Panduan Lengkap Bercuti & Tempat Menarik di Sihanoukville, Cambodia

tempat menarik di sihanoukville cambodia
Kongsi Artikel ini

Sihanoukville Cambodia; Panduan Percutian & Tarikan Menarik 2025

Kemboja (Cambodia) merupakan salah sebuah negara di Asia Tenggara yang kaya dengan sejarah, budaya, dan keindahan alam semula jadi. Terkenal dengan tapak warisan dunia Angkor Wat di Siem Reap, negara ini juga menawarkan pelbagai destinasi menarik lain yang semakin mendapat perhatian pelancong antarabangsa.

Dari Phnom Penh yang meriah dengan kehidupan bandar dan sejarah kolonialnya, hingga ke kawasan pantai tropika yang tenang di pesisir Teluk Thailand, Cambodia memang sesuai untuk mereka yang mencari pengalaman bercuti yang pelbagai. Antara destinasi yang kini semakin popular dan mendapat perhatian ialah bandar pesisir pantai Sihanoukville.

Panduan Lengkap Bercuti di Sihanoukville, Cambodia

Cara Pergi ke Sihanoukville dari Malaysia

Penerbangan Terus

Kini perjalanan ke Sihanoukville semakin mudah dengan adanya penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Sihanoukville. AirAsia Cambodia menawarkan penerbangan dari KLIA2 yang hanya mengambil masa sekitar 1 jam 40 minit.

Laluan Alternatif

  • Terbang ke Phnom Penh, kemudian sambung perjalanan darat dengan bas atau van ke Sihanoukville (±4–5 jam).
  • Terbang ke Siem Reap dan teruskan dengan penerbangan domestik atau bas ke Sihanoukville.
Tips: Kalau nak cepat dan selesa, ambil flight terus dari Kuala Lumpur. Kalau nak lebih adventure & jimat, boleh pilih bas dari Phnom Penh.

Mata Wang & Bajet

  • Mata Wang: Riel Kemboja (KHR), tetapi USD diterima secara meluas. Duit baki kecil biasanya diberi dalam Riel.
  • Kadar Tukaran: 1 USD ≈ 4,100 KHR.
  • Bajet Harian:
    Penginapan bajet: RM60–RM120 semalam.
    Makanan tempatan: RM10–RM20 sekali makan.
    Aktiviti seperti snorkeling/diving: RM100–RM300 bergantung pakej.
Tips: Bawa USD secukupnya kerana lebih mudah digunakan di Sihanoukville berbanding Riel.

Tempat Menarik di Sihanoukville

Golden Lions Roundabout sihanoukville

Golden Lions Roundabout & Patung Preah Thong & Neang Neak

  • Landmark menarik untuk fotografi dan melihat kerja seni / simbol kebudayaan.

Pantai Popular

  • Otres Beach – tenang, santai, sesuai untuk backpackers.
  • Sokha Beach – private & mewah, dimiliki resort, tetapi akses dibenarkan.
  • Serendipity Beach – kawasan paling meriah, banyak restoran & bar.
  • Independence Beach – lebih tenang dengan suasana family-friendly.

Pulau Eksotik

  • Koh Rong – terkenal dengan air laut jernih, snorkeling & diving.
  • Koh Rong Samloem – lebih damai, sesuai untuk bulan madu & couples.

Ream National Park

  • Taman negara yang kaya dengan hutan paya bakau, sungai & pantai. Aktiviti termasuk trekking, boat tour, dan melihat hidupan liar.

Kbal Chhay Waterfall

  • Air terjun semula jadi, lokasi terbaik untuk berkelah & bergambar.

Wat Leu Pagoda

  • Kuil Buddha atas bukit dengan pemandangan bandar & laut.

Pasar Tempatan (Phsar Leu Market)

  • Tempat terbaik merasai makanan tempatan & suasana kehidupan harian.

Tips Percutian di Sihanoukville

  • Musim Terbaik Pergi: November hingga April (musim kering, langit cerah, laut tenang).
  • Pakaian: Bawa pakaian pantai, topi, cermin mata hitam & sunblock.
  • Internet & Sim Card: Boleh beli SIM Smart Axiata atau Cellcard (±USD5).
  • Public Transport Tempatan: Tuk-tuk & motor sewa adalah pilihan terbaik. Grab tidak tersedia.
  • Bahasa: Bahasa Khmer bahasa rasmi, tapi bahasa Inggeris digunakan di kawasan pelancong.
Baca juga: Itinerary 4H3M ke Sihanoukville & Koh Rong, Cambodia

Sihanoukville adalah destinasi terbaik kalau korang nak gabungan pantai tropika, pulau eksotik, dan aktiviti menyeronokkan. Dengan penerbangan terus AirAsia Cambodia dari Kuala Lumpur, percutian ke Sihanoukville kini lebih mudah dan mampu milik.

Kalau korang nak lebih banyak panduan travel macam ni, follow Projek Travel di media sosial untuk update terkini. Jangan lupa simpan & kongsikan artikel ini supaya senang rujuk bila nak plan trip nanti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *