TikTok dan Twitter. Gunakan hashtag #PutraHeights dan #GasExplosionMalaysia.